ASSALAMUALAIKUM...
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....
MY CUTIE
Saturday, November 16, 2013
rindu...
Tuesday, September 24, 2013
Picture Says A Thousands Words
Tuesday, August 27, 2013
Pasangan... Perkahwinan...
Saja nak bercerita...
A few stories...
Cerita dan gambar raya, hold dulu.
Nak cerita my birthday.
Last week.
My plan was going to Petrosains with someone.
Unfortunately, pertengahan minggu lepas...
Something terjadi and I thought that plan was going to fail.
But entah macam mana, sabtu tu aku free jugak..
So I did went to Petrosains but alone.
Why?
Adalah sebabnya.
So aku meneroka setiap sudut bersendiri...
Seronok cuma kalau ada teman lagi seronok.
That night, ade orang belanja makan.
Yeay!!!
Ah, and also a slice of cake which I do really appreciate that.
And, my birthday end just like that....
Second story is Tun's engagement!!!!
Tahniah Tun.
tak merancang nak pergi sebab aku kan tak ada kereta...
Tapi, nasib baik ada kak wan.
So dapat la jugak jejakkan kaki ke FELDA Jengka 19.
Cantik sangat die pakai baju kurung peach tu...
hmm, gambar tak boleh upload lagi...sebab ade kat dalam handphone.
Apa pon, aku excited sangat masa kat majlis tu...
Hehe.. :p
Bila tengok Tun dah bertunang, tipu la kalau aku tak rasa pape.
Teringin jugak nak melangkah ke satu fasa lain.
Tapi aku tahu, plan ALLAH adalah yang terbaik.
Kalau pon bukan sekarang, nanti mesti sampai jugak masa aku.
Lagipon, aku pernah berbincang dengan adik.
Adik cuma cakap
'Kau dah boleh bangun buat sarapan lepas subuh? or ko masih nak tidur balik?'
Dan aku tau, jawapannya membawa maksud aku tak bersedia lagi nak pegang title 'isteri orang'.
So, lets be patient and wait for my soul partner come and complete me...hahaha...
Ayat x boleh blah...
Tapi aku terfikir, nanti aku kahwin sapa yang nak datang...
Sebab aku tak datang pon majlis kawan2 aku...
Ema, ayu, melin, zu + hadi...
Semua aku tak pergi...
Hmmmm...
Sorry guys, aku tak datang majlis korang..
Sorry sangat...
As a closing,
I would like to share one status that i read before this...
'life is like penis, it is short...but getting longer when its hard'
hahaha...macam lucah kan...
But please take on the other side...
it is true....
When life get hard, it seems so much longer...
Thursday, July 18, 2013
menghabiskan sisa-sisa kehidupan...
Tajuk tu saja je...
Memang nak berdrama...huhu...
Sekarang, hidup makin busy tapi macam sunyi...
Huhu...
Tak tahu la kenapa...
Minggu lepas aku balik kampung...
Berjumpa mak, ayah dan keluarga setelah 2 bulan tak bertemu...
Rindu...
And, Mak masakkan laksa...hehe
Thanks mak, LOVE U!!!
Sampai je rumah, lepas berbuka...
Terus alter langsir and siap malam tu jugak...
Dalam sibuk menjahit, sempat la bercerita itu dan ini dengan mak...
Dan mak mudah je bagi nasihat...
'ade kebaikan semua tu berlaku, bersyukur laaa..jangan fikir banyak'
Ringkas tapi padat dan semestinya betul...
Pagi ahad, lepas sahur, bergerak pulang ke KL sebab aku ada kelas pagi tu...
Busy kan aku..hahaha
Last kelas kan...so datang je laaa..
Btw, next week dah exam!!!!
Isnin, berkesempatan untuk berbuka dengan my best friend...KAKWAN...
Rindu la kakwan...hehe...
Makan sate..order 20 cucuk, makan cuma 10...huhu...
Nak balik, tiba-tiba kereta kakwan tak boleh hidup..
Nasib baik ada pakcik teksi yang sangat baik hati untuk tolong kitorang...
Masalah bateri dan harga bateri kereta MAHAL GILA!!!!
Sakit perut aku tengok harga tu...
Tapi apa pun, happy sangat dapat jumpa kakwan...
