ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Tuesday, September 1, 2015

Pengalaman...

Assalamualaikum...


Baru berkesempatan menjenguk...
Padahal takde la busy mana pun...
Cuma tiada apa yang perlu di update...
Tapi hari ni, rasa aku perlu menulis berkenaan sesuatu...



Kejadian yang masih baru..
Sebagai ingatan pada masa hadapan.,,



Pada suatu hari...
Kawan ajak aku mendaki..
Pada permulaannya aku ragu-ragu...
Tapi sebab dah buat perjanjian...
Aku bersetuju,,,


Ahad pagi,
Kami berlima mula mendaki dalam pukul 9 pagi..
Laluan lebih kurang gunung angsi...
Mula mula saja dah menegak...
Dan untuk aku yang dah lama tak buat aktiviti fizikal, ia amat berat..
Dah la memang aku tak fit..
Jadi, aku bermula agak perlahan...
Kesian kat diorang kena tunggu aku...



Dipendekkan cerita,
Setelah bersusah payah, aku dapat menawan puncak...
Haha...
Subhanallah....Cantik pemandangannya...
Boleh nampak dua pemandangan...
Di satu bahagian, ada tasik..
Di bahagian yang lain, nampak pembangunan pesat di bandar...
Tak lupa, rasa gayat..
Sebab, kami duduk di puncak berbatu yang tepi kami adalah gaung,,,
So, snap gambar pon tak bergerak.
Takut...



Sampai di puncak, arif dah meneruskan perjalanan ke puncak yang lagi satu sebab nak turun dari arah yang bertentangan...
Bagi aku pula yang gayat ni, aku cadangkan kami turun dari bahagian kami naik...
Sebab aku tengok laluan di hadapan menyeramkan..
Tapi undian tak menyebelahi aku...
Maka kami berempat mula la langkah nak turun semula...
Jalan tak payah cakap, scary sangat...



Sampai satu tempat,...
Laluan turun...
Memang berbatu la kan...dan licin..
Kami perlu berpaut pada tali..
Aku dengan takut takut, cuba jugak untuk turun...
Masalah adalah, selepas turun, kami tak tahu mana arah yang betul...
Naik batu tinggi atau turun ke bawah..
Dah takdir agaknya, takde siapa yang lalu masa itu...
Amir dengan kasut rosak cuba mencari jalan turun dan nampak tali terikat di pokok...
Pada aku, kalau nampak tali, maksudnya jalan turun...
Jangan ikut petua ni sebab salah...hahaha...


Kami pon turun la perlahan lahan kerana laluan curam dan agak susah.
Yunie, Thia, aku dan Amir.
Sampai di satu bahagian, kami perlu menggunakan tali untuk turun...
Memang curam..
Yunie mula dulu, dan sekelip mata...
Kami nampak yunie jatuh...Amir masih di atas, aku dan thia tak mampu nak berbuat apa apa...
Aku cuma mampu menjerit...
Yunie sempat berpegang pada satu batu...sesaat kami lega..
Namun, bila Yunie lepaskan pegangan, dia terus jatuh sebab jalan tu memang curam...
Saat ni, aku memang jerit kuat kuat nama yunie.
Rasa nak menangis, menggigil sume ada.
Bayang yunie kami tak nampak...
Kami jerit nama yunie kuat, namun tiada sahutan...



Amir serahkan beg aku yang ada handphone aku dan amir kepada thia..
Sebab dia nak turun ke kawasan kami..
Malangnya, bila dia turun, dia terlanggar thia dan beg terlepas jatuh...
Kami hanya boleh tengok saja beg tu tergolek jatuh...
Memang takut sangat masa tu...
Aku dan thia pandang amir...
Amir pandang kami...
Kemudian kami terdengar jeritan yunie...
Masa tu sedikit lega..kerana kami tahu dia masih okay...
Kami jerit semula bagitahu beg aku jatuh dan andai yunie nampak, mungkin yunie boleh capai...
Takdir menyebelahi kami, beg aku jatuh berhampiran dengan yunie...




