ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Sunday, November 29, 2009

1

Alia Maisarah sampai di pejabat lewat. Jika sebelum ini Nik Fikri yang menghantar dan mengambilnya, tapi kini dia perlu berdikari sendiri. Nik Fikri telah berkahwin lagi dan Alia Maisarah terpaksa memegang title janda. Dia kenal dirinya. Dia tahu keupayaannya. Alia Maisarah tahu dia takkan dapat berkongsi kasih dengan orang lain.

Bukan Alia tidak cuba menyelamatkan rumahtangganya. Berbulan dia bersabar dan cuba mencari penyelesaian masalah rumah tangganya yang hambar, tapi dia gagal. Sehingga saat Nik Fikri melafazkan cerai pun dia masih memikirkan apakah salahnya. Tanpa sedar, Alia Maisarah melepaskan keluhan. Berat beban yang ditanggung.

Diusap perlahan perutnya yang makin membesar. Kehadiran kandungan itu amat dinantikan tapi sayang tidak bagi Nik Fikri. baginya, kehadiran anak itu tidak akan mengubah keputusannya.
"Maafkan ibu sayang. Ibu tak dapat pujuk Ayah. Tapi ibu janji ibu akan jaga sayang. Ibu takkan sesekali putus asa,"

Ketukan dari luar menghentikan perbuatan Alia Maisarah. Setelah Alia memberi kebenaran untuk masuk, setiausahanya muncul.

"Alia, dah lunch hour. Kau taknak keluar ke?" Alia segera memandang jam dinding di biliknya. Pukul 1.15.
"Aku tak perasan pulak. Takpelah. Aku tak rasa lapar. Su, kau pergilah makan dulu,"
"Betul ni kau tak lapar?"
"Betul. Aku rasa kenyang lagi ni,"
"Kalau kau tak lapar, baby dalam perut tu pun kena makan jugak tau. Orang pregnant mana boleh skip meal. Tak bagus tau untuk baby,"
"Kau ni kalau dah membebel, kalah nenek Kau tau,"
"Amboi mengata orang. Cakap pasal nenek, nenek dah tanya bila kau nak balik kampung jumpa dia. Lepas aku bagitahu kau dah pregnant ni, dia asyik suruh aku bawak kau balik kampung tau," Su sudah duduk di hadapan Alia. Alia tersenyum mendengar kata-kata Su.

Suraya teman baiknya semenjak dia bekerja di syarikat itu. Alia mula berkhidmat di syarikat milik Datuk Mazlan sebelum dia berkahwin lagi. Kadang kala, Alia akan bersama Suraya pulang ke kampung halamannya. Keluarga Suraya sudah menganggap Alia seperti ahli keluarga mereka. Suraya tempat Alia meluahkan masalahnya. Suraya sentiasa di sampingnya walaupun Suraya telah berkahwin.

"Alia, kau ni sempat lagi termenung. Jomlah lunch. Kesian kat baby tu,"
"yelah, jom. Kau takkan putus asa selagi aku tak kata ya kan?" Suraya hanya tersenyum.


Sampai di rumah, Alia segera membersihkan diri. Dia kini menetap di apartment yang dibelinya sebelum berkahwin. Alia tidak mahu tinggal di rumah lamanya. setiap sudut rumah itu mempunyai kenangan dia dan Nik Fikri. kenangan itu amat menyakitkan. Bagi Alia, dia perlu kuat untuk memadam kasakitan semalam dan melakarkan jalan untuk hari esok.

"Baby nak makan apa malam ni? Kalau ibu tak makan, mesti Auntie Su marah ibu esok.Hmmm...Makan pizza nak tak sayang?" Alia menusap perutnya. Kandungannya sudah berusia 7 bulan.

Alia terus mengambil kunci kereta dan handbag sebelum keluar untuk ke Pizza Hut. Tiba-tiba dia teringin untuk makan pizza. Sampai di Pizza Hut, langkah Alia tiba-tiba terhenti. Matanya terarah peda sepasang suami isteri yang sedang seronok makan di Pizza Hut. Tanpa menunggu, dia terus melangkah pergi. dadanya terasa sakit melihat Nik Fikri dan isterinya. mungkin dia tidak kenal perempuan itu tapi wajah lelaki itu takkan Alia boleh lupakan. Sudah lebih 4 bulan mereka bercerai namun sayangnya pada Nik Fikri masih belum padam sepenuhnya.

