ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Sunday, July 12, 2015

Kembali Kepada Pencipta...

Assalamualaikum...



Minggu lepas, aku dapat berita...my classmate masa degree meninggal sebab accident kat terowong smart.
Terkejut sangat...

Berkesempatan melawat di HKL.
Dapat menjenguk..wajah arwah bersih dan aku kira tenang.
Ramai yang menunggu...dan bagi aku tu tandanya arwah disenangi ramai...
Yang paling aku kagum, ibu bapa dan isteri arwah sangat kuat. Tak menunjukkan kesedihan malah mampu tersenyum.
Aku tak tahu apa yang mereka simpan dalam hati tapi aku kagum...sebab andai aku di tempat mereka, mungkin aku tak mampu bertahan seperti itu...



Dan sejak itu, ada rasa yang tertinggal...
Kalau sebelum ni, terfikir pasal jodoh...
Tapi sekarang terdetik...jodoh atau maut yang sampai dulu..
Sebab mati tak mengenal usia kan?



Dan aku mula berfikir...
Bagaimana pula nasib aku?
Apa penghujungnya hidup aku?
Ada tak orang yang bersedih..sebab aku pernah dengar, andai kematian seseorang itu membawa kesedihan maksudnya dia disenangi...
Dan andai kata aku pergi dulu, bagaimana dengan hutang piutang aku?
Bagaimana dengan janji yang tak tertunai?
Bagaimana dengan dosa yang menimbun?
Bagaimana pula dengan tanggungjawab aku utk mak ayah?
Ke neraka kah aku? Kerana serasanya syurga jauh dari gapaian tangan... :(



Kita selalu berfikir, esok akan selalu ada untuk kita kan?
Sebab tu kita selalu bertangguh kan...




Jadi, sebelum aku menutup mata...
Kepada sesiapa, yang aku ada hutang dan tak bayar lagi...sila lah bagitahu...aku cuba bayar..
Kalau ada janji yang masih belum tertunai, cari aku...bagitahu..
I have short term memory lost symptom..so selalu tak ingat..
Jadi, datang dan bagitahu...insya allah aku cuba tunaikan...




And permintaan terakhir,
If you ever heard that I'm gone...
Doakan aku tenang di sana..
Boleh?
Dan tolong bagitahu mak ayah..
I love them so much that no words can describe...
Terima kasih...
:)




Ya aku tahu, mungkin lepas ni akan ada entri dari aku pasal raya and so on...means aku masih hidup...
Tapi ingat pasal kematian kan sesuatu yang baik...
;)




So till the next entry,
Take care and forgive me...




Regards,
NJ...

Sunday, June 21, 2015

Random Talk..

Assalamualaikum....
Hai blog....

Lama tak menjenguk...
Tau tau je dah ramadhan semula.
Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat...
Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua...


Tak ada tajuk khas sebab entri kali ni, aku nak membebel...
Tentang perkara yang aku tengok dan hadapi...



Tadi, suddenly my sister sent whatsapp...She told me about her daughter...
I mean about the performance in school...
She is getting worried because her daughter is not doing well in her studies...
I was like 'kenapa tiba2 tanya aku.. bukan aku ada anak pon'
But then, I try to comfort her...
tetiba jadi kaunselor...haha


I said that, kemampuan budak2 tak sama. Maybe she lack in theory but good in something else. So she need to explore and develop the potential.
I also remind my sister so that she wont compare her daughter with anybody else.
Because, no one like to be compared with other people. Am I right?
I did ask my sister to study together with my niece and try to encourage her.
I did warmly remind her to not 'naik angin' since she is like me...cepat naik angin...
haha..
And I think my sister got it and try her best to be a good mother..
Its not that easy to be a mother and at the same time working...
And I salute to all working mothers out there...
And I am hoping I could be a good mother too....berangannnnnn haha..



Hmm, nak bebel pasal apa lagi?
Ah raya da dekat...
I love hari raya but if I could, I would like to have hari raya without the question 'bila nak kahwin?'
Well, after abg awi and abang apun got married, its only me and adik left...
so people will start asking...
How should I answer that particular question...
kalau dulu punya planning memang la tahun ni kahwin...
Tapi sekarang ni, plan nak kahwin dah jadi plan no 9 ke 10...Haha
Gaya macam banyak planning...
Maybe I need to pursue my dream first..getting my PhD, stabilize my life, get one car and so on....
Then, I will think about marriage...
Or lets just Allah decide about it...



Siapa la yang taknak kahwin kan...
huhu..
I want to get married but jodoh tak sampai lagi...
But frankly speaking, I cried when I saw tun's wedding dress...
Cried not because jealous or what but I cried because I am questioning myself 'when will I could wear that?'
But then I realize, Allah know the best for me...
So tawakal je la...



