ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Sunday, May 24, 2009

Bab 2

“Oh, kau degil ya. Tak nak dengar cakap aku! Ambil ni. Budak kurang ajar, tak kenang budi,”
“Rasakan….berani kau melawan cakap aku ya,” tiba-tiba seorang wanita datang dan Cuba menghalang Puan Nazliha daripada terus mencederakan Lisa.
“Kenapa puan pukul Lisa lagi? Apa yang Lisa dah buat?”
“Mak, Lisa tak buat apa-apa pun,”
“Tak buat apa-apa pun? Eh, budak kurang ajar, sini kau. Kau dah pecahkan pasu aku, sekarang nak kata tak buat apa-apa pulak ya,” Puan Nazliha semakin berang.
“Mak, bukan Lisa yang pecahkan pasu tu. Risa yang baling bola kena kat pasu tu,”
“Oh, sekarang kau nak tuduh anak aku pulak. Kau ni memang budak tak guna,” Puan Nazliha cuba menarik Lisa yang bersembunyi di belakang ibunya, puan Hasni tetapi tindakannya dihalang oleh puan Hasni.
“Anak saya tak pernah berbohong puan. Kenapa puan tak tanya Risa dulu?”
“Hei, kau jangan nak tuduh anak aku pulak. Anak aku baik, dia takkan buat benda-benda macam ni,”
“Puan pun tak berhak nak tuduh anak saya pecahkan pasu puan. Puan boleh pukul dan hina saya, tapi saya takkan berdiam kalau puan pukul dan tuduh anak saya macam-macam,” tegas Puan Hasni.
“Hei, ingat sikit. Kau cuma orang gaji kat sini. Jangan nak pandai-pandai ajar aku. Kalau tak kerana aku bagi kau tinggal kat sini, dah lama kau jadi perempuan jalang tahu tak?”
“ Jangan hina mak Lisa!” Lisa memijak kaki Puan Nazliha.
Puan Nazliha yang kegeraman menolak Lisa sekuat hatinya. Puan Hasni yang berada dibelakang Lisa terjatuh apabila Lisa jatuh di atasnya. Kepala Puan Hasni terhantuk di dinding batu berdekatan.
“Mak!” Lisa menjerit apabila melihat ibunya jatuh terkulai. Puan Nazliha panik.
“Mak bangun, mak. Bangunlah mak!” Lisa mengerak-gerakkan badan Puan Hasni namun tiada respon.
Kepala Puan Hasni yang berlumuran darah dibelai. Air matanya menitis perlahan. Dengan tanagn menggigil, Lisa memeriksa denyutan nadi ibunya.
“Mak, mak! Jangan tinggalkan Lisa mak. Lisa dah takde sesiapa lagi kat dunia ni,” Lisa memeluk jasad ibunya yang kaku tidak bernyawa.
* * * * *
Air matanya menitis perlahan di pipi tatkala melihat jenazah ibunya diusung pergi. Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi. Sayu hatinya tidak lagi dapat disimpan di dalam hati.
“Sudahlah Lisa, jangan menangis lagi. Tak baik,” En. Firdaus menyentuh bahu Lisa namun segera ditepis Lisa.
“Jangan sentuh Lisa. Lisa tak suka!” Lisa terus melangkah pergi.
Selama beberapa hari Lisa mengurung diri di dalam bilik. Merenung gambar ibunya dengan linangan air mata.
“Mak, kenapa mak tinggalkan Lisa. Lisa nak tinggal dengan siapa? Semua orang kat sini tak sayangkan Lisa,”
Perlahan Lisa mengesat air matanya. Kemudian dia bangun dan mengambil sesuatu dari almari. Peninggalan arwah ibunya.
“Lisa, ini buku bank Lisa. Mak ada simpan duit untuk Lisa dalam bank. Duit tu untuk pelajaran Lisa. Mak nak Lisa dapat belajar dengan baik,”
“Oh patut la mak taknak pindah, rupanya mak simpan duit yang mak dapat untuk Lisa,” Lisa membuka buku bank tersebut untuk melihat jumlah wang yang telah ibunya kumpulkan.
“Wah, banyaknya duit mak. Dengan duit ni, boleh la Lisa belajar sampai universiti nanti. Tapi mana mak dapat duit banyak-banyak ni?”
“mak jual tanah sawah arwah atuk dengan kebun mak, dapatlah banyak tu. Duit tu untuk Lisa belajar, jadi Lisa kena jimat tau,” Puan Hasni mengingatkan.
“Okey, Lisa janji dengan mak Lisa akan jimat dan belajar sampai universiti. Lepas tu, boleh la kita beli rumah sendiri, kereta sendiri dan macam-macam lagi,” bercahaya wajah Lisa ketika berkata-kata tanda dirinya amat teruja.
“Sukanya anak mak ni. Jangan Lisa lupa janji Lisa sudah la,”
Sekali lagi air mata Lisa menitis. Kata-kata ibunya masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Buku bank digenggam erat dan satu azam disemat di dalam hatinya.
“Mak, Lisa janji Lisa akan capai setiap impian kita. Lisa janji mak!” Lisa berkata perlahan sambil mengesat air matanya.
“Oh, kat sini rupanya. Menangis lagi. Hei, kau takde kerja lain ke? Sekarang, kau bangun…pergi basuh baju. Pinggan mangkuk yang berlambak kat dalam singki jangan lupa basuh pulak. Kau ingat aku akan lepaskan kau? Jangan harap. Mak kau takde, kau la yang kena ganti dia buat kerja. Pergi!” Puan Nazliha menarik tangan Lisa.
“Sakit la! Jangan tarik tangan Lisa,” Lisa merentap tangannya. Puan Nazliha semakin berang.
“Lisa tahu jalan sendiri, tak payah susah-susah puan nak tarik Lisa,” Lisa meninggalkan Puan Nazliha yang keberangan. Buku banknya dimasukkan ke dalam poket. Dia tidak mahu Puan Nazliha mengetahui tentang duit yang ditinggalkan ibunya. Bagi Lisa, itu adalah amanah yang perlu dijaga.