Kemudian kami blur...tak tahu nak buat apa..
Amir nak turun untuk tengok Yunie, aku menghalang...
Bukan pentingkan diri...
Kalau dia turun, apa jadi dengan kami???
Kemudian kami terfikir untuk call Arif, sayangnya....handphone amir dah jatuh bersama dengan beg aku...
Thia pulak takde no phone arif..
Beku kejap masa tu...
Pastu teringat, handphone Yunie kat beg arif..
Kitorang mintak thia call handphone yunie...
Berjaya!! Arif jawab...
Amir terangkan apa yang berlaku...
Dan arif kata dia akan call JPAM...



Lepas tu, kami berhubung dengan yunie menggunakan handphone...
Sesekali menjerit...
Just untuk pastikan yang yunie ok dan bagitahu yunie yang kami tak tinggalkan dia...
Amir mintak kami naik sikit dari tempat kami sebab keadaan bahaya...curam dan limited...nak bergerak memang takut...
Dengan susah payah, amir naik dan tarik aku dan thia naik.
Kat kawasan tu, masih curam tapi ada la tempat untuk kami duduk...
Menggigil tak payah cakap la...Nak bergerak memang takut...



Bila dah stabil sikit, kami mula berfikir...apa yang perlu kami buat...
Thia kata call 999..
Amir setuju...
Tapi biasalah, tak sistematik kan..
Lepas call 999, bomba, polis and hospital call kitorang balik...
Nasib baik ada amir nak jadi jurucakap...
Berulang kali dia bercerita keadaan kami...
Terasa macam cuak sangat...
Bomba bergerak agak cepat la...sebab kali kedua dapat call dari bomba, dah ada yang bergerak ke tempat kejadian...
Masa tu lega sikit...
Sebab yunie pon tanya siapa yang nak selamatkan dia, bila nak selamatkan dia..
At least bila bomba on the way, kami boleh la tenangkan dia..




Lepas tu, sesi menunggu...
Mungkin sebab stress, aku rasa badan and pinggang sakit sangat...
Lapar, haus...tak payah cakap.. sebab bekalan air dan roti sume dalam beg yang jatuh...
memang tahan je la lapar...
Satu jam lebih menunggu, aku ternampak kelibat manusia...
Nampak kecik je dari atas,..
BOMBA! aku jerit...melambai lambai..
Pastu aku dengar dia jerit,'adik, kawan awak yang jatuh tu kat bawah sini ke?'
Aku jerit balik 'ha'ah, kat bawah sana,'
'okay, kami cari kawan awak dulu'
Masa ni, aku bersyukur sangat aku ada suara yang kuat...
huu...
Kami call yunie, bagitahu pasal bomba dan minta dia menjerit kalau nampak bomba...




Tak lama lepas tu, aku dengar sekali lagi suara bomba..
'Dik, dengar tak suara abang?'
'Dengar,' aku je la yang jerit
'Abang ni bomba. awak kat atas tu boleh turun x?'
'Tak, bahaya. kitorang takut nak turun,'
'Adik boleh naik balik tak?'
'Tak, kena ada tali,'
'Ala dik....,' sedikit mengeluh..mungkin sebab nak kena daki dan cari kami..
'okay dik. abang nak bawak turun kawan awak dulu ke bawah, malam kang abang datang cari awak,'
Aku cuak...kenapa malam??
'Bang, daki naik ni sejam je...kenapa nak sampai malam?' rasa suara nak nangis da masa ni...
'Abang gurau je la dik.. kejap lagi abang naik,' masa ni rasa nak marah ada, nak gelak pon ada...
Lepas tu abang bomba tu sambung, 'Adik, cari tempat selamat, duduk diam, jangan bergerak. faham?'
'Ha, ok faham,'
(perbualan di atas adalah secara menjerit sebab bomba 30m kat bawah)
Dan memang simpan tenaga sebab nak menjerit...okay, tipu je....hehe




Kami sedikit lega la sebab yunie dah dijumpai dengan selamat.
Masa ni kami da boleh berborak-borak walaupon letih sebab tempat duduk yang limited...
nak bergerak memang kena hati-hati..
Tapi lepas sejam, kami jadi bimbang...
Takde orang yang naik selamatkan kami ke?
Jadi kami call bomba semula.
Menurut BOMBA, pasukan yang selamatkan yunie baru je sampai bawah.
Kami perlu menunggu dulu.
Terpaksa la menunggu.




