ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Wednesday, January 29, 2014

Sambungan....

Assalamualaikum...

kenapa tajuk 'sambungan'?
Sebab nak menulis sambungan topik yang lepas...
POLIGAMI..

Kalau hari tu bercerita tentang pendapat seorang lelaki..
Hari ni aku bercerita pendapat seorang perempuan...
Tapi bukan aku...
Siapa?
Biarlah rahsia.

Aku yang memulakan persoalan ni..

'Setuju tak dengan poligami?'
'Setuju tapi bukan aku,' kawan aku jawab.
'Kenapa?' aku tanya semula
'Sebab aku nak jaga iman aku. Aku cemburu, takut sebab cemburu, iman aku berkurang. Akhirnya nanti aku derhaka dengan suami aku,' cepat je dia jawab. dan aku terdiam...

Lepas tu kawan aku sambung,
'kalau betul lelaki nak berpoligami, seorang suami perlu lebih hebat dari isteri. hebat in term of education, carrier also religion and love. Kalau mengaji pun tak pandai, macam mana nak ajar isteri?'
Aku mengiakan kata-kata dia.

Then, aku tanya lagi...
'Katalah kawan kau nak jadi isteri no 2, apa kau nak buat??'

point pertama dia:
'Brainwash dia dulu. tanya, betul ke nak kahwin dengan suami orang? pernah tanya isteri dan anak2 si lelaki? tahu perasaan mereka??'

point kedua:
'ingatkan dia kewangan perlu kukuh, kesabaran perlu tinggi. kalau kata, tiada kesabaran, baik lupakan sebab dugaan sangat tinggi.

Point ke3
'tanya ape purpose perkahwinan tersebut. perlu ke perkahwinan tu?'


Perbincangan tu terhenti setakat tu je sebab aku tak tahu nak tanya apa lagi...
Sebab poligami topik yang nampak ringan tapi isinya dangat berat..
Lagipon aku tanya masa kitorang dalam training ape ntah hari tu...



So, ape pendapat korang?
Setuju dengan poligami??? rasanya kena setuju sebab tu hukum ALLAH...
Tapi pada sapa yang mampu menghadapi poligami dengan sabar dan redha, memang la isteri yang baik....




Aku tengah batuk, selsema dan demam masa menaip ni.
Gara-gara tak cukup rehat dan stress dengan macam macam benda.
Kawan aku cakap limau mandarin boleh buat batuk lagi teruk..
Aku pon buat la research sikit...and adalah a few people said the same thing..
So aku pon macam 'ooo, betul la limau ni buat batuk aku jadi teruk,'
Tapi, sambil cari maklumat tu....2 biji limau mandarin aku telan...
huhu... -_-'
Tak boleh nak buat apa;, favourite kan....huhu...




Till the next entry yang tah bila...
Take care...(gaya menaip, macam ade peminat yang baca blog aku)


Jumaat nak balik kampung!!!
yeay!!

Sunday, January 12, 2014

borak-borak pasal kahwin...


Assalamualaikum...
Saja nak berkongsi pasal intipati yang aku dapat masa berborak dengan sorang classmate aku...
he is older so i call him abang...dah macam abang aku pon...



berbicara tentang hal kahwin dua....

'aini tau kenapa perempuan tak suka poligami or lelaki kahwin dua?'
'sebab mana ade perempuan suka berkongsi'
'Tak...sebab perempuan ego...' masa ni hati aku macam panas sikit...pastu kawan aku ni cakap..

'Ok..abg bagi contoh... aini ada kawan yang aini sayang sangat? Yang aini share masalah and semua benda...??' aku tak jawab...just pandang je dia...so die sambung...

'tapi kalau pasal kahwin..mesti aini taknak kongsi kan...even kawan tu dah macam adik beradik...betul x?? sebab perempuan ego'
'abg, kahwin is different thing la...mana boleh samakan..' aku membantah...

'sama je...kalau takut kasih sayang berkurang...cuba aini fikir balik, kalau aini kahwin...kasih  sayang kat parents aini kurang x?' aku geleng kepala je...

'kenapa tak berkurang?' dia tanya...
'sebab sayang kan ade macam2 jenis' aku jawab hentam je la...tapi itu yang aku rasa...
'yes..thats why tak perlu risau pasal tu..' aku terdiam..tak tau nak cakap ape...tapi mula menerima sikit la apa yang die cakap....


