ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Tuesday, August 31, 2010

lepas satu..satu lagi masalah datang..

Lepas EIA ada problem...
IHS plak ada masalah..

bertambah-tambah beban kat kepala ni...
ada yang tak balik raya tahun ni just because of that problems..
hmm...
tension-tension....


rase nak nangis pun ada...

Saturday, August 28, 2010

yea....berjaya..

for the first time trying on my own..
with syira beside me,
I success cook the sambal sardin..
yea!!!!


heee..

Monday, August 23, 2010

pening..

lagi sekali tak bangun sahur..
pastu kononnya pergi fakulti awal nak buat kad bank, tengok-tengok tak buka lagi..
sabar je la..

my matric card broke..
and I need to made the new bank card or else I will have no money...
no money no talk..
hahaha..


a lot of work but I dont know which one I need to settle first..
hmm...
this is the final year students' life....
pening-pening...

Thursday, August 19, 2010

Kegembiraan Hanya Sementara...

Mungkin aku masih mampu tersenyum lebar semalam...
mungkin aku masih mampu bergelak ketawa malam tadi...
mungkin aku masih mampu tersengih pagi tadi...
tapi sekarang,
kedukaan menjelma...


mungkin pada orang lain,
novel tu cuma satu buku yang tak bermakna...
novel tu tak ada apa-apa makna..
tapi pada aku ada seribu makna...
lama aku cari novel tu...
lama aku tahan diri dari beli novel tu sebab mahal...
aku sayang sangat kat novel tu..
and can you imagine what I feel when I know that the novel is missing?!!

aku tak kira..
lantak lah kalau orang lain nak cakap aku pentingkan diri..
kalau orang nak cakap aku membesarkan benda kecil pun aku tak kisah...
I just want my property back....




broken heart..T-T
I never ask for present on my birthday..
but aku pun tak nak dapat berita ni...

thanks a lot..

terime kaseh la kepada sesiapa yang ingat 17 ogos hari tu..
I really appreciate it...
thanks a lot...

my fb full with the wish..
terharu sangat..
I always forget orang lain pinya birthday but ramai yang ingat mine..
hahaha..
moral of the story: remember the birthday...


thanks to kak wan sebab bagi kad..
thanks to syira sebab badi teddy bear 'si kecik'
huhu

Tuesday, August 17, 2010

17 Ogos 2010

happy birthday..
selamat hari lahir...
chu ni kuai le...

be matured..
and behave as what you should be k....

Monday, August 16, 2010

‎10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


sedikit ilmu untuk semua...

rumah sewa...




this is the pictures of me and my housemate...
I put it all in here..
ok, not all but almost all la..







gambar-gambar di atas hanyalah lakonan semata-mata..
dah selamat upload kat FB pun...
hahaha

tengah bersiap nak pergi kelas...
SNAP!



Oppsss..
the same model...
hari hijau sedunia...



Cak! 
kat taman permainan depan rumah....





This is picture when I on my way to Stik House...

















Sedap!!!



The most beautiful picture that I took myself...



Kak Ziha's Birthday..











Thursday, August 12, 2010

Ogos..August...Bulan 8..

apa ada dalam bulan 8?
emm, bulan kemerdekaan..
bulan my little sister lulus JPJ Test...
and of course Bulan Ramadhan..


yup, Ramadhan yang di nanti dah tiba...
ramadhan bulan yang mulia..
jadi, isi lah ia dengan sebaik-baiknya...
sebab mungkin ini ramadhan terakhir yang kite jumpe...
Hari esok, siapa tahu apa akan terjadi kan???


and to my little sister,
congratulations for success in the JPJ Test..
So, make sure you mahir betul-betul driving ok..
kalau tak, sia-sia je abang apun support ko..
hahaha..
balik nanti bolehlah bawak orang naik kereta abang awi kan?
huhu



bulan 8 bulan istimewa...
kan???

Monday, August 9, 2010

Tak Seindah Itu...

Maybe pada pandangan orang, nampak macam ok..
Tapi hakikatnya...
Yang tersirat tak seindah yang tersurat...

Saturday, August 7, 2010

Sardin + Telur Dadar

For the first time, dapur rumah sewa berasap...
Sardin and telur dadar..sedap...
tapi bukan aku yang masak..
hahaha...
Syuhada + Tun + Kak Wan + Syira yang masak...
Aku tak pandai masak so better let the expert do lah...

Aku pernah je masak tapi with my mom beside me...
And I dont have the confident to cook here for others...
hahaha..
Sorry la kengkawan, korang tak rasa kot aku masak..
maggi bolehla..huhu..

Wednesday, August 4, 2010

Kita pasti dirisik..

Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..SAKIT DAN NAZAK..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..





credit to Highcarl Hc

Rahsia Memimpin Wanita


Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) 
adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.

Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.

Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.

Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.

Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.

Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI





credit to Highcarl Hc

Monday, August 2, 2010

SEDIH!!!!

Handphone rosak..
my little disney hp dah rosak...
Tak ble nak on pun...
wa... sedihnye...

apa nak wat ni..
waranty ada tapi nak kne pergi law yat plak..
jauh tu..
pening la..
dah la sok ada test...
semalam nangis sebab benda yang sia-sia..

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
tension tul!!!

Sunday, August 1, 2010

Berdua sahaja..

Hahaha..
this weekend,
only I and Mun at home..
others? balik kampung la..

frustrating? yeah because it is quite boring when there is only two of us..
but, we success in getting fun..
rumah dah mcm tongkang pecah...
hahaha...
we enjoy the scene and the result: we have fun...