Alia duduk di satu kerusi berhampiran melepaskan lelah. Dia cuba mengumpul semula kekuatannya.
"Macam mana ni baby, ibu nak makan pizza tapi ibu taknak pergi Pizza Hut," Alia mengumam perlahan.
"Taknak pergi Pizza Hut, Domino's Pizza kan ada," Satu suara menegur.ALia segera menoleh. Alia cuba mengamati wajah itu. Macam kenal, tapi siapa?
"Dah tak ingat kat abang lah tu," Lelaki itu tersenyum.
Alia cuba mengingati wajah itu.
"Abang Amsyarkan. Amsyar Hafiz?"
"Nasib baik ingat abang. kalau tak, siap la Alia," Alia hanya tertawa.
"Lama dah tak jumpa abang. Mana lah Alia ingat muka abang. Muka abang pun dah berubah,"
"Yelah tu. Ni kenapa jalan sorang-sorang malam-malam ni?"
"Jalan sorang-sorang la. Siapa la nak teman Alia,"
"Menyampah tau cakap dengan Alia ni. Ada je yang nak dijawabnya. Suami mana?"
"Suami? Alia dah bercerai la," Alia cuba tersenyum namun kaku senyuman yang terukir. Amsyar Hafiz terdiam.
"Sorry Alia, abang tak tahu,"
"Apa sorry? Alia marah ni. Baik belanja Alia makan pizza. kalau tak Alia tak maafkan abang,"
"Oh...macam tu ke nak pujuk Alia. jom, abang belanja. Nak makan pizza je kan. No hal la,"
"Betul ni?"
"Betul la. Baby punya pasal, abang tak kisah," Alia cuma tersenyum
Kenapa orang lain yang ambil berat pasal baby, kenapa bukan ayah baby?
"Alia, cepatlah. I don't want you take your dinner late. it is not good for you and the baby okay,"
"baik, Dr.Amsyar,"
"Perli la tu," Alia tertawa. Mereka beriringan ke Domino's Pizza.

Banyak yang mereka bualkan. Mereka adalah adik beradik susuan. Selepas ibu bapa Alia meninggal, dia dijaga oleh ibu saudaranya. keluarga Amsyar Hafiz tinggal berhampiran dan meyusukan Alia. Ibunya meninggal ketika melahirkan ALia manakala bapanya meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital untuk melawat Alia yang baru lahir. Saudara mara Alia tidak mahu menjaga Alia yang baru berusia sehari kerana menganggap Alia membawa nasib malang kecuali ibu saudaranya yang masih bujang.

Alia berada dibawah jagaan keluarga ibu saudaranya sehingga dia berusia setahun sebelum dia diserahkan ke rumah kebajikan kerana ibu saudarnya berkahwin dan suaminya tidak suka akan Alia.

"Kenapa bercerai Alia and why you didn't even tell me about this?"
"Benda tak baik takkan Alia nak canang. Lagipun, benda dah jadi,"
"Tapi at least cerita la kat abang,"
"Takpe la abang. Alia malas la nak kecoh-kecoh. Mak sihat? Lama Alia tak jumpa mak,"
"tukar topik. Alia selalu macam ni. Datanglah rumah. Mak rindu kat Alia. Sampai abang rase macam abang ni anak tiri tau. sikit-sikit Alia," Alia tertawa.
"Eleh, abang jeles la tu mak sayang Alia lebih,"
"Tak ingin abang nak jelous tau. Dah cepat makan. tadi beria-ia suruh abang belanja. Makan satu slice pn tak habis. Apalah Alia ni," Alia ketawa lagi. Entah mengapa, hatinya begitu senang dan Alia ingin menikmati saat ini selalu tetapi wujudkah kebahagiaan untuk dia?




p/s: cite ntah pape..huhu...sori la klu pening....

Wednesday, November 25, 2009

prolog..

