ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Friday, December 12, 2014

Suatu Rasa Yang Sama...

Assalamualaikum.

Berhenti singgah sekejap, lama tak jenguk.
Just want to share something I got from book that I just bought.
The writer, share the same feeling as me.
I don't know, either it it true or not...
But, here it is...
Some luahan rasa dalam bentuk puisi.
Puisi ni di cipta oleh Panahanjiwa.
Boleh cari dia kat twitter kot.




Takdir Yang Dibuang

Celaka!
Tak mahu datang-datang teduh yang aku tunggu
Malah ia terusan membasah
Mengapa ya?
Mengapa kau meninggalkan dengan egois
Biar aku terduduk sadis

Aku mahu tanya
Apa jadi tentang esok yang kita bual-bualkan?
Apa jadi tentang kelmarin punya anganan?
Apa Jadi?

Apa kau lupa
Di tempat itu
Tempat kita berlari berpegangan tangan -
Saat kau kata kau laungkan

Aku cinta kamu!
Aku mahu kamu!
Aku rindu walau sedang bersama kamu!

Apa kau lupa hingga gamak kau berlari dan tertawa
bersama yang baru ditempat itu
ditempat kita dulu

Apa hati ini kau rasakan batu?

Cuba sekali kau pandang sayang --
Pandang tajam-tajam ke mata biar tembus je hati
Mana pergi janji?
Yang konon setia nak mati

ya,

Aku mungkin ego untuk mengatakan ini didepan kamu
Didepan kebahagiaan kau sama dia

Tapi ketahuilah --
Mengertilah--
Sampai saat ini
detik ini
Hati ini masih tidak pernah punya ego
Cintanya sentiasa
Sayangnya tak punya suara untuk berbicara



Sama....sama macam apa aku pernah rasa...
Dan rasanya persoalan tu masih ada cumanya aku dah tawar hati untuk mencari jawapan....
:)

Monday, November 3, 2014

my c-day

Assalamualaikum.
Me happy!

Alhamdulillah..
Usaha dua tahun menunjukkan hasil...
I am officially graduated today!
Hehe...
Congrat me please...hehe..

Tahniah NJ! *tepuk bahu sendiri*


I did this for my parents..
I did this for myself..
Dan sekarang aku redha...
Kalau rezeki orang dapat kerja and gaji besar or kahwin and dpt anak..
Rezeki aku sambung belajar...
Kan?








Thursday, October 16, 2014

cemburu: perlu atau tidak.

Assalamualaikum...


Semalam, aku menerima satu berita gembira.
My bff tengah mengandung. She is pregnant!!
Dah 5 bulan.
Happy for her and of course excited.



Tapi jauh dalam hati aku,
Ada sedikit atau bahasa bestnya sekelumit rasa cemburu...
No, no... bukan cemburu yang negatif...
Of course aku happy untuk dia... tersangat happy...
Aku cemburu sebab dia dah selangkah ke alam menjadi ibu bapa...
Sedangkan aku masih di takuk lama...
Hmm sebab tu tajuk entry aku pasal cemburu...


Bila aku luahkan rasa hati aku kat ofismate, diorang cakap..
"Ala relaxla, muda lagi kot.nanti ada la rezeki tu"


Agak2 kalau aku mengadu kat mak, apa yang mak cakap?
I bet she will say the same thing as kak linda and faisal a.k.a husband kak mas.


Semalam...dan hari ni, aku masih cuba untuk memujuk hati sendiri...
Sebab rezeki kita ALLAH dah tetapkan.
Mungkin rezeki aku bukan untuk kahwin awal and dapt anak...
Mungkin rezeki aku lebih kat tempat lain...
Contohnya, aku dah habiskan master...which I never thought I will get it..
Alhamdulillah...
So, aku kena yakin pada DIA.. sebab setiap perancangaNya adalah yang terbaik untuk aku dan juga semua orang....



Cemburu kena ada tapi biar yang positif supaya kita terdorog untuk jadi yang lebih baik....




P/s: will be graduated on 3rd of november...hehe...
Thank you ALLAH for all YOUR bless...
:)

Thursday, September 25, 2014

HIV AIDS

Assalamualaikum...