Selasa, berbuka di Istana Budaya bersama Kak Mas dan suami...
Nampak ramai artis...tapi Izzue Islam takde..huhu..
Makanan banyak gila, ada lamb chop lagi...
Sayangnya, masin...huhu...
Balik pkul 9, perut rasa nak pecah....
Sabtu ni ada majlis berbuka dengan kawan-kawan...
Di UPM pulak...
Hehe....
Asyik makan tak ingat dunia...
Mana lah tak gemuk and tak kurus-kurus...
Patutlah kena tinggal...
huhu...
kerana diri ini lemah, aku tak mampu untuk padam semua gambar yang berkaitan dia...jadi, aku serahkan kepada yang pakar...sakit?? tak payah cakap tapi itu yang terbaik...gambar yang dalam album, aku dah keluarkan dan campak mana-mana...moga-moga aku tak jumpa da....memanglah tu kenangan, tapi mungkin aku kena jadi lagi kuat sebelum aku tengok gambar-gambar tu semula...
Sunday, June 30, 2013
Hikmah Di sebalik semuanya....
Assalamualaikum....
Hujung minggu datang lagi....Dan aku masih sibuk dengan kelas....
Penat....he he
Di sebalik dugaan yang datang...Ade hikmahnya...
Hmmmm..satu aku nak sebut...
ALHAMDULILLAH.....
Sebab apa?
Sebab aku dah nampak hikmahnya....
Mungkin di satu sudut aku terluka....
Tapi di satu sudut lain , Ade positifnya....
So,
To someone that made me realize about that...
Thanks a lot!!!
You are strong and I will be strong just like you.
Kita kawan kan??? :)
Aku sedar aku perlu cari bahagia aku sendiri...
And I will fight for it....
:)
Friday, June 21, 2013
How Are You?
Apa khabar NJ????
Poyo je tanya khabar diri sendiri....hahaha
But, alhamdulillah aku okay je...
Thanks to people yang selalu dengan aku...
Plus, aku busy dengan macam2 kerja...
1.esok ada test....tapi aku tak study lagi...
2.test student, tak siap tanda lagi...
3.assignment aku tak berusik lagi...
4.tutorial student tak abis tengok lagi...
Banyak keje laaaaaaa.....
To long aku buat boleh????
He he
Note to myself:
Andai rasa apa yang berlaku ITU tak seperti yang kita rancang....
Yakinlah bahawa...rancangan DIA adalah yang lebih baik....
Redha NJ... kuatkan diri...
:)
Thursday, June 20, 2013
Dia...
Bolehkan aku nak mengenang dia yang pernah hadir dalam hidup aku...
Dia...
Aku kenali lama dulu...
Zaman aku muda remaja...
Zaman aku tak pernah kenal erti sayang pada insan selain keluarga...
Dia baik...
Dia kelakar...
Dia penyabar...
Dia faham aku...
Dan dia suka buat kejutan...
Aku masih ingat dia baik, pinjamkan kau laptop saat aku perlukan benda tu...
Aku masih ingat dia selalu buat aku tersenyum...
Aku masih ingat dia selalu sabar melayan aku yang selalu hilang sabar...
Aku masih ingat dia selalu faham keadaan aku yang selalu stress...
Dan aku masih ingat dia selalu buat kejutan...
Datang naik bas, bawak pooh besar bersama kek semata-mata untuk meraikan hari lahir aku..
I will never forget that... it is memorable moment...
Malah dia pernah berhabis duit beli pooh kembar yang aku suka tengok masa kat matrikulasi...
I scream when I saw that pooh...
And I love that pooh till now...
Dia banyak berkorban untuk aku...
Sanggup berulang alik ke Puncak Alam untuk jumpa aku...
Jadi rasanya, aku pon perlu berkorban untuk tengok dia bahagia kan...
It has been six months and I thought I'm strong enough...
But I'm wrong...
Tak apa la...
Eventually, I will be strong...
5 tahun waktu aku dengan dia..will always inside my heart...
Harapnya, ini kali terakhir aku kenangkan dia..
Harapnya, selepas ini...aku takkan menoleh ke belakang...
Harapnya aku akan terus melangkah ke hadapan...
Dan untuk terakhir kalinya...
Orang sayang abang...
