Berhenti singgah sekejap, lama tak jenguk.
Just want to share something I got from book that I just bought.
The writer, share the same feeling as me.
I don't know, either it it true or not...
But, here it is...
Some luahan rasa dalam bentuk puisi.
Puisi ni di cipta oleh Panahanjiwa.
Boleh cari dia kat twitter kot.
Takdir Yang Dibuang
Celaka!
Tak mahu datang-datang teduh yang aku tunggu
Malah ia terusan membasah
Mengapa ya?
Mengapa kau meninggalkan dengan egois
Biar aku terduduk sadis
Aku mahu tanya
Apa jadi tentang esok yang kita bual-bualkan?
Apa jadi tentang kelmarin punya anganan?
Apa Jadi?
Apa kau lupa
Di tempat itu
Tempat kita berlari berpegangan tangan -
Saat kau kata kau laungkan
Aku cinta kamu!
Aku mahu kamu!
Aku rindu walau sedang bersama kamu!
Apa kau lupa hingga gamak kau berlari dan tertawa
bersama yang baru ditempat itu
ditempat kita dulu
Apa hati ini kau rasakan batu?
Cuba sekali kau pandang sayang --
Pandang tajam-tajam ke mata biar tembus je hati
Mana pergi janji?
Yang konon setia nak mati
ya,
Aku mungkin ego untuk mengatakan ini didepan kamu
Didepan kebahagiaan kau sama dia
Tapi ketahuilah --
Mengertilah--
Sampai saat ini
detik ini
Hati ini masih tidak pernah punya ego
Cintanya sentiasa
Sayangnya tak punya suara untuk berbicara
Sama....sama macam apa aku pernah rasa...
Dan rasanya persoalan tu masih ada cumanya aku dah tawar hati untuk mencari jawapan....
:)
No comments:
Post a Comment
please leave your comment here....thanks.. :-p