ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Showing posts with label rasadarihatiaku. Show all posts
Showing posts with label rasadarihatiaku. Show all posts

Thursday, September 19, 2019

Progress...

Assalamualaikum.


It has been 3 months since I changed my job.
I mean tukar tempat kerja.


A lot of things berubah...
Apa?
- waktu kerja. Dulu 8.30 sampai 5.30. Sekarang 8 sampai 5.
- my wake up time. Dulu 6.30 pagi. sekarang 5 pagi dah bangun.
- travel to work. Dulu naik kereta je. keluar pukul 7.40, 15 minit sampai dah. Sekarang naik bas and LRT. First2 dulu naik bas pukul 6...6.40 sampai kat LRT, solat subuh baru naik LRT ke Masjid Jamek, tukar line ke Titiwangsa. Now, naik bas 5.40... so 6.30 memang dah naik LRT ke masjid jamek. lebih awal dan tak terkejar2. Plus, bus 5.40 sentiasa ada.
- sarapan. dulu breakfast pukul 8, sekarang pukul 7 lebih dah sarapan sebab pukul 8 dah masuk kerja.
- sampai rumah. Dulu sampai rumah before 6, kalau tak kemana mana la. sekarang, kalau tak menyinggah, 6.30 baru sampai. kalau bas awal, 6.15 boleh sampai rumah. huhu..
- dulu gosok baju setiap pagi. sekarang, ahad dah gosok baju untuk seminggu. kalau next weekend balik kampung, gosok baju untuk dua minggu terus. so jangan tanya apa yang aku busykan bila weekend. hahaha.
- dulu satu bilik semua pempuan. now, campur sebab staf semua satu bilik je. huhu.


Banyak la jugak perbezaan lain. Tapi yang aku listkan tu yang paling nampak and boleh dirasa.


And I think it took me 3 months to fully adapt to the changes.
And for that 3 months, my body took the tolls.
Awal2 dulu stress sebab I am not a person yang mudah nak berborak dengan orang baru kenal.
Hampir sebulan jugak nak warming up dengan kawan2 kerja.
Pahit tekak sebab tak banyak bercakap. hahaha
Lepas tu nak adapt dengan waktu bangun tidur dan penat travel by public transport, badan jadi lain macam.
Lain macam mana?
Suddenly dapat allergic reaction. Satu badan gatal2 yang tak tahu punca.
MC 2 hari kot.
And aku tak pernah allergic, tak pernah pantang makan. Pantang jumpa ada la...
lepas tu sakit gigi pulak. Sakit yang sampai aku makan bubur je.....


Then yang paling nampak bila aku didatangi darah istihadah.
Masa ni sedih sangat sebab tak pernah kena and stress sebab I need to take extra precaution.
But I tried to find the positive side which I got something new to learn.
Bila mengadu kat mak, mak cuma kata aku stress. Mak mintak aku bercerta dengan sesiapa yang aku percaya. Tapi aku berat hati. sebab aku tak rasa stress and aku taknak susahkan orang dengan masalah remeh aku.
Kak baiti pon cakap benda sama. and she ask me to tell anything to her, share everything I need.
Tapi aku rasa ok je. Tak ada la rasa stress sangat sebab masa tu rasa dah boleh adapt dengan jadual hidup yang baru. Plus, I reluctant to burden orang dengan masalah aku.
I said that and confident yang aku memang tak stress but I guess badan lebih tahu apa yang badan rasa so dia bagi la tanda tanda macam tu.
2 months darah tu datang. ni bulan ke 3, setakat ni tak ada lagi.
Kalau tak datang, alhamdulillah. Kalau datang, pon bersyukur.




Banyak benda yang berbeza kat sini dengan tempat kerja lama.
Sistem, kelas, tugas, workload and KPI.
A total different world.
Ada yang better, ada yang worst but I am the one who choose to change my workplace so I need to face this.
But I pray the situation will change for good.


And I never stop pray for my friends kat tempat lama untuk dapat rezeki yang lebih baik.


Okay la, nak kena buat nota.
Nak submit untuk colaboration dengan international institute.
So, till next time... take care.




p/s: Dear MSAA, I miss you but I don't have any plan to include you in my future... I pray for your happiness. Sincerely.




xoxo
NJ.