Mungkin masa akan mengubah rasa ni...
Tapi untuk masa sekarang...
Orang sayang abang...
Okay, cukup...
Mari buka buku baru NJ...
Lepaskan dia yang da bahagia...
Be strong heart...be strong with me...
Kejutan demi Kejutan
Friday, May 31, 2013
She is.....
She's going to deliver soon...
She left us for another better opportunity...
She.....
my friend...
Different friend...
And they are moving to another phase of life...
While me??
Still at the same stages of life...
Still at the same step...
Still the same as before...
Regret??
Nope...and never will...
Because I know myself and I know this the best for me...
Note: Melin sudah masuk wad...baru 7 bulan mengandung...tapi ade komplikasi...tolong doakan dia dan baby selamat...amin...
Sunday, May 26, 2013
Sabtu Ahad yang penuh...
Sabtu Ahad penuh dengan kelas...
Assignment dah makin bertambah...
Presentation bakal berlangsung...
Thesis perlu di hantar...
Tapi satu hapa pon tak jalan lagi...
Hailaaaaaa....
Draf Jadual exam dah keluar...
27 Julai Z1LK 6043 - Psikologi
28 Julai Z1LK 6013 - Law
3 Ogos Z1LK 6053 - Occupational Health
4 Ogos Z1LK 6073 - Ergonomic
Frankly speaking, aku tak tau apa yang aku belajar..
Adoi..
Kena take extra precaution...
Nasib baik exam before raya...huhu...
Friday, May 24, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Aku dan Masa Depan
Lama tak berkesempatan menjenguk blog sendiri...
Bersawang agaknya kalau di alam realiti...
Rindu? of course rindu nak menaip tentang diri sendiri..
Tapi masa membatas segalanya...
Okay, aku tau yang tu poyo....
Hehe
Aku baru boleh bernafas semula...
Bernafas semula in term of kesibukan...
poyo lagi...
Hahaha
Yup, baru habis jadual bertindih...
Means baru sahaja tamat tempoh jadual pack dan balik lambat....
Aku juga baru saja dapat memilih supervisor untuk mini thesis aku..
And semalam baru berakhir HIRARC and SCAT presentation...
SCAT is Skill Competency Assessment Test...
Test yang diberikan kepada pelajar tahun akhir untuk melihat sama ada mereka familiar with the basic concept.
Oooo, aku di tugaskan untuk handle SCAT tu..
So, hampr 2 minggu jugak la sibuk...
Jadi, kiranya hari ini baru la dapat meluangkan masa mengemas meja yang macam stor lama, menjenguk blog dan menyelesaikan sedikit kerja yang tertangguh..
Kerja yang tertangguh banyak, yang siap baru sikit...
huhu..
Berbalik kepada tajuk,
Kenapa masa depan??
Ada student tanya, 'miss tak nak pindah dari sini ke?'
Aku berfikir sejenak...'I love the relationship with my colleagues here...plus, I promise to my children that I will stay until they graduate.'
So, mungkin buat masa sekarang, itu yang aku nampak untuk masa depan aku laaa...
Berkawan dengan mereka yang telah berjaya dalam hidup a.k.a my classmate..
Buat aku cemburu dan meragui sama ada aku boleh jadi seperti mereka..
'Dalam tempoh 5 tahun, aku nak keluar dari company sekarang...then masuk bidang ni...bla bla bla...'
Serius aku cemburu...
Sebab??
Sebab aku tak mampu nak merancang seperti itu..
Kiranya macam masa depan aku masih samar-samar.
Hmm, takpelah...
Mungkin ada yang lebih baik menanti aku nanti..
Sedapkan hati sendiri...hahaha
Kahwin???
Hmm, dua orang kawan aku bakal menamatkan zaman bujang bulan ni..
Bulan ni kan Ema?? hahaha
Sorang lagi, kawan sekolah.. malangnya aku tak dapat hadir...
Biasa lah Sabtu Ahad memang kelas jek...
huhu
So, aku nak wish.....
Selamat Pengantin Baru..
Semoga kekal hingga ke syurga...
Semoga kebahagiaan sentiasa bersama kamu...
Semoga jadi isteri dan ibu yang solehah...
And to the person yang nak tunang bulan 6 ni...
Selamat bertunang!!!!!