Hari ni.... ah, baru tadi....aku menonton teater bertajuk I'm P+ or boleh baca as I'm Positif.
Dan aku tak sabar nak berkongsi apa yang aku dapat...


Teater ini berkisah tentang monolog penghidap atau mangsa HIV AIDS.
AIDS - Aku Ingin Di Sayangi.
Basically, teater ni menampilkan 5 orang penghidap atau mgsa HIV...

Yang buat aku sedih adalah bagaimana keluarga boleh membuang mereka bila tahu mereka dijangkiti virus tu. Lagi sedih bila ade remaja sekolah menengah dah dapat virus dari baby...

Seorang remaja lain, dia dibela oleh seorang trangender atau kalau kita selalu sebut 'pondan'...
Sedih bila budak ni cakap 'sehina2 dia di mata korang,hanya dia yang sudi menjaga aku dari kecik disaat mak kandung aku buang aku.'
Sedih sangat....simpati...


Monolog terakhir adalah dari seorang wanita yangendapat virus masa dia mengandung. Exhusband dia penagih dadah. Menangis aku bila dia kutip sisa makanan untuk bagi anak dia makan.  Kita sedap2 makan, kadang2 siap membazir lagi...dia, mengutip makanan untuk alas perut. Tapi ALLAH itu adil...bila ex husband dia meninggal, dia nekad untuk sihat demi anak dia. So she went to hospital d get treatment. The best thing is, ALLAH temukan dia dengan orang yang lagi baik dan sekarang jadi suami dia.


Bila persembahan tamat, ada rasa yang tertinggal.
Terasa aku adalah orang yang sangat judgemental..
Siapa la aku nak hukum or nilai orang...
Maybe dia ada virus tu, but then...who knows the story behind it....
Am I right?
So, harapnya aku berubah selepas ni...



FYI, sekarang dah ada ubat yabg mengurangkan jumlah virus HIV dalam badan manusia dan penghidap HIV mampu hidup sihat macam manusia biasa.



Memetik sedikit kata2 pembukaan teater tadi...
HIV tak membunuh,
AIDS tak membunuh,
STIGMA dan DISKRIMINASI yang membunuh.




-hentikan diskriminasi, spread the love-




Monday, August 4, 2014

Hari hari Aku..

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin
Semoga aidilfitri ini membawa seribu pengertian kepada kita semua...



Kisah raya aku.


Balik kampung hari jumaat petang lepas kerja.
Sanggup tak buat kelas petang tu sebab nak sampai rumah awal.
Abang apun dan aishah dah ada kat rumah.
Sabtu dah sibuk berkemas.
Malam tu pergi bazar...kak nani pon ikut sekali.
Bukan beli apa pun...jalan-jalan je lebih...
Malam tu jugak cik sue sampai - pukul 2 pagi.


Ahad dah busy dengan persiapan memasak dari pagi.
Cik sue nak masak rendang dia, cik Leh nak masak sup kambing...
Tak menang tangan.. Kakak kakak sume beraya kat umah mak mentua...
Malam lepas pengumuman raya, mula la persiapan masak juadah hari raya.
Tak sempat nak reply mesej dan whatsapp raya dari semua orang.
Bukak, baca and tutup balik...reply hari raya kedua.. hahaha...
Malam tu tido pukul 3 lebih...
Tu pon dah letih gila..


Bangun pagi pukul 6.30...
Adik bangun awal sikit.
Terus mandi lepas tu blur...
Macam tak tahu nak buat apa.
Last last tolong mak bungkus makanan nak munjung ke rumah jiran...
Oh, munjung = hantar makanan ke rumah jiran...
Lepas tu satu trip pusing kahang timur...
Sampai rumah, baru sarapan.
Juadah wajib untuk keluarga Jamal: Ketupat, ayam masak kicap, sambal goreng, sambal kacang (or kuah kacang kalau orang KL sebut), serunding dan lodeh.
Hari tu ade tambah lepat. hehe
Banyakkan makanan... sebab tu boleh naik 5 kilo.
Hehe...


Lepas sembahyang raya, buat tahlil ringkas and bermaafan dengan mak ayah.
Dan tak lupa berposing!!!
Mak ayah pon jadi mangsa...
Guna monopod, lagi la banyak gambar boleh amik.
Hehe...
Gambar nanti la upload...