Monday, June 20, 2016

UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum....

Last week, i had chance to go to UiTM Pucak Alam.
With who? Kakwan of course.
Dah lama rancang sebenarnya...baru je tercapai.
Hehe



So, the plan was to buy any food from the pasar malam.
Then kakwan suggested for us to eat at UiTM..
Aku? Teruslah setuju. Hehe..


Yang paling best, bila sampai tu...
Terbayang semua kenangan lama..
Rasa seronok sangat.
Beli nasi ambeng, sate, keropok lekor dan air jagung.


Dah siap beli, Kitorang jalan jalan kat area umah sewa dulu.
Umah sewa kitorang ada orang duduk dah.
Ingat nak turun amik gambar kat playground depan umah tu, tapi ada orang pulak.


Lepas tu terus gerak ke UiTM.
Dengan muka yakin, main masuk je.
Guard tengok dengan muka garang tapi kitorang buat selamba je.
Bak kata kakwan 'muka kita kan nampak macam student'.. Hehe


And....
Banyak sangat dah berubah.
Yela, dah lebih 4 tahun tak jejak.
Dah ada fakulti baru...
Library pon dah besar and ada bangunan sendiri.
Kafe pon sama.
Lepas tu dah bnyak jalan baru kat dalam UiTM.
Sambil masuk tu, borak pasal kenangan masa belajar.
Pasal tangga tinggi, pasal asrama and pasal kitorang balik jalan kaki dari fakulti ke asrama.
Hehe...
Okay, terasa dah tua sangat.
Hahaha...


Kitorang berhenti kat kafe kat kolej angsana.
Buat muka selamba duduk kat meja.
Ada tempat tengok tv, kedai makan pon ada banyak dah.
And aku tak tau kat mana diorang solat terawikh.
Dulu kat tengah tengah kafe tu.
But now, the area clear je.
So we assumed there is masjid dekat dekat situ...
Ah, dah ada coolblog ok kat situ.
Jealous much okay. Hehe..


Habis makan..kami berangkat pulang.
Sempat la bergambar kat library sebab cantik...
Sanggup u-turn tau...

Kat kawasan PTAR..Cantik kan...


Selfie depan library!!!



Whatever it is....
Happy sangat sebab dapat ke sana..
Next time, kitorang plan nak datang sana lagi...
Tapi bawak tun junior!! Hee






Well, till the next entry...stay safe and healthy ya!!



Much love,
NJ~~


Sunday, March 27, 2016

sungguh

One word.
Rindu...


Tapi, another word appear....
Sia-sia...








Hati,
Jadilah kuat..
Bukan untuk hari ini...
Tapi untuk setiap hari...



Love,
NJ~~

Thursday, March 17, 2016

Solat dan doa..

Sedikit nasihat dari seorang kakak...

'Hati ni...Allah pegang..
Dan fitrah manusia untuk ada rasa suka..
Perasaan tu lumrah.
Tapi kena kawal.
Doa...doa kat Allah sebab hati manusia, DIA yang pegang.
Jadi doa, mohon dengan dia..


Solat..
Solat taubat, solat hajat, solat istikharah..
Mintak hati kita tenang...
Selagi hati tak tenang, kita susah nak buat keputusan atau terima ketentuan ALLAH...
Bila dah tenang, kita akan nampak jalan yang ALLAH tunjuk..'


(Kak baiti, 2016)



Lama dah dia nasihat ni...tapi baru terdetik nak catat...
Lemahnya iman bila hati masih meragui takdir ALLAH...
Rapuhnya iman bila hati masih tak dapat menerima kenyataan..



Sungguh aku lemah...



Hati,
Semoga tabah...
Bukan untuk hari ini..
Tapi untuk setiap hari...



Love,
NJ

Tuesday, December 1, 2015

Harapan dan kekecewaan...

Terkadang,
kita berharap...
Terlalu berharap...
Sampai kita lupa...
Kita hanya merancang...
Tapi ALLAH yang menentukan...


Terkadang,
Kita terlalu melayan...
Melayan perasaan sendiri...
Tanpa pasti...
Yang akhirnya kita kecewa sendiri...



