BAB 1
“Lis, jangan lupa esok kau ada pengambaran KLCC,” Azman, pembantunya mengingatkan.
“Okay. Esok kita nak ambil gambar model popular. Kalau tak cantik, kita kena marah pulak,”
Lisa mengemas meja kerjanya yang penuh dengan album-album gambar model untuk iklan produk kecantikan. Setelah berkemas, Lisa terus bergerak untuk pulang.
“Man, aku chow dululah,” Azman hanya mengangguk.
“Sayang, sampai rumah jangan lupa telefon abang tau,” dari kejauhan terdengar suara Azman berkata lembut.
“Sejak bila kau jadi abang aku ni? Siapa yang nak sayang kau? Blah la,” Lis menjawab.
“Sayang ni, tak baik tau cakap macam tu dengan abang. Sayang kan nak jadi bini nombor dua abang,” Azman mndekati Lis.
“Baiklah cik abang sayang, nanti bila sampai rumah sayang telefon abang, okey?”
“Hah, macam tu la. Sayangkan budak baik,” Azman membalas.
“Ah, sudahlah Man. Kalau aku layan kau ni, sampai besok pun aku tak boleh balik tau. Aku pergi dululah,” Lis terus melangkah meninggalkan pejabatnya.
“Jangan tinggal daku, oh kasih…oh sayangku,” Azman menyanyi sambil melutut. Lis yang mendengar hanya tersenyum. Rakannya itu memang begitu. Dari jauh, dia dapat mendengar rakan-rakannya yang lain ketawa.
Setelah keluar dari pejabat, Lis terus menunggang motosikalnya pulang ke apartment. Sesampainya Lis di rumah, handphonenya berdering.
“Hello, assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam. Lis, mak ni,”
“Oh mak. Mak sihat? Dah makan ke belum?”
“Mak sihat Lis. Dah makan pun. Lis baru balik ke?”
“Ya mak. Lis baru sampai rumah. Penatnya.lis tak makan lagi ni, lapar la. Mak masak apa malam ni?”
“Mak masak sambal kerang dengan sayur kangkung je. Kalau Lis nak makan, baliklah sini,”
“Tak nak lah mak. Lis penatlah, lagipun dah malam ni,”
“Apa susah, Lis tidur jelah kat sini,”
“Esoklah mak. Esok kan Jumaat, nanti Lis balik okey,”
“Yelah, esok mak masakkan laksa. Lis suka makan laksa kan?”
“Wah, sedapnya. Ini yang buat Lis lagi sayang kat mak ni. Thanks mak,”
“Sudahlah tu. Lepas ni, pergi mandi, solat dan tidur. Okey?”
“Yes madam!”
* * * * *
Sudah dua jam Lis menanti model-model yang dijanjikan oleh pihak pelanggan syarikatnya namun model itu tidak muncul jua.
“Mana dia orang ni Man? Dah dua jam ni,” Bell, rakan Lis dan Azman mula merunggut.
“Cuba kau hubungi syarikat tu, Man. Tanya pasal model tu,” Sher pula memberi cadangan.
“Suka-suka je buat kita macam tunggul. Aku paling pantang kena tunggu orang macam ni. Kalau dua,tiga minit takpe, ni dah dua jam,” Bell semakin berang.
“Biasalah, syarikat besar,” Lis berkata perlahan. Suasana menjadi sunyi semula. Tiada yang mempunyai mood untuk bercakap.
“Hah, macam mana Man, mana model-model tu?” Sher segera bertanya apabila melihat Azman menghampiri mereka.
“Model tu tak jadi datang. Syarikat tu nak kita ambil gambar kat syarikat dia orang,”
“Apa! Wah, mentang-mentang syarikat besar, suka-suka nak suruh kita buat itu, buat ini. Aku taknak pergi!”
“Sudahlah Bell. Rezeki tu. Tak baik kita tolak,” Lis menenangkan rakannya sambil mengemaskan barang-barang mereka.
“Habis tu, kau sanggup tangguhkan rancangan kau?” Sher bertanya.
“Betul tu Lis. Itukan rutin kau,” Azman pula mengingatkan.
“Ala, habis kerja nanti aku pergilah,” Lis memberitahu.