'ok... abang bagi contoh...abang bagi aini pinjam hp abang...and ada orang nak pinjam hp abang..aini bagi tak??'
'mestilah tak...hp abang kot' laju je aku jawap...
'kalau abang bg izin untuk orang tu pinjam?'
'then takda masalah..aini bagi je la..'
'hah...so kenapa tak terima bila lelaki nak kahwin lagi?? ALLAH dah bagi pinjam suami...dan DIA izinkan lelaki untuk kahwin lagi...so kita sebagai hamba yang cuma PINJAM dari ALLAH...kenapa nak  menentang???'

Aku terdiam..dan terfikir...betul apa yang kawan aku cakap..
Apa korang rasa???
Ada satu lagi ayat die yang buat aku terasa kerdil....
'kemampuan kita untuk terima hukum ALLAH ni...tunjukkan iman kita macam mana...'


Apa korang rasa....
Kawan aku tekankan...die tak berniat nak berpoligami tapi die nak perempuan tukar mindset...tu je...


So..aku tinggalkan korang supaya korang boleh fikir sendiri...aku pon masih cuba menghadam apa yang aku dengar...tapi untuk mengizinkan suami kahwin lain, aku tak tau aku boleh buat tak sebab aku tak kahwin lagi...huhu...


Itu je aku nak kongsi hari ni...
selamat berfikir ya... :)




aku dapat new perception about marriage bila berborak dengan orang yang berpwngalaman...

Thursday, January 9, 2014

Umur...

Assalamualikum..
Tiba-tiba rajin nak taip entri...


Tahun ni, aku dah berumur lebih suku abad...
Aku tekankan LEBIH suku abad...
Kalau tahun lepas, bila orang persoal tentang umur dan jodoh...
Aku masih mampu menjawab dengan senyuman...


Namun, masuk tahun 2014..
Bila berbicara soal umur dan jodoh..
Aku terasa takut...
Sebab umur dah banyak tapi calon takde lagi...
Hahaha...


Yang lebih menakutkan...
Bila aku dikelilingi kawan2 yang dah kahwin...
And kakak aku kahwin pon masa umur aku sekarang...
So terasa macam aku ketinggalan...



Siapa yang tak risau kan..
Tapi apa aku boleh buat??
Kalau dah ditentukan aku tak kahwin lagi..
Kenalah redha...


And kalau aku ditakdirkan sendiri sampai bila2 pon,
Aku kena redha...
:)


Siapa yang taknak bersuami dan ada anak kan...
Rasa tu lagi kuat bila kawan2 dah dapat anak comel2...
Hati selalu bertanya, bila pulak giliran aku?
Bila lagi aku nak jadi macam diorang...
Tapi aku faham...
Andai jodoh tak sampai lagi, it means I am not ready yet for the responsibilities...
So aku selalu pujuk hati sendiri..
Eh2 tetiba rasa nak nangis ni apahal...haih..~



Ade orang cakap..
'Daripada berharap dapat jodoh yang baik...baiklah jadikan diri sendiri jodoh yang baik'
maksudnya, lebih baik kita menjadi yang lebih baik dan jodoh yang baik tu akan datang sendiri...



So, right now...
Lets pray for the best....


Be strong NJ....


Jangan tinggal dalam kenangan...
step forward and move on dear heart...


Tuesday, January 7, 2014

Kenangan itu

Assalamualaikum..
Lama tak mencoret...
Dan aku rasa nak menulis hari ini even kerja melambak untuk disiapkan...
it is just another RASADARIHATIAKU....


Thesis....Review soalan exam...fail subjek...tanda tutorial and quiz...
kerja yang menanti...


Hari tu...
Aku mimpi..
Bermimpi kau datang...


Dari jauh aku nampak kau...muka serba salah...
Aku terkejut... namun entah macam mana...
Aku mampu tersenyum...senyum yang ikhlas...
Kita boleh berborak seperti tiada apa yang berlaku...


Apakah maksudnya mimpi tu??
Aku tak tahu..
Apa yang aku perasan....i miss the smile...his smile..
Thats all...


Tak, aku tak pernah fikir pasal die...
Lama dah...
tapi bila mimpi tu datang...aku kembali ke titik permulaan semula...
Starting point...again after one year and 2 months...


haila...~

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

There was an error in this gadget