Dah la, penat membebel...
If there is anyone who read this, selamat berpuasa....
make sure puasa penuh...
abang ijat, umur 6 tahun dah puasa penuh tau...hehe
Till the next entry, take care!



Tuesday, April 28, 2015

Gua Batu Maloi

Assalamualaikum...
Hai blog...




Sabtu lepas, 25 April 2015, aku ikut trip student ke Gua Batu Maloi...
Gua tu terletak di Johol, Negeri Sembilan. Dekat dengan tampin.
Jangan tanya jalan ke sana sebab aku tak tahu.
Masuk bas, aku tidur saja. Haha...



Satu part yang kelakar adalah...
Aku ikut sebab ingatkan trip ni sekadar jalan2 tengok gua...
So dengan excitednya aku daftar nama...
Dah bagi nama and bayar, baru lah search kat google pasal gua ni...
Terkejut la.. bila baca review and tgk pic...
Satu benda je aku terfikir.. lepas ke tak aku nak masuk lubang kecik2 ni...
Haha...



So bila da baca review,
I know that I need to bring headlamp...
and since I don't have suitable shoes, Jumaat malam tu pergi la beli kasut...haha
Headlamp beli kat mr.diy je. Harga x sampai 10rggit...huhu

My new baby pink!!


Sabtu, lebih kurang pukul 7.30 pagi kitorang bertolak.
Seramai 38 orang peserta terlibat termasuklah aku dan seorang lagi pensyarah...
Kami berhenti di RnR Seremban untuk sarapan...Kemudian bergerak semula.
Lebih kurang pukul 11 sampai johol.
Disebabkan bas tak boleh masuk ke base camp..
Kami terpaksa berjalan kaki masuk.
Tak jauh mana pun...lagi jauh aku jalan dari taman permata ke kolej...
Rasanya laaa...haha


Students posing depan bas and aku interframe...
haha...


Sampai di base camp, guider kami dah siapkan sarapan..
Sarapan dulu and kemudian kami diberi sedikit taklimat.
Kami dipandu oleh seorang guider perempuan berusia 25 tahun tapi berpengalaman lebih 10 tahun di gua ni.
Tak ingat nama guider ni tapi dia anak kepada founder gua batu maloi.
Hmmm nak tulis pasal gua ni tapi aku dah lupa la apa yang pakcik Jo cakap... haha...



Habis taklimat, baru la kami bergerak masuk...
Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke base camp semula..
Lama?? Yup sebab laluan bukan mudah...
Kami masuk gua batu granit yang mana kami perlu memanjat, melompat, merangkak, mengesot and banyak lagi...
Kebanyakan pergerakan menggunakan kekuatan lengan dan kaki which I dont really have that...
And despite of my big figure, I still could enter that small hole and climb the big stone...
Terima kasih kat sorang pak cik ni yang sudi bg pinjam paha untuk bantu aku panjat batu yang tinggi.
Dan aku hampir hampir lemas bila menyeberangi satu kawasan yang dalam...
My mistake, salah teknik... haha...
Oo lupa nak bagitahu... masuk gua ni, memang 100% kita akan basah...huhu




Sepanjang perjalanan, kami masuk gua kelawar, gua perahu and jumpa batu putera puteri maloi....
Kenapa nama putera puteri maloi? Sebab terdapat bentuk yang seakan2 sepasang lelaki dan perempuan terbentuk di atas batu. Memang nampak dengan jelas ada figure tu...
Gua perahu pulak sebab ade batu yang memang bentuknya seperti perahu cuma ia hanya separuh perahu...
Kat bawah ni gambar yang sempat dirakam... and masa ni baru separuh perjalanan...











Sampai hujung gua dalam pukul 3 petang, guider bertanya sama ada kami ingin ke batu maloi atau tidak...
Aku and a few student, give up. Serius letih..
Kaki tangan semua dah menggigil.
So students yang lain naik untuk tengok batu maloi tu.
Sampai di base camp, aku mandi, solat and makan.
Kemudahan di base camp lengkap. So, tak ada apa nak risau...
Lepas makan, and solat asar.. pukul 5.30 petang kami bertolak balik...

Muka letih tapi masih nak posing...
waktu ni baru sampai ke base camp...

Gambar di bawah adalah gambar kami nak balik...








In short, aku puas hati and happy sangat join this trip,...
Sakit badan, bengkak and lebam memang ada...
Bak kata guider tu, kenangan...haha
Lain kali nak pergi lagi and naik Batu Maloi sekali....
In case sesiapa nak ke sini, boleh la hubungi no yang tertera di dalam gambar di bawah....






So till the next entry, take care...
S.A.R.A....