Raya pertama, stay kat rumah je sebab masing-masing letih...
lagipon sedara ramai datang.
Raya kedua sampailah raya ke6, asyik berjalan je.
Takdelah ke mana pon, pergi area johor je.
Yang paling best, dapat duit raya!!!!
Umur dah lebih suku abad, tapi still dapat duit raya dari atuk busu...
Hehe..


In short, aku seronok sangat raya kali ni...



Ada sorang abang sepupu yang bekerja di UTHM cadangkan kat aku...
Untuk sambung PhD kat luar negara.
Aku yang dengar benda tu, terus kecut perut.
Mampu ke aku???
Master ni pon merangkak nak habiskan...
PhD?? Kat tempat orang???
Entah apa jadi entah nanti...

Wednesday, June 11, 2014

Random Talk??

Lama tak menjenguk...
Amik masa 5 minit... sekadar menjenguk dan buang sawang2 kat blog sendiri...



These few weeks, i have been busy with everything...
Persiapan majlis kahwin abang...
My works...
My thesis yang tak siap-siap...



Bila kemalasan melanda,
Aku cuma mampu tengok je semua tu.


Sebenarnya tak sabar nak balik kampung petang ni...
Yeay, cuti panjang sikit...
Sampai Isnin..
huhu..





Dah la kot...
Cukup la...


Ah, mintak tolong..
You know who you are...
Please, aku tak kacau kau dan keluarga kau...
So please, kau dan keluarga kau jangan kacau aku...
Aku dah lepaskan kau... so jangan buat aku macam takde harga diri...
Kalau kau nak bahagia, aku pon sama...







Saat aku lelah sendiri,
Inhaler hilang tidak dijumpai,
Perlu atau tidak aku cari,
Ubat sakti lain sebagai pengganti,
untuk merawat luka di hati...

Monday, April 21, 2014

Hari merungut sedunia....

Assalamualaikum..
Ya, aku nak merungut..
Sila abaikan entry ini jika anda tidak ingin sesak kepala...



Saja nak berbicara soal tempat kerja aku...
Entah la, mungkin ini dari sudut pandangan aku sorang...
Bukan orang lain..
Mungkin aku sahaja yang rasa macam ni, orang lain mungkin okay je...




Aku suka tempat kerja aku...
Aku sayang kat kerja aku...
Cuma aku dapat rasa perubahan dari hari pertama aku kerja sampai la sekarang...
Perubahan memang susah nak terima...maksud aku, ambil masa untuk adapt...
Tapi kalau perubahan tu menyebabkan masalah...bukan ke lebih baik tak ada perubahan...
Satu lagi, bukan ke setiap perubahan perlu diberitahu kepada semua??
Bagi la briefing yang jelas kepada staf and clients.
Why, how, what, when....
All those things need to be clarified...
Everyone are eager to know the reasons..



Satu lagi, bukan ke setiap keputusan perlu berbincang dulu??
Bukan bincang dengan orang kuat je, tapi bincang dengan jabatan yang terlibat la...
We are the one who face all those complaints and comments from the clients...
We are the one who feel the burden...
So, would you please.... consider our part as well??



Aku tak mintak banyak, tapi dengar la jugak pandangan kami ni...
We are part of the company...
Maybe we are not expert on budgeting and whatsoever...
But, we know what clients really need...
Kalau tak boleh buat, then bagitahu sebab musabab...
Clarify la balik...



Ada lagi yang aku nak taip..
Tapi takpe la, nanti la pulak...




Aku respect orang tapi bila orang tak respect aku, sorry to say...
memang aku takkan respect sampai bila2..
Aku bukan baik sangat, tapi jangan sampai aku tunjuk kurang ajar aku...





Saturday, April 5, 2014

Rasa Itu...

Assalamualaikum...
hai awak...lama tak jumpa...
hehehe...
saya rindu kat awak cik blog...
tak sempat nak update la.... banyak tuntutan lain..
ok, poyo je...haha..