“Suka hatilah. Tapi kalau sayang nak abang temankan, abang tak kisah,” Azman berseloroh.
“Tak payahlah bang. Sayang boleh pergi sendiri,” Lis tersenyum.
“Hah, macam tulah. Senyum, jangan muram je,”Bell menegur.
“Yalah, aku dah senyum. Jomlah kita gerak. Lagi lambat kita pergi, lagi lambat kita siap kerja. Hari inikan Jumaat, kau orang taknak pergi solat Jumaat ke?” Lis memerli rakan-rakannya.
“Eh, of course kita orang pergi. Pahala tu, mana boleh tak pergi kan,”
Mereka semua mengemas barang-barang dan bertolak ke syarikat produk kecantikan Moonlight.
“Kami dari Syarikat Razak and Co Sdn Bhd. Kami dating nak ambil gambar,” terang Azman kepada staf di kaunter pertanyaan.
“Sila tunggu sebentar ya, pengurus kami sedang bermesyuarat,”
“Eh, apa kena mengena pengurus awak dengan pengambaran ini?” Bell bertanya pula.
“Oh, pengurus nak tengok sendiri proses pengambaran produk kami,” staf bernama Ayu itu memberitahu.
Mereka duduk di kerusi di sudut ruang itu setelah mendengar kata-kata kakitangan tersebut.
“Aku nak balik,” Lis berkata setelah menunggu lebih dua jam.
“Eh, Lis nanti dulu. Tunggu la sekejap lagi,”Sher cuba memujuk.
“Aku dah penatlah Sher, menunggu macam ni,” air muka Lis menunjukkan perasaannya.
“Tapi,”
“So, you all are the photographers?” seorang lelaki yang memakai kot tiba-tiba menegur mereka.
“Ya, kami yang ditugaskan untuk mengambil gambar produk syarikat encik…,”
“Oh, Kamal. Encik Kamal. Maaf saya terlambat, ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah tadi. Saya terlupa nak bagitahu kamu semua,” dengan selamba lelaki itu berkata-kata.
“So, can we start now?” lelaki itu berkata apabila Lis dan rakan-rakannya hanya berdiam diri.
“Sure Encik Kamal,”
* * * * *
“Okay, here are the models and these are our products. You can start now,” Encik Kamal mengarahkan mereka.
“Thank you Encik Kamal,” Azman membalas.
Sher dan Bell segera menyiapkan set untuk pengambaran itu yang bertemakan Snow White.
“Sher, Bell, Boleh aku mula sekarang?” Lis bertanya kepada rakan-rakannya. Sher menunujukkan isyarat bagus.melihat tanda itu, Lis segera mengambil gambar.
“Maaf encik Azman, tiada photographer lain ke? Saya tak yakin dengan dia. Produk kami ni bertaraf antarabangsa, jadi kami tak mahu gambar yang tidak menarik dan berkualiti,”
“Tapi encik Kamal, dia adalah jurugambar kami yang terbaik,”
“No, I don’t want him. Hey you, stop!” Encik Kamal mengarahkan Lis supaya berhenti mengambil gambar. Lis cuma melihat pengurus muda tersebut. Sher dan Bell terpinga-pimga, tidak tahu apa yang sedang berlaku.
“Saya tak nak kamu ambil gambar,” lelaki itu berkata dengan tegas.
“But, why not Encik Kamal?” Azman bertanya kembali.
“I’m not confident with him. Azman, you take his duty,”
“What? But I’m…” belum sempat Azman menghabiskan ayatnya, Lis sudah memotong.
“Encik Kamal, kalau awak rasa saya tak boleh nak jalankan tugas saya dengan baik, fine! Awak ambillah sendiri gambar produk-produk awak ni,” Lis terus melangkah setelah melepaskan rasa hatinya.
“Hey you,” Lis segera berpaling.
“Oh ya Encik Kamal. Lain kali kalau kita sudah berjanji, kita kenalah tepati janji tu. Kalau dah janji nak mulakan pengambaran pukul 8 pagi, maknanya sebelum 8 pagi encik patut ada di tempat pengambaran. Bukannya berjanji pukul 8, datang pukul 12. Kami bukan tunggul nak tunggu berjam-jam lamanya!” Lis meluahkan apa yang tersirat di dalam hatinya.
