ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Monday, August 4, 2014

Hari hari Aku..

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin
Semoga aidilfitri ini membawa seribu pengertian kepada kita semua...



Kisah raya aku.


Balik kampung hari jumaat petang lepas kerja.
Sanggup tak buat kelas petang tu sebab nak sampai rumah awal.
Abang apun dan aishah dah ada kat rumah.
Sabtu dah sibuk berkemas.
Malam tu pergi bazar...kak nani pon ikut sekali.
Bukan beli apa pun...jalan-jalan je lebih...
Malam tu jugak cik sue sampai - pukul 2 pagi.


Ahad dah busy dengan persiapan memasak dari pagi.
Cik sue nak masak rendang dia, cik Leh nak masak sup kambing...
Tak menang tangan.. Kakak kakak sume beraya kat umah mak mentua...
Malam lepas pengumuman raya, mula la persiapan masak juadah hari raya.
Tak sempat nak reply mesej dan whatsapp raya dari semua orang.
Bukak, baca and tutup balik...reply hari raya kedua.. hahaha...
Malam tu tido pukul 3 lebih...
Tu pon dah letih gila..


Bangun pagi pukul 6.30...
Adik bangun awal sikit.
Terus mandi lepas tu blur...
Macam tak tahu nak buat apa.
Last last tolong mak bungkus makanan nak munjung ke rumah jiran...
Oh, munjung = hantar makanan ke rumah jiran...
Lepas tu satu trip pusing kahang timur...
Sampai rumah, baru sarapan.
Juadah wajib untuk keluarga Jamal: Ketupat, ayam masak kicap, sambal goreng, sambal kacang (or kuah kacang kalau orang KL sebut), serunding dan lodeh.
Hari tu ade tambah lepat. hehe
Banyakkan makanan... sebab tu boleh naik 5 kilo.
Hehe...


Lepas sembahyang raya, buat tahlil ringkas and bermaafan dengan mak ayah.
Dan tak lupa berposing!!!
Mak ayah pon jadi mangsa...
Guna monopod, lagi la banyak gambar boleh amik.
Hehe...
Gambar nanti la upload...


Raya pertama, stay kat rumah je sebab masing-masing letih...
lagipon sedara ramai datang.
Raya kedua sampailah raya ke6, asyik berjalan je.
Takdelah ke mana pon, pergi area johor je.
Yang paling best, dapat duit raya!!!!
Umur dah lebih suku abad, tapi still dapat duit raya dari atuk busu...
Hehe..


In short, aku seronok sangat raya kali ni...



Ada sorang abang sepupu yang bekerja di UTHM cadangkan kat aku...
Untuk sambung PhD kat luar negara.
Aku yang dengar benda tu, terus kecut perut.
Mampu ke aku???
Master ni pon merangkak nak habiskan...
PhD?? Kat tempat orang???
Entah apa jadi entah nanti...