Aku bila lagi??
Tunggu seru dari yang atas sana..
Kalau jodoh sampai, aku kahwin laaa...
Okay, aku tau yang ni takde orang nak tau...
hahahaha
Right now, aku kena fikir nak buat thesis...
Ada tajuk??
Please bagi tajuk...especially in ergonomic sebab penyelia dalam bidang ergo...
hehe...
nak share lirik lagu...
suka lagu ni...
lagu lama yang baru aku suka...
Insan ku Sayang Kini Menghilang by Spin..
Tetiba kepala pening...
Stress kot...
Haila...
No one care la, NJ...
Friday, April 12, 2013
Air dan Hujan
Sebab sekarang ni kawasan rumah aku ni sedang dilanda masalah bekalan air...
Tak tahulah bila masalah air ini akan selesai...
Dan tak tahu air tangki tu boleh bertahan sampai bila...
Harapnya cepat lah masalah ini selesai...
Sebab susah nak buat kerja bila tak ada air..
Kannnn...
Hujan, kenapa hujan???
Sebab aku suka hujan...
Aku suka main hujan...
Cuma sejak duduk KL ni, tak pernah main hujan...
Air hujan tak sihat...hehehe...
Rindu nak main hujan...
Nak bergelak ketawa dalam hujan....
Kenapa tiba-tiba cakap pasal hujan?
Sebab tadi tengok blog my friend ni...
Ada hujan rintik2 kat blog dia...
Jeles okay...ajar please....
Heheh....
Esok kelas bermula semula...
Dah masuk minggu kedua daa....
Result semester lepas??
ALHAMDULILLAH, rezeki dari DIA...
Lebih dari apa yang aku target....
Semester ni, ade 4 subjek yang semuanya susah...
Semuanya hardcore...hahaha
Harap2 aku boleh mengekalkan pointer aku...
Dan aku dah kena mula membuat proposal untuk mini thesis aku..
Ada idea????
Hati kita, tiada siapa yang tahu...
Tiada siapa yang faham...
Melainkan kita dan yang di atas sana...
kita boleh berkata tidak sedangkan hati berkata ya...
KIta boleh menidakkan apa yang ada di dalam hati...
Namun, kita tidak bleh menipu diri sendiri....
Kalau aku ada salah, cakap...
Jangan mengelak dari aku...
Kalau taknak aku kacau, bagitahu...
Tak payah pura-pura tak nampak...
Thursday, April 4, 2013
Tak Seronok...
1. Orang yang boleh dikatakan rapat dengan kita tiba-tiba menjauh...
- Kalau aku ada salah, cakap...jangan mengelak dari aku...kalau taknak aku kacau kau, bagitahu...tak payah pura-pura tak nampak...
2. Pagi pergi kerja elok sihat walafiat, balik saja kaki berbalut...
- Gara-gara hati dan akal tidak berada di tempatnya, kaki melangkah dan terjatuh...sakit okay jatuh tangga...
Sungguh aku bernasib baik bila kaki tak terseliuh dan harap2 tak bengkak...CUAI NJ!!!!
3.Kerja melambak tapi tak ada mood nak selesaikan...
- kerja makin bertambah tapi aku tak ada hati langsung nak siapkan...dengan tutorial, test dan macam-macam lagi...haish..
4. Terasa sedih tanpa sebab...
- jangan tanya kenapa sebab aku pon tak tahu sebab musabab... mungkin disebabkan perasaan yang bercampur dari dulu so sekarang nampak kesannya...haila...
Hati, please be strong with me....
I need you to face all this and keep moving on....
Monday, April 1, 2013
i thought....
I thought I can comfort you...
I thought...
That was what i thought...
Unfortunately,
I was wrong....
I am sorry dear..
I try my best unfortunately....
I don't think you realize that...
Don't u???
Hopeless and helpless....
and
I am SORRY!!!!
Wednesday, March 6, 2013
Hati terluka...
Perkara dah berlalu tapi aku nak menulis di sini...
Kenapa?
Sekadar coretan luahan hati sendiri...
Bukan nak membangga diri..
Tapi rasanya aku dah sedaya upaya jadi 'cikgu' yang baik..
I tried my best to be good to them...
Unfortunately, I end up get hurt...
