ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Friday, October 13, 2017

My First Flight...

Assalamualaikum.
Bersawang, berhabuk dah blog ni..
Nasib tak boleh runtuh je.
Hahahaha...



Well, skill menulis dah berkarat and I dont think I could write just like the old times...
Cuma kali ni nak menulis...mencatat pengalaman berharga sendiri....
At least nanti anak cucu boleh baca...
Konon....hahahahah



Well, hidup nak dekat 3 dekad dah...baru la dapat naik kapal terbang...
Hahaha...


Okay, cerita bermula apabila my latest nephew born last Thursday.
So, adik ajak ke Terengganu hujung mnggu...unfortunately I already agreed to teach degree students...
So I told her, I cant go.
Tapi adik nak jugak aku pergi...
So selepas bergaduh, berbincang dan merajuk kejap...akhirnya aku setuju...
Tapi aku hanya akan pergi pada hari Sabtu selepas kelas..
Manakala adik dan kak ani bergerak ke Terengganu pada hari jumaat.
Dan adik book ticket flight untuk aku...



Awalnya ku mintak untuk naik di Subang Airport which lagi dekat and lagi kecik (kurang risiko untuk sesat)...
Tapi sebab tiket Air Asia lagi murah, so aku terpaksa naik di KLIA 2...



Khamis dah book, khamis tu jugak aku web check in and print boarding pass...
Hahahaha..
Nervous punya pasal la ni...


Kawan kawan dah bagitahu macam macam...
keadaan kat airport, dalam plane...
Adik pulak ingatkan aku untuk bwak barang sikit je sebab tak nak check in luggage sebab mahal.
And memang dah rasa nervous start dari khamis tu..
Sebab this is my first flight and I will be alone.


So Sabtu selepas kelas degree, aku terus panggil UBER (tak tau nak guna term apa..Panggil macam yang paling sesuai... hahahaha)
UBER sampai LRT setiawangsa...
Hmmmm, cite pasal UBER ni jap ea...


UBER driver tu hensem. Nama Hafizi..
Borak borak la dengan dia.
Dia extras.. means pelakon tambahan and pernah jadi supporting role in Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin..
Dia sangat polite and ada karisma..
And bila dia cakap dia jugak mengajar budak mengaji, aku rasa tulang rusuk macam bergetar..
Hahahahahahaah...
Okay, tak. Gurau je...
Tapi he looks really a good guy...
So I gave him 5 stars..


Okay, once dah sampai LRT Setiawangsa,
Terus bergerak ke KL Sentral...
Sampai sana, aku cari ERL Express untuk ke KLIA 2..
MAna nak cari?
Aku memang main follow signboard je.
Sampai je kat kaunter, beli tiket ke KLIA..RM55 ya kawan kawan untuk dewasa...
Hehe..
ouh, ada jugak ERL yang transit..tapi sebab first time ni, baik berjaga jaga..hehe
Lepas tu aku terus ke platform. Masa tu train dah ada..
So masuk and cari seat...
Free seating so aku cari seat tepi tingkap yang kosong...
Duduk, and dengar lagu...
Sempat la nak lelap kejap even perjalanan cuma setengah jam






Sementara tu, dari LRT tu Kak Linda and adik sentiasa whatsapp..
Risau la kot.
Hahahaha...


Selepas setengah jam, train sampai kat KLIA...selepas tu baru KLIA 2.
So kena jaga jaga.. make sure betul2 flight kat KLIA or KLIA 2.
Dah sampai KLIA 2, aku blur.
Tak tahu nak buat apa..
Hahahaha...


So aku ke merayau tengok tengok then baru perasan yang aku lapar.
Masa tu dah nak pukul 2 petang.
No wonder la lapar sebab tak makan pape dari pagi melainkan air kosong.
Hari hari macam ni, boleh kurus kot. hahaha
Since dah lapar, cari la kedai makan.
Of course banyak kat airport tu tapi aku memilih untuk makan KFC..
Hahaha..
Makan sorang sorang is soooooo not fun..
dah siap makan baru perasan yang bahagian belakang KFC tu ada lagi tempat duduk and boleh nampak kapal terbang..
Rasa rugi plak..
Kalau tak boleh snap pic banyak2. hehe



Dah siap makan, tak tau nak buat apa. Masa tu baru pukul 2 lebih.
Aku tanya kak linda, boleh ke nak departures...kak linda cakap takut awal sangat.
Tapi since dah tak tau nak buat apa, aku gerk je.
Memangikut signboard DEPARTURES je.
Naik tingkat 3, and jalan agak jauh. sampai la macam lobby.
Kat lobby tu banyak Gate.
Dari A smpai Z.
Aku tengok kat board, flight ke Kuala Terengganu Gate K10.
Since aku tak tau nak buat apa, aku pon pergii kaunter pertanyaan the staff is so nice.