Saat aku menaip entri ni, aku ada kat melaka...
buat apa kat sini?
ooo, menghadiri majlis persandingan pelajar aku..
dah dapat menantu wei aku ni...
hahahaha...


aku datang dengan pelajar2 jugak...
entah pukul bape nak balik ni....
ooo, hensem student aku yang bersanding hari ni...
isteri die pon cantik...sangattttttt....



entah kenapa,
aku terasa sesuatu...
cemburu mungkin...
tak tau kenapa...
mungkin sebab dia melangkah ke alam yang satu lagi lebih awal dari aku..
maybe la....
haih..




memujuk hati sendiri lebih payah dari memujuk orang lain..
lalu apa yang harus dilakukan untuk merawat hati terluka??
eceh...ayat tak boleh blah...
nak pergi pantai..melepaskan rasa ...
boleh???




hati, tenang la...
hati, kuat la...
hati, yakin la pada janji ALLAH....




ah, kepada my 'anak' ridzuan a.k.a panjang...
selamat pengantin baru...
semoga berbahagia hingga ke syurga....






Tuesday, March 11, 2014

iamNEETA ft. Najwa Latif - Kau Pergi Jua







this is my favourite song...

Sunday, March 9, 2014

Emosi

Assalamualaikum.

Saja nak menulis sementara tengah rehat dari menulis thesis yang entah bila nak siap tu.
Saja nak berkongsi sedikit cerita yang aku alami.


Last week, couldn't remember hari apa but I plan to do mid-term test on that day.
And I realize about this one girl who came early but muka dia muram.
Nampak macam ada masalah.
So, bila dia bertanya berkenaan test, aku tarik dia keluar.
Asked her, what actually happen...
And she cried...


You know, I was panicked....
Yelah, aku bukan orang yang pandai memujuk dan aku tak tahu nak buat apa...
One thing  know is, I need to listen to her.
So, aku dengar la masalah dia.
Family problem...
Dia anak bongsu tapi memikul tanggungjawab yang berat.
Yang mana aku rasa aku tak mampu nak pikul jugak.


So, aku nasihatkan apa yang aku tahu la.
Contohnya, banyakkan bersabar since communicate with elders memang kena banyak bersabar...
And I asked her to not hurting herself.
I asked her to spill everything she felt so that dia tak stress sangat...


I don't know whether its help her or not...
But her story buat aku bersyukur sebab aku ada family yang faham aku..
Ye, salah faham and all those problems memang tak boleh elak..
Tapi at least, tak lah seteruk seperti yang dialami this girl.


Listening to her made me cry...
Entah apa-apa...
Nampak sangat tak boleh jadi kaunselor kan..
Hehe..




Semalam kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat penerbangan MH370. (ayat macam dalam berita tak?? hehe)
Aku pon terkejut...and bersedih..
Tak tahu kenapa tapi mudah sangat nak tersentuh bila ada berita sedih macam ni especially baca pasal family yang masih menanti kepulangan semua penumpang and anak kapal...


Harap-harap mereka selamat..
Miracle do happen isn't it?
ALLAH berkuasa kan..
So, lets pray for them...
Ya ALLAH selamatkan mereka semua...
:(

Wednesday, March 5, 2014

Krisis Air

Assalamualaikum wbt.


Bagi aku yang duduk kat KL ni, memang tengah mengalami masalah air.
Bukan berlebihan tapi kekurangan.
Jadi, bekalan air kami di catu...
Dua hari ada bekalan air, 2 hari berikutnya tak ada...
So, begitu la keadaannya sepanjang musim panas ni.



Alhamdulillah, walaupun bekalan air di catu... masih mampu untuk mandi dan bersihkan diri...
Tapi memang berjimat la.
Kalau dulu mandi macam nak banjir bilik air...
Sekarang memang jimat gila..
Basahkan badan, pastu cuci muka, syampu and sabun badan....and bilas sekali gus..
Nampak tak jimatnya di situ..
Hahaha...



Cerita tentang aku,
Masih bekerja keras nak menghabiskan thesis...
Tinggal seminggu lagi untuk hantar hardcopy.
A week after that, viva thesis...
Lepas tu I'M FREE!!!!!




My wish list after viva.
1. Marathon Running man
2. Marathon 4 novel baru
3. Bercuti


Pastu aku mesti busy nak prepare untuk majlis kan..
Majlis kahwin abang apun...
Huhu...