Alia Maisarah duduk kembali di sofa setelah penat berdiri menenti kepulangan suaminya, Nik Fikri. jam di dinding menunjukkan pukul 9 malam.
"Mana abang ni? Selalunya sebelum Maghrib dah sampai," Alia tertanya-tanya sendiri.
Alia bangun semula dan meninjau dari tingkap. Hatinya tidak sabar untuk memberitahu berita gembira kepada suaminya. Dia amat berhrap berita itu dapat mengeratkan kembali hubungan mereka yang semakin renggang sejak akhir-akhir ini.

tiba-tiba dia mendengar druman kereta masuk ke kawasan rumahnya. Senyuman terus mekar di bibirnya. Segera dia membuka pintu dan menanti Nik Fikri.
"Abang, baru balik?" Alia mengambil beg Nik Fikri. suaminya hanya mengangguk sedikit.
"Abang nak air. Alia buatkan ya,"
"Tak payah. Duduk Alia. Abang ada perkara nak bagitahu Alia,"
"Ya ke? Alia pun sama. Tapi abang cakaplah dulu,"
"Abang nak kahwin lagi," Alia terdiam. berita itu betul-betul meragut kegembiraannya.
"Abang bergurau ya,"
"Abang tak bergurau. aAbang nak kahwin lagi. I need women that understand me and more sophisticated. I need women that can be by my side every second, in any condition," Alia terdiam. Tak cukup memahami ke aku? alia tertanya-tanya sendiri.
"Abang tekad dengan keputusan abang? Even alia menghalang?" Nik Fikri mengangguk. Pedih hati Alia bagaikan dihiris-hiris. Hancur hatinya bagai kaca yang berderai ke lantai.
"Kalau itu keputusan abang, Alia tak boleh nak buat apa-apa. cuma satu Alia mintak, lepaskan Alia. Alia tak cukup kuat untuk hidup bermadu," Alia terus berlalu meninggalkan Nik Fikri yang tergamam dengan permintaan isterinya.

Di bilik Alia menangis.
"Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa buat macam ni," Alia mengusap perutnya mengharap bayi di dalam kandungannya faham. Alia melelapkan matanya walaupun sukar. Biarlah dia membawa lara hatinya. Biarlah dia bermimpi yang indah walaupun seketika. harapannya semoga esok ada sinar cerah untuknya dan anak yang bakal lahir itu.

Tuesday, November 24, 2009

Nak Raye Dah...

This Friday is Hari raya Aidiladha....
umat Islam menunaikan fardhu haji ke Makkah...
bile agaknya aku nak ke sana...
hm....

Actually I am menganyam ketupat sekarang ni...
Dah expert cause I did this from I standard 5 or 6...

tak tahu nak tulis apa...
I am finding idea to write some story...
I think, I'm in the right mood but unfortunately I have NO IDEA...
hmm...no comment..

it is raining outside...
and also raining inside of me....

Before I forget...
Selamat Bercuti to all my friends...
and also
Selamat hari raya Aidiladha...
marilah kite sama-sama mengenang pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka yang berkenaan....

Friday, November 20, 2009

boring...

Hmmm...boring stay at home without friends...
Nothing much I can do...
laundry, help mom cooking...reading, sodoku and surf internet...
Wana, bile kau nak balik ni?? cepatlah...aku boring giler ni....

yesterday, I called Kak Lina...just to talk to kakak leeya...
but she wants her Atok....

"auntie call esok plak ea.."
"Nak Atok!!"

when her Atok talked to her,
"Nah, adik..cakap dengan atok la budak kecik..."
she put the phone beside her 7 months sister...baby peah..
Ape la kakak leeya ni...mane la baby 7 bulan boleh cakap pape...ish..ish..
her Tokmak and atok only laughing when she did that...

Then, I called kak ani...to talked with Ijat but she did not answered...
After that Kak ani call me..
what Ijat can say...

"Jom naik motor,"
"Tak nak,"
"makan jom"
"Taknak"
"Ijay tinggal ea, atok nak jalan"
"taknak"

huhu.....tu jela yang die tau cakap....

last saturday, Ijat hit my mom on her face...ala, budak-budak...
His father take his hand and said
"Tangan ni tadi buat apa? pukul sape?"
then Abang Faizal jentik tangan Ijat...
"Akit...akit.." he show his hand to his Ibu...huhu..ibu die tiup-tiup sikit pastu die diam..
tak nangis pu...hero kan...
kesian memang kesian tapi taknak la manjakan sangat...
nanti terbiasa pukul-pukul orang....

tapi kejap je sakit ijat tu...pastu aktif balik....
auntie die yang tak larat nak layan...
makan coklat kuat...kitkat tu die boleh habiskan sorang..kalah auntie die...
"nak lagi?"
"agi"

hmm...ni takde sape kat rumah...takde sape nak layan...rase boring pulak...


missing someone...huuu

Monday, November 16, 2009

Dah Kat Rumah..

