Sedikit excited nak menulis...
Hehe...
Last weekend, aku ke kelantan...berdua dengan kakwan...
Pertama kali berjalan jauh tanpa mak ayah dan merancang semuanya sendiri...
Kami ke kelantan kerana menghadiri majlis perkahwinan fiza...
Bila dapat jemputan kami da sedikit excited..hehe...
Kitorang survey bilik hotel...Hmm, since this is our first time...
So agak nervous jugak..
Nasib baik ada satu laman web yang membantu... agoda..
Boleh la try guna kalau nak melancong...huhu...
So kitorang tempah bilik kat Ridel Boutique Hotel kat Wakaf Che yeh...
Murah jugak la. RM99 untuk satu malam...tapi sebab guna agoda, dapat murah sikit...
Ingatkan malam kedua nak tidur kat rumah abang apun, tapi sebab dia takde...so we decided to spend our night at Pantai Cahaya Bulan...
Using Agoda jugak, kitorang book chalet kat PCB Resort. RM121 semalam berserta sarapan...
Selesai persiapan, hari Jumaat kitorang bertolak pukul 7 pagi...
Of course la kakwan yang drive...hehe
Berhenti rehat jap kat temerloh rasanya pastu teruskan perjalanan...
Kitorang lalu LPT 2....dan disebabkan aku lupa nak bagitahu kakwan yang RnR kat highway tu takde stesen minyak, kami keluar ke telemung semata-mata nak isi minyak...
Kelakar la kalau ingat balik...sebab tak tahu kawasan tu, nak cari stesen minyak kemain la susah...
Tapi alhamdulillah, kami selamat sampai kat Wakaf Che Yeh pukul 2 petang.
Check in, pastu terus masuk bilik...
Mula-mula risau sebab hotel ni kat rumah kedai and kawasan sunyi je.
Tapi sebenarnya bila masuk, bilik memang okay sangat...
And sebenarnya hotel kitorang memang betul-betul depan pasar Wakaf Che Yeh tu...
Puas hati la dengan condition hotel...
Ridel Boutique Hotel.. |
Masuk je bilik, kitorang rest...penat kot. Haha...
Tengah rest tu erma call, tanya kat mana semua and she said she's going to come after asar.
So I said ok and continue to rest.
After that, Melin called...she asked why I didn't tell her that I'm in Kelantan. Then she asked me and kakwan to come to Pian's house on Saturday..
Terkejut la kitorang.. aku dah la bawak sepasang je baju cantik..
Tapi fikirkan dah sampai kelantan, kitorang pon ok je la...
Then lepas asar Erma sampai, dia bawak kitorang jalan and makan...
Of course makan!!! Hehe..
Kitorang makan nasi kerabu kat Yati Ayam Percik...
Sedap!! Tapi takde gambar sebab tengah lapar masa tu... hehe
Lepas makan, kitorang jalan kat Billion...cari hadiah fiza..
Before maghrib kitorang balik hotel and masa tu erma memang tak boleh masuk da. Sebab diorng tutup jalan untuk pasar.. ala macam uptown kat danau kota tu..
Lepas isyak, kitorang pon jalan kat pasar tu..
Memborong la ape lagi...
Aku beli jubah and shawl...hehe.. kekonon sebab nak g umah Pian...heheh..
Pukul 1030 kitorg balik hotel....
Tengok tv sampai tertido....
Hari kedua bermula agak lewat...
Plan asal, nak bangun dan cari sarapan tapi... disebabkan keletihan, kami hanya keluar dari hotel hampir jam 12 tengah hari.
Berdasarkan location yang fiza hantar, kami pon bertolak ke rumah dia... tak jauh pon...
Sayangnya, kami sesat.... waze menunjuk arah yang salah. Haha.
Nasib kami baik bila terserempak dengan erma.
Lalu dengan bantuan dia dan mak dia, kami selamat sampai ke rumah fiza...
Masa sampai tu, agak awkward sebab aku sangatlah tak pandai beramah mesra dengan orang yang aku tak kenal...nasib baik ada erma...huhu...
Nampak si pengantin yang baru selesai akad nikah sedang makan...
Cantik sangat... nampak seri pengantin...
Selesai makan, kami pon berjumpa dengan pengantin dan amik gambar kenangan...
Destinasi seterusnya ialah, Pasar Siti Khadijah.
Oh, lupa nak cakap.
Kali ni, erma menjadi pemandu pelancong kami...
Sampai kat pasar yang terkenal ni, azan zuhur berkumandang...
Apa saja yang kami beli entah...tapi banyak jugak la...
Masih nampak kesan banjir besar awal tahun hari tu...
