After 14 days aku tak menjenguk dan menulis di blog...
So, Here I come...
Hahaha...
Well, satu tugas yang aku plan dah selesai...
So, curi masa sikit untuk menaip so that aku boleh baca entry ini semula in future...
Hahaha...
Em, nak start dengan Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC 2 minggu lepas.
Disebabkan aku terlibat dengan pertandingan badminton masa hari sabtu, yang mana aku dikalahkan oleh "wakil negeri"...maka aku pergi pada hari Ahad.
Aku memang teringin nak pergi sebab nak jumpa Ajamiha, penulis Cerpen Twitter.
Dan dia dijadualkan ada di pesta buku pukul 3 petang.
Jadi aku dan kakmas, merancang untuk merempit ke PWTC selepas zohor.
Namun entah apa yang tak kena, motor yang kami naiki mati tiba-tiba.
So kesimpulannya, aku gagal ke pesta buku dan berjumpa dengan Ajamiha.
Ade juga rentetan peristiwa lain yang berlaku pada hari itu...contohnya, berhujan semasa dalam perjalanan balik...dan macam-macam lagi...
Takpelah, takde rezeki kan...lain kali la jumpa dia....
Tapi, best jugak berhujan atas motor kan..hahahaha
Itu cerita 2 minggu lepas.
Cerita minggu lepas, aku mulakan dengan cerita hari Rabu.
Aku tak kisah orang nak cakap aku jakun or whatever, tapi aku happy sangat sebab aku berjaya derma darah.
Aku kan takut jarum and darah tapi aku cabar diri untuk derma darah...
Mula-mula memang berdebar gila...
Aku derma darah bersama seorang 'anak' aku.. Namanya Lee Hee Hua...
Aku panggil dia Lee.
Kami sama-sama mendaftar dan menunggu giliran.
Dan sama-sama dicucuk jarum yang besar tu...tapi dia siap lagi cepat.
Masa menunggu, aku dah nampak saiz jarum yang digunakan...jadi, aku tak pandang pon masa nurse tu cucuk kat tangan aku...
Siap cakap dengan student di sebelah,"borak la dengan saya"...
Dan student tu pon borak la dengan aku...hahaha
Takde lah sakit sangat pon kena cucuk tu...
Lepas tu aku cuma perlu pegang benda macam paip pvc yang di potong pendek..tak tahu namanya...haha
tapi, aku tak tahu apa masalah darah aku...darah aku mengalir sangat lambat...
Jadi nurse selalu datang tengok and sometimes gerakkan jarum yang dah tercucuk kat lengan aku...
Sakit gak la..
Untung ada student yang di sebelah borak dengan aku dan buat aku lupa tentang itu...huhu...
Penuh sahaja bekas darah tu, satu nurse lelaki tarik jarum keluar...time ni memang tak rasa pape la..
Lepas tu aku di arahkan rehat kat kerusi tu baru dibenarkan naik ke bilik lecturer.
After naik tu baru la rasa pening kepala...Kawan-kawan cakap tu memang biasa lepas derma darah.
So aku tak risau la..
Biasalah, lepas kena cucuk lengan bengkak dan merah..
For the whole day tu, aku rasa tangan kanan aku lenguh gila...
Bengkak and merah kat lengan tak hilang lagi sampai hari ni...
But aku happy sangat sebab berjaya buat sesuatu yang aku takut nak buat...
Lepas ni, Insya ALLAH nak derma lagi... (><)v
Hari Jumaat pulak aku balik kampung!!!!
Disebabkan jadual tengah bertindih, so aku dapat balik awal.
So dalam pukul 1 aku and adik dah gerak balik.
Aktiviti masa kat kampung??
Agak sibuk sebab Cik Usop buat kenduri kahwin anak dia.
So, ade sedara dia yang tumpang tido.
Jadi ahad tu memang sibuk la.
Selain tu, melayan anak-anak sedara yang comel, manja dan nakal tu...
Macam-macam kerenah dua-dua budak tu.
Zirah dah pandai cakap and nyanyi..
Abang Ijat dah sekolah daa...
Zirah yang pandai nak mengajuk cakap orang...
Abang ijat yang dah hafal ABC...
Dua-dua selalu bergaduh berebut mainan tapi selalu Zirah menang sebab dia menangis...
Dua-dua da tau merajuk...
Zirah pulak tahu je atuk ayah dia nak keluar naik motor...dia tak cakap nak ikut tapi duk mengikut atuk ayah die gerak mana-mana...
Ada sekali tu, ayah tak nak bawak dia sebab nak pergi kedai kejap je, Zirah berdiri kat pintu, senyap tengok ayah kat motor...lama-lama, ayah yang tak sampai hati...bawak jugak naik motor...
Hahaha...
ah, Zirah dah pandai nyanyi lagu lama....
'Bukan ati tak aceh cayang' -
cuba teka lagu apa?? Mesti tak tahu kan..hahaha..
Tapi serius rasa kejap je dengan diorang...and now I miss them already...
Nasib baik ade video diorang menyanyi...
Nanti kita jumpa lagi ok, abang ijat and adik???
And right now, being busy again...
Busy ke??? hahaha...
Busy dengan keje and I need to study sebab Ahad ni da final exam!!!!
Wish me Good Luck ok...
Heheh...
To my 'anak-anak',
Next week Final Exam kan..
So do your best...
Wish you all the best!!!
GOOD LUCK!!!!!
love,
NJ
No comments:
Post a Comment
please leave your comment here....thanks.. :-p