Berbagai perkara yang terlintas dan saya pasti semua orang pun akan mengharapkan perkahwinan yang kekal abadi hingga ke akhir hayat.
Pelbagai persepsi mengenai perkahwinan. Ada yang kata perkahwinan perlu dengan orang yang dicintai. Ada yang kata perkahwinan perlu disertai kejujuran dan kepercayaan. Tapi, adakah semua itu menjamin kebehagiaan dan adakah semua rempah ratus itu menjamin perkahwinan itu akan berkekalan?
Sebenarnya, tanpa kita sedari banyak perkahwinan yang gagal di tengah jalan. bak kata pepatah, ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Persoalannya mengapa.. Sedangkan kalau kita lihat perkahwinan atuk nenek dan ibu ayah kita, kekal sampai ke akhir hayat mereka. Okay, Saya mengaku mungkin ada juga yang putus di tengah jalan tapi berapa kerat sangat kan. Kalau nak di bandingkan dengan pasangan sekarang, banyak bezanya.
Mungkin kadangkala kita terfikir kahwin mudah saja. Akad nikah dan kita sah menjadi suami isteri. Tapi tanpa kite sedari banyak tanggungjawab yang kita perlu pikul. Bagi saya, tiada kesedaran tentang tanggungjawab sebagai suami dan isteri serta melakukan semua itu tanpa keikhlasan adalah penyebab mengapa mahligai indah yang dibina runtuh.
Jadi, bagi bakal-bakal pengantin di luar sana dan juga sesiapa yang berniat untuk berkahwin, ingatlah bahawa tanggungjawab yang menanti adalah berat. Ya, mungkin kita tak sabar untuk berkahwin kerana akan ada orang yang menanti kepulangan kita dari pejabat atau akan ada orang yang menemani tidur kita setiap malam.
Tapi ingatlah, di sebalik itu semua kita juga ada tanggungjawab. Adakah anda mampu dan bersedia untuk memikl semua itu? Andai salah langkah yang kita ambil, ia akan memberi kesan kepada masa depan kita. Bagi wanita, bersediakah anda memegang gelaran janda pada usia muda? Bukan saya ingin menakutkan tetapi sekadar mengingatkan.
Akhir sekali, perkahwinan bukan perkara main-main dan bukan juga untuk sehari dua. Ia adalah untuk seumur hidup. Pilihan anda sekarang akan menentukan masa depan. Mahukah anda hidup dengan kaki pukul dan menderita? Tentu tidak.
Justeru, pilihlah calon teman hidup anda betul-betul dan terima mereka seadanya. Jangan mengharapkan yang lebih jika mereka kurang dan bersedialah untuk membimbing kerana tiada siapa yang sempurna di muka bumi ALLAH ini. Dengan itu saya percaya, mahligai yang kita idamkan dapat dibina dan akan kekal utuh sampai bila-bila.
Akhir kata, Selamat Pengantin Baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan dan kepada yang sudah lama berkahwin, selamat berbahagia. Dan untuk yang sudi membaca coretan ini, semoga perjalanan hidup anda di bawah rahmatNYA selalu.
Rembulan Merah
A.M.A.R
Imran Faiz menutup majalah itu. Dia duduk memikirkan sesuatu.A.M.A.R
"Papa Ngah buat apa tu?" Satu suara menegur.
"Tak buat apa pun. Kenapa cari Papa Ngah ni?" Imran mengusap lembut kepala anak saudaranya.
"Qis nak ajak Papa Ngah pergi taman petang ni. Boleh tak?"
"Pergi taman petang ni? Nak buat apa pergi taman?"
"Papa Ngah ni saja je tau. pergi taman, jalan-jalan la. Takkan nak basuh kereta pulak," Balqis menarik muncung. Eee, Papa Ngah ni memang tau!
Imran ,enarik senyum. suka benar dia menyakat anak saudaranya yang satu itu.
"Okay, kita pergi jalan-jalan tapi taknaklah pergi taman kat sini, kita pergi tempat lain nak?"
"Nak! Papa Ngah nak bawak Qis pergi mana?"
"Ada la. Rahsia,"
"Papa Ngah ni memang tau, selalu nak rahsia dari Qis. dah la jom turun. Nenek dah siapkan lunch,"
"Qis turun dulu. Papa Ngah nak kemas meja ni kejap. Nanti Papa Ngah turun,"
"Okay. oh ya, nenek pesan dah pandai baca pandailah pulang balik nenek punya majalah,"
Imran Faiz tersenyum panjang. Tangannya mengambil majalah milik ibunya itu. Dia kembali menyelak helaian tadi. Ayat-ayat tulisan Rembulan Merah. Ada sesuatu yang menarik minatnya. Dia seakan dapat merasa ada sesuatu yang di sampaikan oleh penulis itu.
Siapa ya Rembulan Merah ni? Teringin pulak nak jumpa....hati Imran Faiz berbisik sendiri.
No comments:
Post a Comment
please leave your comment here....thanks.. :-p