Seronoknya!!!!
Aku dah sampai rumah...
hari jumaat aku gerak balik dari Klang terus turun JB...Rumah Kak Ani...
malam tu, jalan kat JUSCO..makan KFC...tengok Ijat maen-maen...
Seronok...

Hari Sabtu, pagi-pagi dah gerak balik kahang timur....
Petang tu, Pergi hospital tengok my cousin dapat baby girl...
comel, 2.6kg...cesarean coz songsang...

hari ni, buat kerja rumah macam biasa then dah tak tau nak buat ape...
macam ni la rutin aku sepanjang cuti...
My auntie said, aku kurus sikit...
huu...tunggu la sikit hari lagi...mesti aku gemuk balik...
makan tak berhenti...heeeeeeeee.....

miss my sweetheart..take care dear...

Thursday, November 12, 2009

Nak balik Dah...

Dah habis exam...
Dah habis kemas barang...
dah habis lepak2...
Apa lagi????
Balik la...
huhu...

Esok aku blik naek bus la....turun Johor dlu....p umah Kak Ani...
Sabtu baru balik kluang...
huhu
I miss my home...
Mak, ayah...ain balik ni!!!
Nak mamam laksa!!!!

Adik, jangan jeles...orang dah nak blik ni....huhu....
jumpa raya aji nanti ek!!!!

untuk sape2 yang x habis exam lagi....
Teruskan usaha anda....n jangan jeles aku dah habis paper...
huhu...even jawab merapu ke lebih....huahua...

For my sweetheart, kite balik kampung tau...jangan nakal2 eh kat KL...huhu..
I will miss u so much dear...
See you later...
love u

(",)

Sunday, November 8, 2009

Kembali KepadaNYA..

I just got call from my cousin. he said, "Atuk Aji dah meninggal tadi. lebih kurang pukul 10 lebih,"
Atuk Aji is my grandmother's brother....in malay, atuk sedara la..
not realy close but he always come to see my grandmom and he is friendly. It is really a shock to hear that news even yesterday my mom told me he admitted to hospital, ICU....
I don't know how to describe my feelings...a little bit sad maybe but I feel something right in my heart...and thinking of him suddenly made me tears...oo, GOD....he is gone...I cannot see him again, isn't it?

YA ALLAH, aku menyayangi dia tapi aku tahu KAU lebih menyayangi dia. Aku redha dengan pemergian dia. YA ALLAH, KAU tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang soleh dan orang-orang yang KAU redhai....amin...

Al-Fathihah....

Saturday, November 7, 2009

happy...:-)

I'm really happy today...My sweetheart came to see me!!!
I'm really happy...
Thanks a lot...Thanks for sacrifice your time and sabar dengan kita...
Thanks for the present...I like it very much and of course I appreciate it...


GEMBIRA SANGAT!!!! (",)

Try Bace Jap...

~a little bit of idea that came out from my mind just now. what do you think. please read and comment..(",)~


“Papa Ngah, baby kat mana ni? Kenapa semua benda warna putih?”

“Baby kat hospital, sayang. Tadi baby pengsan masa kita pergi taman. Baby ingat tak?” lama kanak-kanak itu berfikir sebelum dia mengangguk.

“Mana Ibu Ngah? Papa Ngah, Baby rase penat sangat. Baby rasa nak tidur la,”

“Ok, Baby tidur dulu. Nanti Papa Ngah kejutkan Baby,”

“Papa Ngah, Baby nak tidur kat pangku Papa Ngah. Mana Ibu Ngah?”

“Ibu Ngah kat sini sayang. Baby rehatlah,” Air mata yang bergenang cuba di tahan.