Lisa segera membasuh baju. Kemudian dia memcuci pinggan dan mula memasak. Lisa beruntung kerana dia diajar memasak tatkala dia berumur 10 tahun. Dua tahun dia rajin menuntut setiap resepi dari ibunya dan kini dia telah berupaya melakukan tugas orang dewasa itu.
“Lisa masak apa?” Satu suara menegur.
“Ayam masak kari dengan sambal belacan,”Lisa menjawab tanpa memandang orang yang menegurnya.
“Lisa kan penat, pergi la berehat dulu,” Encik Firdaus menasihatkan.
“Lisa tak perlu berehat. Lisa tak penat. Lagipun Lisa cuma orang gaji kat sini, mana boleh berehat saje,” Lisa berkata sambil tangannya ligat mencuci ayam.
Kata-kata Lisa tajam ibarat panah dan ia terus menusuk ke hati Encik Firdaus.
“Kenapa Lisa cakap macam tu? Lisa bukan orang gaji, Lisa anak ayah,”
“Lisa takde ayah, ayah Lisa dah lama tinggalkan Lisa!” satu lagi panahan tepat ke hati En. Firdaus.
“Lisa,” panggil En. Firdaus lembut sambil memegang bahu Lisa namun ditepis kasar oleh Lisa.
“Jangan sentuh Lisa! Nanti kalau Puan nampak, saya pulak di tuduh menggatal,” Lisa merenung tajam wajah En. Firdaus.
“Tapi Lisa..”
“Cukup! Sekarang ni, baik En.Firdaus pergi dari sini. Lisa nak memasak dan saya tak nak diganggu,” Lisa berpaling dan meneruskan kerjanya.
En.Firdaus melangkah lemah ke ruang tamu. Entah mengapa kata-kata anaknya itu amat pedih dirasakan. Namun dia sedar, semuanya berpunca dari sikapnya yang kurang mengambil berat tentang isteri pertama dan anaknya itu. En.Firdaus meraup wajahnyadan melepaskan keluhan berat. Perasaan bersaalah menguasai dirinya.
En.Firdaus tahu anaknya membenci dirinya dari dulu dan kebencian itu semakin meluap-luap apabila isterinya meninggal dunia. En.Firdaus memejamkan matanya, cuba menelan setiap kepahitan yang menikam jiwanya dan tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan lalu tersingkap.
“Sampai hati abang buat Has macam ni. Apa salah Has, abang? Apa dosa Has?”
“Has tak bersalah. Abang terpaksa buat macam ni sebab bapa Nazliha saja yang boleh selamatkan syarikat abang,”
“Habis tu, macam mana dengan Has? Macam mana dengan anak yang Has kandungkan ni? Ini anak abang jugak,”
“Has jangan bimbang. Walau apapun yang berlaku, abang akan jaga Has dan anak kita. Abang takkan sia-siakan Has. Abang janji,” En.Firdaus memegang erat tangan isterinya.
Kenangan itu berlalu pergi apabila bahunya ditepuk seseorang.
“Apa kena dengan abang ni? Tiba-tiba menangis pulak,” Puan Nazliha kehairanan.
“Tak ada apa-apa Naz. Risa mana? Tak balik lagi ke?”
“Diakan keluar dengan kawan-kawan dia, takkan baru sekejap keluar dah nak balik. Lagipun baru pukul 7.30 malam,”
“Abang bukan apa, tapi risau. Ye la, dia baru 12 tahun,”
“Abang, 12 tahun dah dikira remaja tau. Biarlah dia nikmati zaman remaja dia. Lagipun, dia kan dah habis exam,”
“Suka hati awak la. Pergi masak. Lepas maghrib nanti saya nak makan,” En.Firdaus terus berlalu ke biliknya.
* * * * *
Usai bersolat,En. Firdaus berdoa agar anaknya, Lisa menerimanya sebagai ayah. Sekali lagi En. Firdaus teringat kata-kata Lisa yang bagaikan panahan berbisa yang masin lagi terlekat di hati En.Firdaus.
Apabila dia ke meja makan, makanan telah terhidang. Kemudian Lisa datang dan menyendukkan nasinya ke pinggan. Lisa telah menggantikan ibunya melakukan rutin harian itu.
“Terima kasih Lisa. Mari makan sama-sama,” En. Firdaus mempelawa Lisa makan bersamanya.
“Terima kasihlah En.Firdaus. saya tak lapar. Lagipun, orang gaji mana boleh makan sama-sama dengan majikan,” balas Lisa sambil menuang air ke dalam gelas.
Apabila Puan Nazliha menghampiri meja makan, Lisa terus melangkah meninggalkan ruang tersebut. Namun, langkahnya terhenti apabila ditegur.
“Hei Lisa! Kau nak ke mana tu? Sendukkan nasi aku. Aku dah lapar ni!”
Lisa melangkah semula ke ruang makan dan menyendukkan nasi Puan Nazliha.
“Kau dah angkat baju di ampaian?” Puan Nazliha bertanya garang.
“Sudah puan,”
“Dah lipat semua baju tu?”
Lisa hanya mengangguk.
“Dah kemas dapur?”
“Belum puan,” Lisa mnjawab perlahan.
“Pergi kemas dapur. Lepas kami makan, kau basuh semua pinggan mangkuk ni. Lepas tu, mop lantai kat dapur tu. Selagi kerja kau belum siap, jangan makan faham?!” Arah Puan Nazliha.
“Faham puan,” Jawab Lisa dan terus berlalu ke dapur.
“Apa la awak ni, kenapa suruh Lisa buat macam-macam. Diakan baru 12 tahun bukannya 22 tahun yang boleh buat kerja macam tu tanpa henti,”
“Abang, kalau bukan dia yang buat semua kerja tu, siapa lagi nak buat?. Mak dia dah takde, dia kena la ganti mak dia,”
“Tapi dia masih budak-budak ladi Naz,” ingat En.Firdaus.
“Saya peduli apa. Kalau dia nak tinggal kat sini, dia kena la buat kerja. Takkan nak goyang kaki je,” Balas Puan Nazliha.
“Suka hati awaklah. Malas saya nak cakap dengan orang yang tak boleh di bawa berbincang macam awak ni. Awak makanlah sendiri, saya dah kenyang,” En.Firdaus terus meninggalkan meja makan.

