ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Saturday, May 2, 2009

Prolog


PROLOG

“Mak, kenapa kita kena tinggal kat sini? Kan mak ada duit, kita pindahlah,”
“Kenapa Lisa tanya macam tu?” ibu muda itu bertanya sambil membelai lembut rambut anaknya.
“Makcik dengan Risa tak suka kita tinggal kat sini. Dia orang selalu marah mak, cakap mak jahat. Lisa tak nak mak kena hina dan kena pukul lagi,” petah kanak-kanak sepuluh tahun itu berbicara.
“Kita boleh pindah tapi lepas Lisa habis belajar dan dapat kerja,”
“Kalau macam tu, Lisa berhenti belajar sekarang ye,”
“Tak, tak boleh! Lisa tak boleh buat macam tu. Lisa, kita kena tinggal di sini sampai Lisa habis SPM. Lepas tu, baru kita boleh cari rumah sendiri,”
“Kenapa pulak? Semua orang kat sini tak suka, tak sayang kita,” kanak-kanak itu bertanya lagi.
“Eh, ayah kan sayang pada Lisa. Sebab itulah kita kena tinggal di sini,”
“Ayah tak pernah sayangkan kita. Dia tak pernah anggap Lisa anak dia. Dia tak suka Lisa macam makcik dengan Risa,”
“Kenapa Lisa cakap macam tu?” giliran ibu pula bertanya.
“Ayah tak pernah peluk, cium Lisa macam yang dia buat pada Risa. Dia tak pernah belikan hadiah untuk Lisa. Senyum pun tak pernah,”
“Tidak sayang, ayah sebenarnya sayang pada Lisa, tapi dia tak tahu nak tunjuk,”
“Mak bohong. Kalau ayah sayang Lisa, dia takkan lupa hari lahir Lisa. Lisa bencikan dia!”
“Lisa! Tak baik cakap macam tu. Walau apapun terjadi, dia tetap ayah Lisa dan Lisa tak boleh benci dia!” si ibu mengingatkan dengan tegas.
Lisa hanya diam tanda protes.
“Lisa, dengar cakap mak sayang. Mak nak kita duduk sini sebab Lisa senang nak pergi sekolah. Kalau kita pindah, Lisa kena naik bas kalau nak pergi sekolah, kan penat. Lagipun, ayah Lisa mesti tak izinkan kita pindah,”
“Habis tu, nak kena tunggu sampai Lisa habis sekolah dulu? Lama lagilah mak,”
“Tak lama sayang. Pejam celik, pejam celik Lisa dah habis sekolah,”
“Tapi makcik dengan Risa mesti selalu pukul dan marah mak,”
“Tak apa, demi anak mak, mak tak kisah,”
“Baiklah, demi mak yang sayangkan Lisa, Lisa janji kita akan tinggal kat sini sampai Lisa bekerja. Lepas tu, Lisa bawak mak pindah dari sini,”
“Baiknya anak mak ni. Tapi, Lisa kena belajar rajin-rajin tau,”
“Lisa janji pada mak!” kanak- kanak itu mencium pipi ibunya.

* * * * *
“Hei, apasal kau balik lambat? Kau ingat ini rumah kau, suka-suka hati nak balik lambat?” Puan Nazliha menengking Marlisa.
“Lisa ada kelas tambahan makcik. SPM dah dekat,”
“Jangan nak menipu. Aku pun nak SPM jugak, tak ada kelas tambahan pun,” Risa menyampuk.
“Kau tak ada kelas tambahan sebab kau tak nak datang,” Lisa membalas keras, bosan diperlaku sedemikian.
“Oh, berani melawan ye sekarang ni,” Puan Nazliha mencubit lengan Lisa namun Lisa menarik lengannya lalu menolak Puan Nazliha.
“Jangan cuba nak sentuh saya makcik. Arwah mak saya pun tak pernah pukul saya. Makcik tak layak nak sentuh saya,”
Puan Nazliha yang terduduk di sofa terkejut mendengar kata-kata dari Lisa.
“Risa, kau tak perlu susah-susah jaga jadual harian aku. Aku tahu jaga diri sendiri. Tak perlu intip ke mana aku pergi setiap hari,”
Lisa terus melangkah meninggalkan mereka. Sedikit sebanyak dia berasa lega kerana dapat membela dirinya.

p/s: i don't have title for this novel..pleaz give me some idea..

No comments:

Post a Comment

please leave your comment here....thanks.. :-p