Senyumlah wahai sahabat…
Kerana senyumanmu ibarat kuntuman bunga yang mekar berkembang….
Ketawalah wahai rakanku…
Kerana ia adalah saat terindah melihat dikau tertawa…
Ketahuilah wahai sahabat,
Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ujian dari ALLAH….
Dan sesungguhnya,
Aku tahu kau kuat untuk melaluinya…
Wahai sahabat,
Kuatkan semangatmu dalam mengharungi semua ini…
Dan jangan sekali-kali dikau lupa…
Bahawa,
Sahabatmu di sini mendoakan supaya kau segera sembuh…
Sahabatmu di sini terlalu merindui dirimu…
Dan kami setia menanti kepulanganmu…
No comments:
Post a Comment
please leave your comment here....thanks.. :-p