“Guys, aku chow dululah,” Lis terus melangkah pergi.
“Maaf Encik Kamal, dia yang ditugaskan untuk ambil gambar-gambar ni. Oleh kerana dia dah pergi, kami pun minta diri dulu ye,” Sher berkata kepada Encik Kamal.
“What? Tapi iklan akan diterbitkan minggu depan!”
“Nak diterbitkan minggu depan bukannya esok. So, lain kalilah kami ambil gambar lagi,” Bell pula berkata sambil tangannya ligat mengamas barang-barangnya.
“Apa awak kata?”
“Oh ya Encik Kamal, kalau encik nak ambil syarikat lain pun kami tak kisah. Lagi satu, jurugambar kami tu perempuan, bukan lelaki. Kami memang boleh ambil gambar tapi tak sehebat dia. Encik Kamal dah buat satu kesilapan yang besar hari ini! Kami pergi dulu. Adios,” Azman berkata sebelum melamgkah pergi.
* * * * *
“Aku betul-betul tak sangka. Dia ingat aku ni lelaki. Mata dia mesti ada problem,” Lis berkata sambil ketawa.ketika itu mereka sedang berbual tentang peristiwa semalam.
“Macam mana dia tak anggap kau ni lelaki, cuba tengok diri kau. Rambut pendek, pakai topi ke belakang macam lelaki pulak tu. Baju kau pun dah macam baju kami je. Itu yang buat dia yakin yang kau ni lelaki,” Bell menyuarakan pendapatnya.
“Tapi Bell, dia tak nampak ke bentuk badan Lis yang kecil molek ni? Mana ada lelaki secomel Lis,”
“Oh Sher, kau perli aku ye. Takpe, nanti aku tukar gaya, ternganga kau orang semua tau,”
“Eh, betul ke apa yang aku dengar ni? Kau nak tukar gaya, macam perempuan melayu terakhir? Tak payah la, nanti kau kena tukar kerja pulak,” Azman berkata.
“Kenapa kau cakap macam tu pulak, Man?” Lis bertanya dengan kerutan di dahi tanda tidak faham.
“Yelah, bila kau dah jadi perempuan melayu terakhir, mana boleh terbongkok-bongkok. Kau kenalah duduk sopan-sopan,”
“Ah, sudahlah. Aku tak teringin pun nak jadi perempuan melayu terakhir. This is myself and kau orang semua boleh terima aku macam ni kan?”
“Yes, of course. Kita orang lebih suka kau macam ni. Lagi senang nak bekerjasama,” Bell mengiakan
“Apa yang riuh sangat ni? Dari luar saya boleh dengar suara kamu semua,” tiba-tiba seorang lelaki datang.
“Tak ada apa-apa bos. Berbual kosong je,”
“Apa-apalah kamu ni. Lis, masuk bilik saya sebelum kamu keluar lunch nanti. Yang lain, saya nak jumpa di bilik mesyuarat dalam masa 10 minit,”
“Err, saya tak payah ke bos?”
“Kamu pun sama Lis. Kena ada dalam mesyuarat ni,”
“Baik bos,”
Apabila semua staf sudah bersedia, Encik Kamarul memulakan mesyuarat.
“Baiklah, perjumpaan kita pada hari ini adalah untuk membincangkan tentang langkah-langkah meningkatkan keuntungan syarikat kita. Maksud saya, rancangan ni hanya melibatkan department kita sahaja, iklan untuk majalah,”
“Kenapa bos? Ada masalah dengan department kita ke?”Azman bertanya.
“Tidak, Cuma pegawai atasan meminta kita meningkatkan keuntungan, itu sahaja. Baik, ada sesiapa yang ingin mengemukakan cadangan?”
“Kita ada studio dan set pengambaran, apa kata kita cari model sendiri. Sebelum ni, kita pinjam model-model daripada department iklan TV. Ini menyebabkan iklan-iklan kita banyak yang lambat disiapkan dan produktiviti pun kurang. Bila kita ada model sendiri, kita boleh kurangkan kos pengangkutan,” Bell menerangkan dengan panjang lebar.
“Tapi Bell, jangan lupa yang kita kena bayar gaji model-model tu,” Encik kamarul memberitahu kelemahan idea itu. Bell terdiam.