Sekarang ni, dah jadi habit...
Bila orang tanya bila nak kahwin,
Aku mesti jawab..
"Insya ALLAH hujung tahun ni,"
Padahal, calon tak ada lagi..
Hahaha...
Sampai masa nanti aku kahwin la kan...
Yakin dengan janji ALLAH...



Dua tiga hari ni, aku addicted dengan satu lagu.
Masih Mencintainya by Papinka.
Tak tahu kenapa...

Monday, February 24, 2014

study + kerja

Assalamualaikum...

ooooo  I am soooo excited to tell that my bff going to get  married next month!!!
I am so excited... dah rancang nak pakai baju sama kaler..
cuma tarikh majlis tu sama dengan tarikh viva a.k.a presentation thesis...22 Mac 2014
harap2 dapat giliran pagi so that aku sempat pergi majlis tu petang...
excited sangat...
tengok gambar pre wedding pon cantik!!!
jelessss.....haha..



Hmm sebenarnya baru je abis busy handling students final year punya presentation...
Two weeks mengadap benda tu, nak termuntah....
Plus aku tak ada masa nak concentrate on my study especially for my final last week....
And right now, aku tengah bertungkus lumus membaca journal untuk siapkan thesis.
habis je exam last week, kepala terus tukar mode thesis....
so still reading and starting this weekend i will be busy collecting data for my thesis...
hopefully I can finish it by mid of March...
this wednesday, dah ada appoinment dengan supervisor..
I'm scared...huhu...
yela orang lain dah siap...aku baru nak collect data...heeee
pray for me ok???
chayok chayok NJ!!



Tapi dalam busy and stress...sempat lagi jenjalan....
I went to Big Bad Wolf last Saturday...
Niat taknak membeli apa-apa...
Sekali borong novel english macam apa jek..
Nasib baik murah...
Cuma tak tahu nak simpan kat mana and bila nak baca...
Tunggu je viva abis....
novel tu semua aku khatamkan...
hehe...










OH..pesanan untuk kamu..
ya kamu...I heard you are going to get married soon...
So wish you in advance since I know you wont invite me...
Selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat dan semoga berbahagia selalu...




kenangan yang lama ku tinggalkan....
tiada guna mengungkit kisah yang lama...
kelak nanti meracun hidupku....
tinggal sayang tinggallah pujaan....





As closing....
Hari tu, kawan kerja tanya aku,
"bila nak kahwin?"
Aku jawab sambil tersenyum, 'hujung tahun ni,'
(",)

Friday, February 7, 2014

Sekadar Lagu

Merindu Tanpa Kata - Kapilla


DIKAU LAH YANG KUSAYANG 
DIKAU LAH YANG KU RINDU 
SEGENAP RUANG KU TERBAYANG 
WAJAHMU DI INGATAN 
HARUMNYA HARUM CINTA 
SEMADI DALAM JIWA 
MENGAPA AKU YANG TERASA 
MERINDU TANPA KATA 

c/o 
KU PUJA BUNGA LARANGAN 
KUNTUM KUNTUM YANG BERSERI KELOPAK 
GUGURNYA BERDERAI 
SUNGGUH KU PILU 
PILU DI HATI 
CINTA KU SEMAI SUDAH BERBUNGA 
TAK KU MILIKI 
SAMPAI HATI ENGKAU KHIANATI 
RASA CINTA BERUBAH DUSTA 
TAK SEDIKIT KAU RASA BERDOSA 
SEDANGKAN KU PEDIH LUKA 
DI HIRIS SEMBILU BISA 
KATAMU KU HANYA TEMAN BIASA 
HARUMNYA HARUM CINTA 
SEMADI DALAM JIWA 
MENGAPA AKU YANG TERASA 
MERINDU TANPA KATA

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/10/lirik-merindu-tanpa-kata-kapilla.html#ixzz2sczaETHP

Monday, February 3, 2014

Jawapan...

Kalau ada orang tanya,
"nak kahwin dengan saya??"


Apa jawapan yang perlu aku bagi??

Wednesday, January 29, 2014

Sambungan....

Assalamualaikum...

kenapa tajuk 'sambungan'?
Sebab nak menulis sambungan topik yang lepas...
POLIGAMI..