Harapan dan kekecewaan,
Tak pernah berpisah....
Dan aku..
Kecewa sekarang...
Malahan terluka...



Takpelah,
Ada hikmahnya...
ALLAH takkan menguji sesuatu yang aku tak boleh tanggung kan...
Lagipun,
aku dah biasa kecewa kan...
So, what is the problem???



Let it go,
Will you heart???




how i miss you till its hurt...
and you will never know..
MSAA...

Sunday, June 21, 2015

Random Talk..

Assalamualaikum....
Hai blog....

Lama tak menjenguk...
Tau tau je dah ramadhan semula.
Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat...
Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua...


Tak ada tajuk khas sebab entri kali ni, aku nak membebel...
Tentang perkara yang aku tengok dan hadapi...



Tadi, suddenly my sister sent whatsapp...She told me about her daughter...
I mean about the performance in school...
She is getting worried because her daughter is not doing well in her studies...
I was like 'kenapa tiba2 tanya aku.. bukan aku ada anak pon'
But then, I try to comfort her...
tetiba jadi kaunselor...haha


I said that, kemampuan budak2 tak sama. Maybe she lack in theory but good in something else. So she need to explore and develop the potential.
I also remind my sister so that she wont compare her daughter with anybody else.
Because, no one like to be compared with other people. Am I right?
I did ask my sister to study together with my niece and try to encourage her.
I did warmly remind her to not 'naik angin' since she is like me...cepat naik angin...
haha..
And I think my sister got it and try her best to be a good mother..
Its not that easy to be a mother and at the same time working...
And I salute to all working mothers out there...
And I am hoping I could be a good mother too....berangannnnnn haha..



Hmm, nak bebel pasal apa lagi?
Ah raya da dekat...
I love hari raya but if I could, I would like to have hari raya without the question 'bila nak kahwin?'
Well, after abg awi and abang apun got married, its only me and adik left...
so people will start asking...
How should I answer that particular question...
kalau dulu punya planning memang la tahun ni kahwin...
Tapi sekarang ni, plan nak kahwin dah jadi plan no 9 ke 10...Haha
Gaya macam banyak planning...
Maybe I need to pursue my dream first..getting my PhD, stabilize my life, get one car and so on....
Then, I will think about marriage...
Or lets just Allah decide about it...



Siapa la yang taknak kahwin kan...
huhu..
I want to get married but jodoh tak sampai lagi...
But frankly speaking, I cried when I saw tun's wedding dress...
Cried not because jealous or what but I cried because I am questioning myself 'when will I could wear that?'
But then I realize, Allah know the best for me...
So tawakal je la...



Dah la, penat membebel...
If there is anyone who read this, selamat berpuasa....
make sure puasa penuh...
abang ijat, umur 6 tahun dah puasa penuh tau...hehe
Till the next entry, take care!



Tuesday, April 28, 2015

Gua Batu Maloi

Assalamualaikum...
Hai blog...




Sabtu lepas, 25 April 2015, aku ikut trip student ke Gua Batu Maloi...
Gua tu terletak di Johol, Negeri Sembilan. Dekat dengan tampin.
Jangan tanya jalan ke sana sebab aku tak tahu.
Masuk bas, aku tidur saja. Haha...



Satu part yang kelakar adalah...
Aku ikut sebab ingatkan trip ni sekadar jalan2 tengok gua...
So dengan excitednya aku daftar nama...
Dah bagi nama and bayar, baru lah search kat google pasal gua ni...
Terkejut la.. bila baca review and tgk pic...
Satu benda je aku terfikir.. lepas ke tak aku nak masuk lubang kecik2 ni...
Haha...



So bila da baca review,
I know that I need to bring headlamp...
and since I don't have suitable shoes, Jumaat malam tu pergi la beli kasut...haha
Headlamp beli kat mr.diy je. Harga x sampai 10rggit...huhu

My new baby pink!!