“Ibu Ngah, meh la duduk sini. Baby nak tengok muka Ibu Ngah sampai Baby tertidur. Eh, kenapa Ibu Ngah nangis? Janganlah Nangis, nanti Papa Ngah marah Baby sebab buat Ibu Ngah menangis,”

“Tak, Ibu Ngah tak menangis sayang,”

“Papa Ngah, kenapa Baby rase bilik ni makin gelap? Bukak la lampu Papa Ngah. Baby tak Nampak muka Papa Ngah dengan Ibu Ngah,”

“Takpe sayang, kalau terang nanti Baby susah nak tidur,”

“Papa Ngah, tolong Baby bagitahu baba dengan mama yang Baby sayang sangat kat ayah dengan mama,”

“Ok sayang, nanti Papa Ngah bagitahu diorang. Sekarang, Baby jangan risau. Papa Ngah janji dengan baby,”

“Terima kasih Papa Ngah. Baby dah ngantuk. Baby tidur dulu. Ibu Ngah, Baby nak goodnight kiss sekali, boleh? Papa Ngah pun kena bagi jugak,” Wanita itu segera mengucup pipi kanak-kanak manakala lelaki itu menghadiahkan kucupan di dahi kanak-kanak kecil itu.

“Terima kasih Ibu Ngah. Baby sayang Papa Ngah dengan Ibu Ngah,” perlahan-lahan mata kanak-kanak itu tertutup dan tangan kecilnya yang erat memegang tangan wanita itu, terkulai.

Tanpa dapat di tahan, air mata mangalir laju mengiringi pemergian Nur Aina Fatihah menghadap ILAHI. Perginya mengakhiri penderitaan yang di tanggung selama ini.

“Ya ALLAH. Sesungguhnya, aku amat menyayangi di a. Aku redha dia kembali kepada KAU, ya ALLAH. KAU letakkanlah dia di kalangan orang-orang yang solehah dan orang-orang yang KAU redhai,” lelaki itu berdoa perlahan sambil memeluk tubuh kecil Nur Aina Fatihah sebelum meletakkan kanak-kanak itu ke katil dan menutup tubuhnya. Lelaki itu segera memeluk erat tubuh wanita di sebelahnya yang menangis teresak-esak.

“Jangan menangis sayang. ALLAH lebih menyayangi Baby. Redhakan pemergian dia. Dia hak ALLAH dan kita Cuma pinjam dia dari ALLAH. Sekarang, masa kita dengan dia dah tamat, biar dia kembali kepada pemilik dia,”

“Lin sayang Baby,” perlahan wanita itu menuturkan kata-kata.

“Abang pun sayang Baby, tapi ALLAH lebih sayang dia. Kite kena ingat tu,” wanita itu mengangguk perlahan, cuba menerima hakikat yang terhidang di hadapannya.



~Thanks....~

Friday, November 6, 2009

Tomorrow is Saturday

Tomorrow is Saturday...
Last saturday for me here, at Puncak Alam for this semester.
Like all past Saturday and Sunday, I will wait here....
I will wait until the days gone or I get tired...
Looking at every car pass by...
huu...

I will wait...

aku cuma mintak sekali je....sekali je...x banyak, just once before I'm going back to hometown....

Wednesday, November 4, 2009

3 Done, 3 To Go

Today, I had tecnoentrepreneurship paper....huhu..
the name is hard like the exam...
no la, it just I can remember everything that I had read...
If the question ask for 4, I just remember 2...
ask for 6, I got 4...
ask for definition, I totally forgot...
In total ..... hampeh...
tak tau la macam mane result nanti...:-(


After exam, there is one incident when my classmate's beg is suddenly disappeared...
then she try to ask the pengawas and then the pengawas ask her to see the guard and see the cctv...
I thougt that story end there..but unfortunately, there is another continuation...
Her and her roommate's laptop and also perfume is lost....huhu..
What kind of person that has the desire like that...stealing others' while in exam period...
how dare that person did something like that...I hope, really hope...she will be detected and get punishment from it!!!!! (aku yang geram lebih2...)

Malam ni rase malas nak study...so, lets enjoy!!!! (pastu x dapat jawab dlm exam lagi...huhuhu...)
like I care....

Monday, November 2, 2009

Finish another paper..

Dah habis satu lagi subject....two done, 4 to go....
Malasnya nak study...kenapa ek, kite kena amik exam???
Ble jawab tak?

never mind....nak siapkan diri....nak study...huhu..