Kalau hari tu bercerita tentang pendapat seorang lelaki..
Hari ni aku bercerita pendapat seorang perempuan...
Tapi bukan aku...
Siapa?
Biarlah rahsia.

Aku yang memulakan persoalan ni..

'Setuju tak dengan poligami?'
'Setuju tapi bukan aku,' kawan aku jawab.
'Kenapa?' aku tanya semula
'Sebab aku nak jaga iman aku. Aku cemburu, takut sebab cemburu, iman aku berkurang. Akhirnya nanti aku derhaka dengan suami aku,' cepat je dia jawab. dan aku terdiam...

Lepas tu kawan aku sambung,
'kalau betul lelaki nak berpoligami, seorang suami perlu lebih hebat dari isteri. hebat in term of education, carrier also religion and love. Kalau mengaji pun tak pandai, macam mana nak ajar isteri?'
Aku mengiakan kata-kata dia.

Then, aku tanya lagi...
'Katalah kawan kau nak jadi isteri no 2, apa kau nak buat??'

point pertama dia:
'Brainwash dia dulu. tanya, betul ke nak kahwin dengan suami orang? pernah tanya isteri dan anak2 si lelaki? tahu perasaan mereka??'

point kedua:
'ingatkan dia kewangan perlu kukuh, kesabaran perlu tinggi. kalau kata, tiada kesabaran, baik lupakan sebab dugaan sangat tinggi.

Point ke3
'tanya ape purpose perkahwinan tersebut. perlu ke perkahwinan tu?'


Perbincangan tu terhenti setakat tu je sebab aku tak tahu nak tanya apa lagi...
Sebab poligami topik yang nampak ringan tapi isinya dangat berat..
Lagipon aku tanya masa kitorang dalam training ape ntah hari tu...



So, ape pendapat korang?
Setuju dengan poligami??? rasanya kena setuju sebab tu hukum ALLAH...
Tapi pada sapa yang mampu menghadapi poligami dengan sabar dan redha, memang la isteri yang baik....




Aku tengah batuk, selsema dan demam masa menaip ni.
Gara-gara tak cukup rehat dan stress dengan macam macam benda.
Kawan aku cakap limau mandarin boleh buat batuk lagi teruk..
Aku pon buat la research sikit...and adalah a few people said the same thing..
So aku pon macam 'ooo, betul la limau ni buat batuk aku jadi teruk,'
Tapi, sambil cari maklumat tu....2 biji limau mandarin aku telan...
huhu... -_-'
Tak boleh nak buat apa;, favourite kan....huhu...




Till the next entry yang tah bila...
Take care...(gaya menaip, macam ade peminat yang baca blog aku)


Jumaat nak balik kampung!!!
yeay!!

Sunday, January 12, 2014

borak-borak pasal kahwin...


Assalamualaikum...
Saja nak berkongsi pasal intipati yang aku dapat masa berborak dengan sorang classmate aku...
he is older so i call him abang...dah macam abang aku pon...



berbicara tentang hal kahwin dua....

'aini tau kenapa perempuan tak suka poligami or lelaki kahwin dua?'
'sebab mana ade perempuan suka berkongsi'
'Tak...sebab perempuan ego...' masa ni hati aku macam panas sikit...pastu kawan aku ni cakap..

'Ok..abg bagi contoh... aini ada kawan yang aini sayang sangat? Yang aini share masalah and semua benda...??' aku tak jawab...just pandang je dia...so die sambung...

'tapi kalau pasal kahwin..mesti aini taknak kongsi kan...even kawan tu dah macam adik beradik...betul x?? sebab perempuan ego'
'abg, kahwin is different thing la...mana boleh samakan..' aku membantah...

'sama je...kalau takut kasih sayang berkurang...cuba aini fikir balik, kalau aini kahwin...kasih  sayang kat parents aini kurang x?' aku geleng kepala je...

'kenapa tak berkurang?' dia tanya...
'sebab sayang kan ade macam2 jenis' aku jawab hentam je la...tapi itu yang aku rasa...
'yes..thats why tak perlu risau pasal tu..' aku terdiam..tak tau nak cakap ape...tapi mula menerima sikit la apa yang die cakap....