“Kita boleh kenakan cas tambahan kepada pelanggan-pelanggan kita,” Lis mengeluarkan ideanya pula.
“Betul jugak tu. Kerja kita pun tak terganggu macam semalam,” Azman menyokong.
“Baik, saya akan pertimbangkan. Bell, tolong sediakan satu kertas kerja dan serahkan pada saya. Kita perlu beri kertas kerja ni kepada pegawai atasan,”
“Baik bos,’
“Ada cadangan lain?”
“Apa kata buat sementara waktu ni, kita guna model sedia ada,” Sher memberi cadangan.
“Model sedia ada? Sejak bila kita ada model pulak?” Encik Kamarul bertanya.
Sher tersenyum penuh muslihat sambil memandang yang lain.
“Cepatlah cakap Sher,” Azman menggesa.
“Lis kan ada,”
“Sher, kau jangan nak mengada-ngada,” Lis segera membantah.
“Betul tu bos, kalau Lis jadi model mesti meletup iklan kita,” Bell menyokong.
“Bell!!” Encik Kamarul dan yang lain ketawa melihat wajah Lis yang bertukar merah.
“Sudah-sudah. Kamu ni tak habis-habis nak menyakat Lis. Tapi, saya rasa cadangan ni bagus,”
“Bos, saya tak nak jadi model,” Lis membantah.
“Are you sure Lis?”
“Of course,”
“Lis tak menyesal?” Encik Kamarul bertanya lagi.
“Mestilah,” Lis berkata yakin.
“Bell, sediakan baju pengantin dari Butik ‘La Sebble’. Lis akan jadi modelnya,” encik Kamarul memberi arahan.
“Oh, no!” Lis mengeluh.
Encik Kamarul dan rakan-rakan Lis yang lain hanya tersenyum melihat reaksi Lis. Mereka faham akan diri Lis yang menyembunyikan sifat-sifat wanitanya. Mereka percaya jika Lis menjadi model, sedikit sebanyak naluri wanitanya akan terusik dan mereka berharap Lis akan berubah selepas itu.
* * * * *
“Lis cepatlah keluar. Kami dah penat tunggu ni,” Bell memanggil.
“Aku tak nak keluar. Kau orang semua mesti ketawakan aku,”
“Tidak, kami janji tak akan ketawakan kau. Janji, promise..,”Bell meyakinkan.
“Tak nak. Kau orang tipu,”
“Tak lah. Percayalah cakap aku. Keluarlah Lis sayang intan payung,” giliran Azman pula memujuk gadis itu.
“Tak nak! Aku tak nak jadi model la..,”
“Lis, kalau kau tak keluar dalam kiraan tiga, aku pecahkan pintu ni,” Sher memberi amaran.
Tiada jawapan kedengaran dari dalam bilik persalinan itu.
“Satu….dua….ti…,” tidak sempat Sher menghabiskan kiraannya, pintu telaht erbuka dari dalam.
“Dah puas hati kau orang? Ketawalah sepuas hati kau orang,” Lis berkata dengan muka masam. Namun rakan-rakannya tidak bersuara.
“Kenapa senyap?” Lis bertanya setelah melihat rakannya tidak berkata apa-apa.
“Lis, kau….nampak macam…..Ya ALLAH, cantiknya kau Lis. Tak tahu aku nak cakap macam mana,” Ujar Azman kagum.
“Apa kau cakap ni, Man?”
“Sebenarnya, kau look great in this dress Lis,”Bell menerangkan.
“Kau orang tipu. Aku tak percaya,”
“Betul Lis. Kau cantik sangat,” bersungguh-sungguh Azman memberitahu.
“Betul ke? Kau orang tak tipu aku?” Lis bertanya tersipu-sipu.
“Yes Lis, you really beautiful. Shall we start now?” Sher bertanya pula. Lis hanya tersenyum dan mengangguk.
“Untunglah kita ada Lis. Tak payah nak solek-solek, dah cantik. Dah lah nampak natural, duit pun jimat,” Azman memuji. Lis hanya tersenyum malu.
Dari kejauhan seorang lelaki memerhatikan Lis yang sedang menggayakan pakaian pengantin sambil tersenyum.
* * * * *
No comments:
Post a Comment
please leave your comment here....thanks.. :-p