Sabtu, lebih kurang pukul 7.30 pagi kitorang bertolak.
Seramai 38 orang peserta terlibat termasuklah aku dan seorang lagi pensyarah...
Kami berhenti di RnR Seremban untuk sarapan...Kemudian bergerak semula.
Lebih kurang pukul 11 sampai johol.
Disebabkan bas tak boleh masuk ke base camp..
Kami terpaksa berjalan kaki masuk.
Tak jauh mana pun...lagi jauh aku jalan dari taman permata ke kolej...
Rasanya laaa...haha


Students posing depan bas and aku interframe...
haha...


Sampai di base camp, guider kami dah siapkan sarapan..
Sarapan dulu and kemudian kami diberi sedikit taklimat.
Kami dipandu oleh seorang guider perempuan berusia 25 tahun tapi berpengalaman lebih 10 tahun di gua ni.
Tak ingat nama guider ni tapi dia anak kepada founder gua batu maloi.
Hmmm nak tulis pasal gua ni tapi aku dah lupa la apa yang pakcik Jo cakap... haha...



Habis taklimat, baru la kami bergerak masuk...
Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke base camp semula..
Lama?? Yup sebab laluan bukan mudah...
Kami masuk gua batu granit yang mana kami perlu memanjat, melompat, merangkak, mengesot and banyak lagi...
Kebanyakan pergerakan menggunakan kekuatan lengan dan kaki which I dont really have that...
And despite of my big figure, I still could enter that small hole and climb the big stone...
Terima kasih kat sorang pak cik ni yang sudi bg pinjam paha untuk bantu aku panjat batu yang tinggi.
Dan aku hampir hampir lemas bila menyeberangi satu kawasan yang dalam...
My mistake, salah teknik... haha...
Oo lupa nak bagitahu... masuk gua ni, memang 100% kita akan basah...huhu




Sepanjang perjalanan, kami masuk gua kelawar, gua perahu and jumpa batu putera puteri maloi....
Kenapa nama putera puteri maloi? Sebab terdapat bentuk yang seakan2 sepasang lelaki dan perempuan terbentuk di atas batu. Memang nampak dengan jelas ada figure tu...
Gua perahu pulak sebab ade batu yang memang bentuknya seperti perahu cuma ia hanya separuh perahu...
Kat bawah ni gambar yang sempat dirakam... and masa ni baru separuh perjalanan...











Sampai hujung gua dalam pukul 3 petang, guider bertanya sama ada kami ingin ke batu maloi atau tidak...
Aku and a few student, give up. Serius letih..
Kaki tangan semua dah menggigil.
So students yang lain naik untuk tengok batu maloi tu.
Sampai di base camp, aku mandi, solat and makan.
Kemudahan di base camp lengkap. So, tak ada apa nak risau...
Lepas makan, and solat asar.. pukul 5.30 petang kami bertolak balik...

Muka letih tapi masih nak posing...
waktu ni baru sampai ke base camp...

Gambar di bawah adalah gambar kami nak balik...








In short, aku puas hati and happy sangat join this trip,...
Sakit badan, bengkak and lebam memang ada...
Bak kata guider tu, kenangan...haha
Lain kali nak pergi lagi and naik Batu Maloi sekali....
In case sesiapa nak ke sini, boleh la hubungi no yang tertera di dalam gambar di bawah....






So till the next entry, take care...
S.A.R.A....

Thursday, March 19, 2015

Jalan-jalan ke Kelantan...

Assalamualaikum..
Sedikit excited nak menulis...
Hehe...


Last weekend, aku ke kelantan...berdua dengan kakwan...
Pertama kali berjalan jauh tanpa mak ayah dan merancang semuanya sendiri...
Kami ke kelantan kerana menghadiri majlis perkahwinan fiza...
Bila dapat jemputan kami da sedikit excited..hehe...



Kitorang survey bilik hotel...Hmm, since this is our first time...
So agak nervous jugak..
Nasib baik ada satu laman web yang membantu... agoda..
Boleh la try guna kalau nak melancong...huhu...
So kitorang tempah bilik kat Ridel Boutique Hotel kat Wakaf Che yeh...
Murah jugak la. RM99 untuk satu malam...tapi sebab guna agoda, dapat murah sikit...
Ingatkan malam kedua nak tidur kat rumah abang apun, tapi sebab dia takde...so we decided to spend our night at Pantai Cahaya Bulan...
Using Agoda jugak, kitorang book chalet kat PCB Resort. RM121 semalam berserta sarapan...