Dear students,
I am human...
I am a women with heart and feelings....
Not a dummy...
Yes, saya baik dengan korang...
But then,
Itu tak bermaksud awak boleh suka-suka hati bercakap...
Suka-suka hati merungut...
Dan menyakitkan hati saya...
Entah la,
Sama ada aku yang terlebih sensitif atau korang yang tak peka...
Dan aku terpaksa menanda dengan berhati-hati supaya aku tak bias...
Sekali lagi aku ulang,
aku manusia yang punya perasaan...
Kalau aku dah marah, lain jadinya...
dan semua tu akan memberi kesan kepada markah students...
Faham tak???
Dan aku mudah jadi pendendam....
Sekali aku terasa,
luka tu bertahan lama...
So I decide not to teach them again...
Just so that, I won't bias towards them...
Aku sensitif kan....
Tuesday, February 26, 2013
Aku dan hati aku...
ade rasa sesuatu tapi tak tahu apa...
kosong...
Thursday, February 14, 2013
Rentetan Peristiwa Hidup Aku..
After 14 days aku tak menjenguk dan menulis di blog...
So, Here I come...
Hahaha...
Well, satu tugas yang aku plan dah selesai...
So, curi masa sikit untuk menaip so that aku boleh baca entry ini semula in future...
Hahaha...
Em, nak start dengan Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC 2 minggu lepas.
Disebabkan aku terlibat dengan pertandingan badminton masa hari sabtu, yang mana aku dikalahkan oleh "wakil negeri"...maka aku pergi pada hari Ahad.
Aku memang teringin nak pergi sebab nak jumpa Ajamiha, penulis Cerpen Twitter.
Dan dia dijadualkan ada di pesta buku pukul 3 petang.
Jadi aku dan kakmas, merancang untuk merempit ke PWTC selepas zohor.
Namun entah apa yang tak kena, motor yang kami naiki mati tiba-tiba.
So kesimpulannya, aku gagal ke pesta buku dan berjumpa dengan Ajamiha.
Ade juga rentetan peristiwa lain yang berlaku pada hari itu...contohnya, berhujan semasa dalam perjalanan balik...dan macam-macam lagi...
Takpelah, takde rezeki kan...lain kali la jumpa dia....
Tapi, best jugak berhujan atas motor kan..hahahaha
Itu cerita 2 minggu lepas.
Cerita minggu lepas, aku mulakan dengan cerita hari Rabu.
Aku tak kisah orang nak cakap aku jakun or whatever, tapi aku happy sangat sebab aku berjaya derma darah.
Aku kan takut jarum and darah tapi aku cabar diri untuk derma darah...
Mula-mula memang berdebar gila...
Aku derma darah bersama seorang 'anak' aku.. Namanya Lee Hee Hua...
Aku panggil dia Lee.
Kami sama-sama mendaftar dan menunggu giliran.
Dan sama-sama dicucuk jarum yang besar tu...tapi dia siap lagi cepat.
Masa menunggu, aku dah nampak saiz jarum yang digunakan...jadi, aku tak pandang pon masa nurse tu cucuk kat tangan aku...
Siap cakap dengan student di sebelah,"borak la dengan saya"...
Dan student tu pon borak la dengan aku...hahaha
Takde lah sakit sangat pon kena cucuk tu...
Lepas tu aku cuma perlu pegang benda macam paip pvc yang di potong pendek..tak tahu namanya...haha
tapi, aku tak tahu apa masalah darah aku...darah aku mengalir sangat lambat...
Jadi nurse selalu datang tengok and sometimes gerakkan jarum yang dah tercucuk kat lengan aku...
Sakit gak la..
Untung ada student yang di sebelah borak dengan aku dan buat aku lupa tentang itu...huhu...
Penuh sahaja bekas darah tu, satu nurse lelaki tarik jarum keluar...time ni memang tak rasa pape la..
Lepas tu aku di arahkan rehat kat kerusi tu baru dibenarkan naik ke bilik lecturer.
After naik tu baru la rasa pening kepala...Kawan-kawan cakap tu memang biasa lepas derma darah.
So aku tak risau la..
Biasalah, lepas kena cucuk lengan bengkak dan merah..
For the whole day tu, aku rasa tangan kanan aku lenguh gila...