Dan aku dapat bayangkan keadaan semasa banjir melalui cerita erma.
Selesai membeli belah, erma belanja kami aiskrim yang ada macam2...sila refer gambar...
Orang belanja, lagi la rasa sedap...hehe
Sambil makan aiskrim, kami menuju ke destinasi seterusnya.
Muzium adat istiadat diraja kelantan.
Tak tahu la, aku ni memang suka masuk muzium kot..haha..
Bayaran masuk hanya RM2 sahaja...
Berdekatan muzium, ada landmark lain tapi aku lupa nama dia...
Hahaha.
Ada jugak Masjid Sultan Muhammad..er, tak sure nama masjid ni sebenarnya...so, sila refer gambar...
Habis melawat, singgah kedai jahit and terus hantar erma balik umah kakak dia...
Rumah2 kat sini semua besar dan cantik...
Dan menurut kata erma, murah sangat kalau nak banding dengan kuala lumpur...
Huhu...
Pasar Siti Khadijah... |
Sila abaikan aku yang gemuk ni..huhu |
Aiskrim yang super sedap... semua ada dalam ni... |
Lepas hantar erma, kami terus ke Pantai Cahaya Bulan!!!!
Jarak perjalanan setengah jam tapi sebab ikut waze dan kami sesat, sejam jugak la sampai...
Kami menginap di PCB Resort....
Betul2 tepi pantai...cuma pantai dah ditambak sebab hakisan yang sangat kuat...
Check in dan berehat.
Kali ni, kitorang dapat chalet. Boleh tahan besar sebab semi-d. Cuma mungkin sebab chalet lama, so ada la beberapa defects.
Sementara berehat aku pon menjahit...jubah yang baru dibeli... jahit apa???
Potong sikit, kalau tak sapu tanah la jawabnya...
Siap menjahit, kami pon berjalan ke tepian pantai.
Aku makan mee udang dan air kelapa, manakala kakwan makan mee kungfu dan abc kelapa....tak cukup dengan tu, kami order jugak cucuk-cucuk...
Sedap wei... tapi memang kenyang gila.
Lepas makan, jalan2 kat pantai...duduk kat batu, amik gambar banyak2...gelak2...
Pastu balik bilik.
Mandi2 and siap2...lepas maghrib kami bergerak ke rumah pian.
Dan sekali lagi, location dan waze buat kami sesat.
Rumah pian dekat je dengan wakaf che yeh tapi waze bawak kami kemana-mana entah...
Sejam baru sampai.
Kesian kakwan, penat memandu.
Selamat sampai, jumpa melin dan pian....
Makan-makan, borak-borak... tanya perkembangan masing-masing...hampir 10.30 kami meminta diri...
Sampai bilik pukul 11 lebih...
Bersihkan diri, dan terus tidur....
Adik pian...pelamin dia cantik sangat... |
Hari terakhir, aku bangun awal...sebab nak tengok sunrise...hehe
Kakwan tak ikut sebab dia penat, so aku keluar sendiri je.
Tak takut sebab dekat je kan dengan pantai and ramai je yang tengok sunrise.
Cantik sangat sunrise....hehe..
Pukul 7.30 masuk bilik, kemas barang.pastu mandi and bersiap.
Pukul 9.30 kami bersarapan. Sarapan percuma cumanya, tak sama la dengan hotel 3 4 bintang tu.
Tapi kenyang la jugak.
Lepas sarapan, kami selfie for the last time dan check out.
Untuk perjalanan pulang, kami mengambil keputusan untuk lalu jalan tepi pantai.
Sebab nak singgah terengganu dan beli keropok lekor....hehe...
Berpandukan papan tanda arah, kami memulakan perjalanan...
Dan dengan bantuan faris, kami selamat sampai ke pantai kelulut...
Beli keropok lekor yang goreng dan rebus...
Sedap giler...serius...tak tipu...
Dan aku rasa nak lagi....huhu...
Sepanjang perjalanan kat terengganu tu, kami lalu sebelah pantai, dan pantai dia serius cantik...
Sungguhlah, alam tak pernah membosankan....
Kami selamat sampai ke KL balik pukul 7 lebih sebab jem sikit kat genting sempah.
Aku kesian kat kakwan sebab dia drive sengsorang...
Huhu...sorry kakwan...
Tapi aku sangat happy dengan percutian kali ni...
kakwan, lain kali kita bercuti lagi ea. Lepas ni, kita paksa tun ikut....hahaha
So, tu je untuk kali ni...
Agak panjang entri kali ni...
And till the next entri, take care...
and awak...saya rindu...
but you wont know...haha