Selesai persiapan, hari Jumaat kitorang bertolak pukul 7 pagi...
Of course la kakwan yang drive...hehe
Berhenti rehat jap kat temerloh rasanya pastu teruskan perjalanan...
Kitorang lalu LPT 2....dan disebabkan aku lupa nak bagitahu kakwan yang RnR kat highway tu takde stesen minyak, kami keluar ke telemung semata-mata nak isi minyak...
Kelakar la kalau ingat balik...sebab tak tahu kawasan tu, nak cari stesen minyak kemain la susah...
Tapi alhamdulillah, kami selamat sampai kat Wakaf Che Yeh pukul 2 petang.
Check in, pastu terus masuk bilik...
Mula-mula risau sebab hotel ni kat rumah kedai and kawasan sunyi je.
Tapi sebenarnya bila masuk, bilik memang okay sangat...
And sebenarnya hotel kitorang memang betul-betul depan pasar Wakaf Che Yeh tu...
Puas hati la dengan condition hotel...

Ridel Boutique Hotel..






Masuk je bilik, kitorang rest...penat kot. Haha...
Tengah rest tu erma call, tanya kat mana semua and she said she's going to come after asar.
So I said ok and continue to rest.
After that, Melin called...she asked why I didn't tell her that I'm in Kelantan. Then she asked me and kakwan to come to Pian's house on Saturday..
Terkejut la kitorang.. aku dah la bawak sepasang je baju cantik..
Tapi fikirkan dah sampai kelantan, kitorang pon ok je la...
Then lepas asar Erma sampai, dia bawak kitorang jalan and makan...
Of course makan!!! Hehe..
Kitorang makan nasi kerabu kat Yati Ayam Percik...
Sedap!! Tapi takde gambar sebab tengah lapar masa tu... hehe
Lepas makan, kitorang jalan kat Billion...cari hadiah fiza..
Before maghrib kitorang balik hotel and masa tu erma memang tak boleh masuk da. Sebab diorng tutup jalan untuk pasar.. ala macam uptown kat danau kota tu..
Lepas isyak, kitorang pon jalan kat pasar tu..
Memborong la ape lagi...
Aku beli jubah and shawl...hehe.. kekonon sebab nak g umah Pian...heheh..
Pukul 1030 kitorg balik hotel....
Tengok tv sampai tertido....



Hari kedua bermula agak lewat...
Plan asal, nak bangun dan cari sarapan tapi... disebabkan keletihan, kami hanya keluar dari hotel hampir jam 12 tengah hari.
Berdasarkan location yang fiza hantar, kami pon bertolak ke rumah dia... tak jauh pon...
Sayangnya, kami sesat.... waze menunjuk arah yang salah. Haha.
Nasib kami baik bila terserempak dengan erma.
Lalu dengan bantuan dia dan mak dia, kami selamat sampai ke rumah fiza...
Masa sampai tu, agak awkward sebab aku sangatlah tak pandai beramah mesra dengan orang yang aku tak kenal...nasib baik ada erma...huhu...
Nampak si pengantin yang baru selesai akad nikah sedang makan...
Cantik sangat... nampak seri pengantin...
Selesai makan, kami pon berjumpa dengan pengantin dan amik gambar kenangan...









Destinasi seterusnya ialah, Pasar Siti Khadijah.
Oh, lupa nak cakap.
Kali ni, erma menjadi pemandu pelancong kami...
Sampai kat pasar yang terkenal ni, azan zuhur berkumandang...
Apa saja yang kami beli entah...tapi banyak jugak la...
Masih nampak kesan banjir besar awal tahun hari tu...
Dan aku dapat bayangkan keadaan semasa banjir melalui cerita erma.
Selesai membeli belah, erma belanja kami aiskrim yang ada macam2...sila refer gambar...
Orang belanja, lagi la rasa sedap...hehe
Sambil makan aiskrim, kami menuju ke destinasi seterusnya.
Muzium adat istiadat diraja kelantan.
Tak tahu la, aku ni memang suka masuk muzium kot..haha..
Bayaran masuk hanya RM2 sahaja...
Berdekatan muzium, ada landmark lain tapi aku lupa nama dia...
Hahaha.
Ada jugak Masjid Sultan Muhammad..er, tak sure nama masjid ni sebenarnya...so, sila refer gambar...
Habis melawat, singgah kedai jahit and terus hantar erma balik umah kakak dia...
Rumah2 kat sini semua besar dan cantik...
Dan menurut kata erma, murah sangat kalau nak banding dengan kuala lumpur...
Huhu...


