ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Thursday, October 16, 2014

cemburu: perlu atau tidak.

Assalamualaikum...


Semalam, aku menerima satu berita gembira.
My bff tengah mengandung. She is pregnant!!
Dah 5 bulan.
Happy for her and of course excited.



Tapi jauh dalam hati aku,
Ada sedikit atau bahasa bestnya sekelumit rasa cemburu...
No, no... bukan cemburu yang negatif...
Of course aku happy untuk dia... tersangat happy...
Aku cemburu sebab dia dah selangkah ke alam menjadi ibu bapa...
Sedangkan aku masih di takuk lama...
Hmm sebab tu tajuk entry aku pasal cemburu...


Bila aku luahkan rasa hati aku kat ofismate, diorang cakap..
"Ala relaxla, muda lagi kot.nanti ada la rezeki tu"


Agak2 kalau aku mengadu kat mak, apa yang mak cakap?
I bet she will say the same thing as kak linda and faisal a.k.a husband kak mas.


Semalam...dan hari ni, aku masih cuba untuk memujuk hati sendiri...
Sebab rezeki kita ALLAH dah tetapkan.
Mungkin rezeki aku bukan untuk kahwin awal and dapt anak...
Mungkin rezeki aku lebih kat tempat lain...
Contohnya, aku dah habiskan master...which I never thought I will get it..
Alhamdulillah...
So, aku kena yakin pada DIA.. sebab setiap perancangaNya adalah yang terbaik untuk aku dan juga semua orang....



Cemburu kena ada tapi biar yang positif supaya kita terdorog untuk jadi yang lebih baik....




P/s: will be graduated on 3rd of november...hehe...
Thank you ALLAH for all YOUR bless...
:)

Thursday, September 25, 2014

HIV AIDS

Assalamualaikum...


Hari ni.... ah, baru tadi....aku menonton teater bertajuk I'm P+ or boleh baca as I'm Positif.
Dan aku tak sabar nak berkongsi apa yang aku dapat...


Teater ini berkisah tentang monolog penghidap atau mangsa HIV AIDS.
AIDS - Aku Ingin Di Sayangi.
Basically, teater ni menampilkan 5 orang penghidap atau mgsa HIV...

Yang buat aku sedih adalah bagaimana keluarga boleh membuang mereka bila tahu mereka dijangkiti virus tu. Lagi sedih bila ade remaja sekolah menengah dah dapat virus dari baby...

Seorang remaja lain, dia dibela oleh seorang trangender atau kalau kita selalu sebut 'pondan'...
Sedih bila budak ni cakap 'sehina2 dia di mata korang,hanya dia yang sudi menjaga aku dari kecik disaat mak kandung aku buang aku.'
Sedih sangat....simpati...


Monolog terakhir adalah dari seorang wanita yangendapat virus masa dia mengandung. Exhusband dia penagih dadah. Menangis aku bila dia kutip sisa makanan untuk bagi anak dia makan.  Kita sedap2 makan, kadang2 siap membazir lagi...dia, mengutip makanan untuk alas perut. Tapi ALLAH itu adil...bila ex husband dia meninggal, dia nekad untuk sihat demi anak dia. So she went to hospital d get treatment. The best thing is, ALLAH temukan dia dengan orang yang lagi baik dan sekarang jadi suami dia.


Bila persembahan tamat, ada rasa yang tertinggal.
Terasa aku adalah orang yang sangat judgemental..
Siapa la aku nak hukum or nilai orang...
Maybe dia ada virus tu, but then...who knows the story behind it....
Am I right?
So, harapnya aku berubah selepas ni...



FYI, sekarang dah ada ubat yabg mengurangkan jumlah virus HIV dalam badan manusia dan penghidap HIV mampu hidup sihat macam manusia biasa.



Memetik sedikit kata2 pembukaan teater tadi...
HIV tak membunuh,
AIDS tak membunuh,
STIGMA dan DISKRIMINASI yang membunuh.




-hentikan diskriminasi, spread the love-




Monday, August 4, 2014

Hari hari Aku..

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin
Semoga aidilfitri ini membawa seribu pengertian kepada kita semua...



Kisah raya aku.


Balik kampung hari jumaat petang lepas kerja.
Sanggup tak buat kelas petang tu sebab nak sampai rumah awal.
Abang apun dan aishah dah ada kat rumah.
Sabtu dah sibuk berkemas.
Malam tu pergi bazar...kak nani pon ikut sekali.
Bukan beli apa pun...jalan-jalan je lebih...
Malam tu jugak cik sue sampai - pukul 2 pagi.


Ahad dah busy dengan persiapan memasak dari pagi.
Cik sue nak masak rendang dia, cik Leh nak masak sup kambing...
Tak menang tangan.. Kakak kakak sume beraya kat umah mak mentua...
Malam lepas pengumuman raya, mula la persiapan masak juadah hari raya.
Tak sempat nak reply mesej dan whatsapp raya dari semua orang.
Bukak, baca and tutup balik...reply hari raya kedua.. hahaha...
Malam tu tido pukul 3 lebih...
Tu pon dah letih gila..


Bangun pagi pukul 6.30...
Adik bangun awal sikit.
Terus mandi lepas tu blur...
Macam tak tahu nak buat apa.
Last last tolong mak bungkus makanan nak munjung ke rumah jiran...
Oh, munjung = hantar makanan ke rumah jiran...
Lepas tu satu trip pusing kahang timur...
Sampai rumah, baru sarapan.
Juadah wajib untuk keluarga Jamal: Ketupat, ayam masak kicap, sambal goreng, sambal kacang (or kuah kacang kalau orang KL sebut), serunding dan lodeh.
Hari tu ade tambah lepat. hehe
Banyakkan makanan... sebab tu boleh naik 5 kilo.
Hehe...


Lepas sembahyang raya, buat tahlil ringkas and bermaafan dengan mak ayah.
Dan tak lupa berposing!!!
Mak ayah pon jadi mangsa...
Guna monopod, lagi la banyak gambar boleh amik.
Hehe...
Gambar nanti la upload...


Raya pertama, stay kat rumah je sebab masing-masing letih...
lagipon sedara ramai datang.
Raya kedua sampailah raya ke6, asyik berjalan je.
Takdelah ke mana pon, pergi area johor je.
Yang paling best, dapat duit raya!!!!
Umur dah lebih suku abad, tapi still dapat duit raya dari atuk busu...
Hehe..


In short, aku seronok sangat raya kali ni...



Ada sorang abang sepupu yang bekerja di UTHM cadangkan kat aku...
Untuk sambung PhD kat luar negara.
Aku yang dengar benda tu, terus kecut perut.
Mampu ke aku???
Master ni pon merangkak nak habiskan...
PhD?? Kat tempat orang???
Entah apa jadi entah nanti...