Pukul 5, thia dapat call dari someone, bertanya di mana lokasi kami..
Masalahnya kami tak bergerak sejak 4 jam yang lepas...
Tunggu kat tempat sama.
Cuak wei...
Masa ni, amir kata dia nak cuba naik sikit...sebab kami terlindung di sebalik batu besar...
Takut orang tak nampak kami.
Hari makin gelap..
Gigih amir nak bangun dan kumpul semangat...
Serius aku cakap, lepas nampak yunie jatuh, memang semangat sume dah terbang...
Semua pon nampak bahaya...
:(



Tengah amir nak bangun, kitorang dengar suara orang panggil...
MAsa tu, ALLAH je tahu perasaan kitorang...
Lega, nak nangis sume ada..
Kitorang jerit kuat kuat 'kitorang kat sini, kat bawah sini,'
Perkara pertama abang bomba buat adalah snap pic...
As record... nak tunjuk kat bos katanya..
Aku ditegur sebab muka masam..
'Happy la sikit, kitorang da jumpa korang ni,'
Bukan salah aku, muka aku memang jenis masam kalau aku tak senyum..bukan sengaja..
Lagipun aku memang letih dan lapar masa tu....
Bomba datang berdua..
Dan mereka pon takde air.



Seorang daripada mereka turun ke bahagian amir dan thia.
Niatnya untuk ikat tali dan kami kena turun ke bawah secara repelling...
Tapi bila dia tengok keadaan tanah...
'Tak boleh ni, ni dah makin curam. Korang tau tak, kat sini berapa orang dah jatuh dan mati? kawan korang tu bernasib baik dan umur panjang. tali ni, kitorang guna masa nak selamatkan mangsa sebelum korang. Masa tu tanah lain sikit. ni da makin curam,'
Kitorang cuma mendengar dan bersyukur sangat.
'korang ni boleh je naik sendiri. tapi lepas tengok kawan jatuh, korang da cuak kan?'
AKu setuju sangat. memang tak berani nak buat apa apa pon.
Kemudian mereka ikat tali, dan kami naik sorang demi sorang.
Dan mulakan perjalanan turun.
DI pertengahan jalan, kami berjumpa dengan JPAM yang juga naik untuk operasi mencari dan menyelamat kami.
Dalam perjalanan turun tu memang kena bahan saja la...sebab jadi macam tu...huhu..
Dan aku sendiri pelik, macam tak percaya aku naik lalu jalan berbatu yang curam..
Kaki menggigil tak payah cakap la...




Pukul 7 kami sampai ke bawah...
Masa tu lega sangat...
Sangat sangat...
Kemudian adalah beberapa perkara yang kami perlu selesaikan...
Kena soal siasat dengan polis...
Tapi syukur sangat semuanya selamat.




Dan aku sangat sangat berterima kasih kepada ahli bomba yang sanggup naik turun untuk cari dan selamatkan kami...
Memang menakutkan tapi ini pengalaman yang baru dan bagus untuk aku...



Selamat turun satu hal,
Nak bagitahu family satu hal..
Nasib mak ayah tak marah... bising sebab jadi benda macam tu je la...
Tapi mak cakap, ayah bising.. 'kenapa la suka sangat daki sana daki sini tu,'
Haha...
Maaf ayah...
Kadang kadang aku rasa tu je cara nak tambah keyakinan aku...
Nak tunjuk even aku badan besar, masih mampu nak buat aktiviti fizikal yang berat..
Even though kena push la...
Haha...mental tak kuat sangat kan...



Apa pun, aku happy dengan aktiviti yang aku buat...
Hehe..
Cumanya, lepas ni mungkin kena take extra precaution bila hiking...
Sebab, trauma wei...
Terbayang bayang curam dan yunie jatuh...
Serius...




As conclusion,
Famous sekejap sebab masuk berita dan surat khabar...
Haha...
Yang penting kami selamat...
Till next entry, take care...




p/s: 3 kali tergendala nak menulis sebab bila start menulis je, aku sakit perut...haha...kekonon trauma...haha

3 comments:

  1. hai la aini....! buat risau jela. nasib baik semua selamat...ish.

    ReplyDelete
  2. Haha... Aku pon cuak wei...tapi alhamdulillah semua selamat...

    ReplyDelete
  3. Next time bawak org yg berpengalaman ye...guide ke contohnya. Fuhhh...agak trauma jugak kalau aku ditemoat kejadian.biase tgk dlm tv je save and rescue ni..hehe

    ReplyDelete

please leave your comment here....thanks.. :-p