Pasar Siti Khadijah...


Sila abaikan aku yang gemuk ni..huhu




Aiskrim yang super sedap...
semua ada dalam ni...




Lepas hantar erma, kami terus ke Pantai Cahaya Bulan!!!!
Jarak perjalanan setengah jam tapi sebab ikut waze dan kami sesat, sejam jugak la sampai...
Kami menginap di PCB Resort....
Betul2 tepi pantai...cuma pantai dah ditambak sebab hakisan yang sangat kuat...
Check in dan berehat.
Kali ni, kitorang dapat chalet. Boleh tahan besar sebab semi-d. Cuma mungkin sebab chalet lama, so ada la beberapa defects.
Sementara berehat aku pon menjahit...jubah yang baru dibeli... jahit apa???
Potong sikit, kalau tak sapu tanah la jawabnya...
Siap menjahit, kami pon berjalan ke tepian pantai.
Aku makan mee udang dan air kelapa, manakala kakwan makan mee kungfu dan abc kelapa....tak cukup dengan tu, kami order jugak cucuk-cucuk...
Sedap wei... tapi memang kenyang gila.






Lepas makan, jalan2 kat pantai...duduk kat batu, amik gambar banyak2...gelak2...
Pastu balik bilik.
Mandi2 and siap2...lepas maghrib kami bergerak ke rumah pian.
Dan sekali lagi, location dan waze buat kami sesat.
Rumah pian dekat je dengan wakaf che yeh tapi waze bawak kami kemana-mana entah...
Sejam baru sampai.
Kesian kakwan, penat memandu.
Selamat sampai, jumpa melin dan pian....
Makan-makan, borak-borak... tanya perkembangan masing-masing...hampir 10.30 kami meminta diri...
Sampai bilik pukul 11 lebih...
Bersihkan diri, dan terus tidur....


Adik pian...pelamin dia cantik sangat...




Hari terakhir, aku bangun awal...sebab nak tengok sunrise...hehe
Kakwan tak ikut sebab dia penat, so aku keluar sendiri je.
Tak takut sebab dekat je kan dengan pantai and ramai je yang tengok sunrise.
Cantik sangat sunrise....hehe..





Pukul 7.30 masuk bilik, kemas barang.pastu mandi and bersiap.
Pukul 9.30 kami bersarapan. Sarapan percuma cumanya, tak sama la dengan hotel 3 4 bintang tu.
Tapi kenyang la jugak.
Lepas sarapan, kami selfie for the last time dan check out.
Untuk perjalanan pulang, kami mengambil keputusan untuk lalu jalan tepi pantai.
Sebab nak singgah terengganu dan beli keropok lekor....hehe...
Berpandukan papan tanda arah, kami memulakan perjalanan...
Dan dengan bantuan faris, kami selamat sampai ke pantai kelulut...
Beli keropok lekor yang goreng dan rebus...
Sedap giler...serius...tak tipu...
Dan aku rasa nak lagi....huhu...
Sepanjang perjalanan kat terengganu tu, kami lalu sebelah pantai, dan pantai dia serius cantik...
Sungguhlah, alam tak pernah membosankan....






Kami selamat sampai ke KL balik pukul 7 lebih sebab jem sikit kat genting sempah.
Aku kesian kat kakwan sebab dia drive sengsorang...
Huhu...sorry kakwan...
Tapi aku sangat happy dengan percutian kali ni...
kakwan, lain kali kita bercuti lagi ea. Lepas ni, kita paksa tun ikut....hahaha


So, tu je untuk kali ni...
Agak panjang entri kali ni...
And till the next entri, take care...













and awak...saya rindu...
but you wont know...haha