En.Firdaus mengambil sebuah buku bertajuk “KELUARGA”. Dia segera membuka buku tersebut lalu terbaca sesuatu yang tertulis di muka surat paling hadapan buku itu.

Buat suami tersayang,
SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT

Daripada,
Has & Lisa

En.Firdaus mengeluh lagi. Buku itu adalah hadiah daripada isterinya ketika dia berkahwin dengan Nazliha. Masih lagi segar dalam ingatannya, isterinya Hasni sedang sarat mengandung mereka ketika dia berkahwin lagi. Dia juga tidak pernah melupakan air mata yang menitis ke pipi Hasni tatkala ia memberitahu tentng perkahwinannya. En.Firdaus juga tidak pernah menyangka Hasni akan memaafkannya malah hadir di majlis perkahwinannya bersama hadiah yang dia tak pernah hiraukan. Kini cuma sesalan yang menghantuinya.
“Hasni, maafkan abang. Abang gagal menunaikan janji abang pada Hasni dan Lisa. Maafkan abang Hasni,” Buku itu didakap erat.
“Maafkam ayah Lisa. Ayah tak menjalankan tanggungjawab ayah sebagai seorang bapa. Ayah dayus. Maafkan ayah Lisa!” air mata En.Firdaus mengalir lagi.

* * * * *
Hampir 6 tahun berlalu, Lisa kini berumur 18 tahun dan dia sedang menunggu tawaran ke universiti. Dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, dia yakin dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.