'ok... abang bagi contoh...abang bagi aini pinjam hp abang...and ada orang nak pinjam hp abang..aini bagi tak??'
'mestilah tak...hp abang kot' laju je aku jawap...
'kalau abang bg izin untuk orang tu pinjam?'
'then takda masalah..aini bagi je la..'
'hah...so kenapa tak terima bila lelaki nak kahwin lagi?? ALLAH dah bagi pinjam suami...dan DIA izinkan lelaki untuk kahwin lagi...so kita sebagai hamba yang cuma PINJAM dari ALLAH...kenapa nak  menentang???'

Aku terdiam..dan terfikir...betul apa yang kawan aku cakap..
Apa korang rasa???
Ada satu lagi ayat die yang buat aku terasa kerdil....
'kemampuan kita untuk terima hukum ALLAH ni...tunjukkan iman kita macam mana...'


Apa korang rasa....
Kawan aku tekankan...die tak berniat nak berpoligami tapi die nak perempuan tukar mindset...tu je...


So..aku tinggalkan korang supaya korang boleh fikir sendiri...aku pon masih cuba menghadam apa yang aku dengar...tapi untuk mengizinkan suami kahwin lain, aku tak tau aku boleh buat tak sebab aku tak kahwin lagi...huhu...


Itu je aku nak kongsi hari ni...
selamat berfikir ya... :)




aku dapat new perception about marriage bila berborak dengan orang yang berpwngalaman...

Thursday, January 9, 2014

Umur...

Assalamualikum..
Tiba-tiba rajin nak taip entri...


Tahun ni, aku dah berumur lebih suku abad...
Aku tekankan LEBIH suku abad...
Kalau tahun lepas, bila orang persoal tentang umur dan jodoh...
Aku masih mampu menjawab dengan senyuman...


Namun, masuk tahun 2014..
Bila berbicara soal umur dan jodoh..
Aku terasa takut...
Sebab umur dah banyak tapi calon takde lagi...
Hahaha...


Yang lebih menakutkan...
Bila aku dikelilingi kawan2 yang dah kahwin...
And kakak aku kahwin pon masa umur aku sekarang...
So terasa macam aku ketinggalan...



Siapa yang tak risau kan..
Tapi apa aku boleh buat??
Kalau dah ditentukan aku tak kahwin lagi..
Kenalah redha...


And kalau aku ditakdirkan sendiri sampai bila2 pon,
Aku kena redha...
:)


Siapa yang taknak bersuami dan ada anak kan...
Rasa tu lagi kuat bila kawan2 dah dapat anak comel2...
Hati selalu bertanya, bila pulak giliran aku?
Bila lagi aku nak jadi macam diorang...
Tapi aku faham...
Andai jodoh tak sampai lagi, it means I am not ready yet for the responsibilities...
So aku selalu pujuk hati sendiri..
Eh2 tetiba rasa nak nangis ni apahal...haih..~



Ade orang cakap..
'Daripada berharap dapat jodoh yang baik...baiklah jadikan diri sendiri jodoh yang baik'
maksudnya, lebih baik kita menjadi yang lebih baik dan jodoh yang baik tu akan datang sendiri...



So, right now...
Lets pray for the best....


Be strong NJ....


Jangan tinggal dalam kenangan...
step forward and move on dear heart...


Tuesday, January 7, 2014

Kenangan itu

Assalamualaikum..
Lama tak mencoret...
Dan aku rasa nak menulis hari ini even kerja melambak untuk disiapkan...
it is just another RASADARIHATIAKU....


Thesis....Review soalan exam...fail subjek...tanda tutorial and quiz...
kerja yang menanti...


Hari tu...
Aku mimpi..
Bermimpi kau datang...


Dari jauh aku nampak kau...muka serba salah...
Aku terkejut... namun entah macam mana...
Aku mampu tersenyum...senyum yang ikhlas...
Kita boleh berborak seperti tiada apa yang berlaku...


Apakah maksudnya mimpi tu??
Aku tak tahu..
Apa yang aku perasan....i miss the smile...his smile..
Thats all...


Tak, aku tak pernah fikir pasal die...
Lama dah...
tapi bila mimpi tu datang...aku kembali ke titik permulaan semula...
Starting point...again after one year and 2 months...


haila...~

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

There was an error in this gadget