Lepas tu aku terus ke GAte K.
Still ikut signboard. Hahaha.. Takut sesat okay..
Sampai kat GAte K, ada la pramugari  check berat beg and bagpack aku tak perlu ditimbang.
Then aku beratur, ada pegawai emegresen check boarding pass.
Kena bagi IC sekali ya.
Selepas itu, baru la ke emegresen yang scan bag tu.
Tak tahu nak buat apa, so aku perhati je orang lain. hehe...
Amik la bekas and masukkan semua beg and handbag kat dalam bekas lepas tu letak kat conveyor untuk scanning.
Aku pon jalan kat scanner...of course la takde bunyi pape kan..
But not my beg.
Pegawai tu cakap ada gunting and gunting tak boleh bawak naik flight.
Hahahahaahah...
Makanya tinggal la gunting pink kesayangan di KLIA 2.



Dah settle scan bag, aku turun guna escalator.
Kalau tadi departures naik level 3, ni nak g Gate tu turun ke ground level balik.
Lepas tu ikut je signboard Gate K.
Jauh gak la..tapi boleh nampak kapal terbang.
Excited kejap.
Tapi sebab kat sana sorang2, tak boleh nak amik gambar banyak2.
huhu...


Jalan sampai la jumpa Gate K10. Masa tu baru 2.50.
Aku pergi surau dulu.
Bagusnya sebab surau banyak..
Lepas solat, keluar tengok Gate K10 dah di buka.
Masuk je la and duduk kat Waiting Lounge.
Excited and bertambah nervous.
Hahahaha...







Kat Waiting Lounge memang boleh nampak kapal terbang lalu lalang...
And aku perasan kapal terbang untuk ke kuala terengganu tak sampai lagi.
So I just wait.
And masa 3.30 petang dapat pegumuman flight delayed..
I was like "what???!!!"
Kena la tunggu. HAhahaha
Masa ni dah banyak snap pic kapal terbang..
Siap masuk IG story lagi.
Hahahaha





Selepas satu jam lebih menunggum baru la penerbangan sedia berlepas.
Masuk je plane, terus cari seat.
Hmm, tak luas sangat.. lagi luas naik bas. hahahahaha..
Duduk tepi tingkap, so boleh nampak luar.
I dont know is t good for first timer macam aku.
hahaha


Then the plane slowly moves.
Jauh gak la bergerak.
Masa ni aku dah nervous gila, menggigil kot.
Sebelah aku sorang makcik and anak perempuan dia.
Aku awal awal dah pakai tali pinggang. hehe
Sambil plane tu bergerak perlahan, anak kapal bagitahu langkah keselamatan.
Aku je kot yang excited dengar. Hahahaha...
Habis penerangan, aku borak dengan makcik sebelah...
Sambil borak, aku dengar bunyi enjin kuat...
Lepas tu toleh kat luar tingkap dah nampak awan...
Hahahahahahaha...
Dah selamat takes off!!!!



Sesekali pandang la luar.
Nampak pemandangan makin jauh...means makin tinggi.
Then baru je nak rasa selesa..tetiba plane tadi selekoh...
Nervous balik. Hahahaha..
Tak sempat nak hilang nervous tiba tiba plane bergegar habis.
Bila pandang luar, keliling awan gelap.
So aku conclude kami berlanggar dengan awan mendung.
Tapi kejap je, lepas tu ok je...cerah sepanjang perjalanan..



Sepanjang perjalanan tu maksudnya 45 minit penerbangan.
Hahaha..
Cuba nak tidur tapi tak boleh.
So aku just tengok pemandangan luar, snap pic sikit sikit..
Hehe..








Time landing, rasa la hentakan sikit tapi tak rasa takut macam nak takes off..
Dah selamat landing, keluar dari plane, kali ni jalan tak jauh.
Maybe sebab airport kecik je.
Sampai kat Arrival Gate tu, memang lega habis...
Lepas tu nampak pulak si kecik tu, memang happy sangat.







So, itu la pengalaman pertama naik kapal terbang...
Harap lepas ni, ada rezeki nak naik kapal terbang lagi...




Till next entry,
Take care.




XOXO
NJ

1 comment:

  1. haha..teringat pengalaman first timer naik flight masa kat Kerteh dulu bila baca entry ni. Aku pun ada buat entry jugak masa tu. Nervous tak payah cakap la sebab sorg2 dengan tak tau apa..mmg asyik google je cari cara nak naik flight. Alhamdulillah takde papa jadi haha.

    ReplyDelete

please leave your comment here....thanks.. :-p