“Mak, bila Lisa dapat masuk universiti , Lisa akan keluar dari rumah ni. Lisa tak sabar nak tunggu saat tu. Lisa yakin Lisa akan dapat tunaikan impian kita, mak. Duit yang mak simpan untuk Lisa, masih cukup untuk tampung perbelanjaan Lisa sampai Lisa habis belajar. Kalau tak cukup, Lisa akan cari duit sendiri. Jadi, Lisa tak perlu bergantung pada orang lain,” Lisa berkata-kata sendiri sambil merenung gambar ibunya.
Lisa bergegas keluar apabila dia mendengar bunyi hon motorsikal. Posmen rupanya.
“Ada surat untuk cik Melissa Firdaus,” posmen itu berkata sambil tersenyum apabila Lisa menghampirinya.
“Surat untuk saya? Terima kasih,” Lisa mengucapkan terima kasih sambil mengambil surat tersebut. Setelah posmen itu pergi. Lisa segera membuka surat tersebut.
“Yes! Mak, Lisa dapat masuk ‘U’! Alhamdulillah,” Lisa menjerit kegembiraan.
“Tahniah Lisa,” suara itu membuat Lisa tertoleh.
“Terima kasih En.Firdaus,”Lisa ingin melangkah pergi tetapi langkahannya terhenti apabila En.Firdaus bersuara lagi.
“Kalau Lisa perlukan duit, cakaplah. Ayah boleh tolong,”
“Takpelah En.Firdaus. Mak saya ada tinggalkan duit untuk saya. Saya tak perlukan ehsan daripada sesiapa,” Balas Lisa.
Surat tawaran itu dibaca sekali lagi sebelum disimpan di dalam failnya. Lisa tersenyum lagi. Dia sudah merancang untuk tidak memberitahu Puan Nazliha tentang tawaran itu kerana dia tahu, puan Nazliha pasti tidak akan membenarkannya pergi.
“Nasib baik surat ni sampai masa dia orang tiada. Kalau tak, habis rancangan aku,”

Pada hari itu, Lisa keuar secara perlahan-lahan dari biliknya. Dia tidak ingin perbuatannya dikaetahui orang lain. Namun, nasibnya kurang baik apabila dia ditegur tatkala dia sudah berada berhampiran pintu pagar.
“Eh, kau nak ke mana dengan beg besar ni?” Risa bertanya kasar.
“Aku nak keluar dari ruamh ni,”
“Amboi, senangnya nak keluar dari rumah aku. Tak boleh! Aku tak benarkan,” Puan Nazliha membantah keras.
“Puan takde hak nak halang saya. Puan bukan mak saya,”
“Oh, dah pandai melawan ya. Risa ambil beg dia, bawak masuk,” Puan Nazliha mengarahkan Risa. Lisa segera menepis tangan Risa yang ingin mengambil begnya lalu menolak Risa.
“Jangan kau berani sentuh barang aku,” Puan Nazliha berang lalu dia cuba merampas beg tersebut dari pegangan Lisa namun dia juga ditolak.
“Jangan sentuh barang saya dengan tangan puan yang kotor tu. Pembunuh macam puan tak layak sentuh barang saya. Pembunuh macam puan takde hak nak halang saya,”
“Apa kau cakap? Aku.....pembunuh?”
“Apa yang bising-bising ni? Dari dalam bilik saya boleh dengar,” En.Firdaus menegur.
“Bang, abang tengok anak abang ni. Dia cakap saya pembunuh, bang,” Puan Nazliha segera mendapatkan En.Firdaus.
“Lisa, tak baik cakap macam tu, nak,”
“oh, Lisa cakap benda yang betul...tak baik. Hina dan pukul mak Lisa tu perbuatan yang baik? Abaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak, dera anak yatim tu perlakuan yang baik, yang betul? Sudah, cukuplah selama ni Lisa pendamkan semuanya. Hari ni, Lisa nak lepaskan semua tu, Lisa nak bebas. En.Firdaus, terima kasih di atas layanan encik selama ni. Puan Nazliha, Risa....ALLAH akan balas setiap perbuatan kamu. Mulai hari ni, jangan ganggu hidup Lisa lagi. Lisa pergi dulu, ayah,”
Lisa menyalami En.firdaus lalu melangkah pergi. Tanpa menoleh ke belakang, dia meninggalkan rumah besar itu dan semua penghuni di dalamnya. Tanpa disedari, air matanya menitis jua. Maafkan Lisa, ayah.....

* * * * *

No comments:

Post a Comment

please leave your comment here....thanks.. :-p