Bengkak and merah kat lengan tak hilang lagi sampai hari ni...
But aku happy sangat sebab berjaya buat sesuatu yang aku takut nak buat...
Lepas ni, Insya ALLAH nak derma lagi... (><)v
Hari Jumaat pulak aku balik kampung!!!!
Disebabkan jadual tengah bertindih, so aku dapat balik awal.
So dalam pukul 1 aku and adik dah gerak balik.
Aktiviti masa kat kampung??
Agak sibuk sebab Cik Usop buat kenduri kahwin anak dia.
So, ade sedara dia yang tumpang tido.
Jadi ahad tu memang sibuk la.
Selain tu, melayan anak-anak sedara yang comel, manja dan nakal tu...
Macam-macam kerenah dua-dua budak tu.
Zirah dah pandai cakap and nyanyi..
Abang Ijat dah sekolah daa...
Zirah yang pandai nak mengajuk cakap orang...
Abang ijat yang dah hafal ABC...
Dua-dua selalu bergaduh berebut mainan tapi selalu Zirah menang sebab dia menangis...
Dua-dua da tau merajuk...
Zirah pulak tahu je atuk ayah dia nak keluar naik motor...dia tak cakap nak ikut tapi duk mengikut atuk ayah die gerak mana-mana...
Ada sekali tu, ayah tak nak bawak dia sebab nak pergi kedai kejap je, Zirah berdiri kat pintu, senyap tengok ayah kat motor...lama-lama, ayah yang tak sampai hati...bawak jugak naik motor...
Hahaha...
ah, Zirah dah pandai nyanyi lagu lama....
'Bukan ati tak aceh cayang' -
cuba teka lagu apa?? Mesti tak tahu kan..hahaha..
Tapi serius rasa kejap je dengan diorang...and now I miss them already...
Nasib baik ade video diorang menyanyi...
Nanti kita jumpa lagi ok, abang ijat and adik???
And right now, being busy again...
Busy ke??? hahaha...
Busy dengan keje and I need to study sebab Ahad ni da final exam!!!!
Wish me Good Luck ok...
Heheh...
To my 'anak-anak',
Next week Final Exam kan..
So do your best...
Wish you all the best!!!
GOOD LUCK!!!!!
Wednesday, January 30, 2013
Farewell....
Who is she??
She is the person that always tumpangkan aku balik rumah...
She is a women that full of love..
She is so nice...
I love her teaching style and students also...
A lot of students love her...
And she will leave us...
She got another job which maybe better that here..
So Kak Rosnah,
Thanks for everything.
Terima kasih sudi tumpangkan saya selalu...
Terima kasih atas segala tunjuk ajar...
Terima kasih banyak2.
ALLAH je yang boleh balas jasa akak.
I will be missing you...
I can guarantee that..
tears.......
People wont understand what I felt deep inside my heart even I spill it out....
People wont get the reasons i felt like that...
I get angry easily, so if you cant accept that, stay away!!!!
Tuesday, January 29, 2013
Tuesday, January 15, 2013
Lagu Hati aku...
aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu
aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu
ku sadar dirimu tak pernah dalam jiwa
ku bosan menunggu dirimu yang tak bisa
* aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu (di pelukanmu)
aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu
reff:
sudah ku bilang hapus air mata
cinta ku hilang meninggalkanmu
kamu tlah berbeda setengah gila
hidupku terasa terasa mimpi
sudah ku bilang hapus air mata
cinta ku hilang meninggalkanmu
kamu tlah berbeda setengah gila
hidupku terasa terasa hampa
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna
Engkau telah pergi…
Biar, pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkan ku
Dengan nota-nota cinta buat kita berdua
Bila kan kubisa menerima ketiadaanmu
Kanku bakar semua hapuskan semua kenangan
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
0hhh pergilahhh…
Monday, January 14, 2013
Rasa itu....
Penat...
Tak cukup rehat...
Kerja melambak minta disiapkan...
Assignment menunggu untuk diselesaikan...
Presentation menanti untuk dilaksanakan...
Dan aku...
Masih diselubungi rasa yang satu itu...
Ya,
Rindu...
That's the word...
Tak pernah dapat lari dari rasa yang satu itu...
Kuat lah bertahan...
Wahai hati...