ASSALAMUALAIKUM...

This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....

MY CUTIE


Sunday, January 18, 2015

Romantik... dari kaca mata seorang 'aku'


Assalamualaikum.

Sejak akhir2 ni, ada sesuatu bermain dalam kepala aku....
So, I decide to write it down... here... in my own world..
And this is not a fact...just another rasadarihatiaku...



Romantik...
Bukan sekadar bagi bunga sejambak semasa hari istimewa...
Bukan hanya selalu mengucapkan kata sayang...
Bukan juga bermakna menyanyikan lagu2 cinta...


Tapi,
Bagi aku...
Romantik tu bila si dia bertanya 'awak kat mana, dah makan?'
Romantik tu apabila saling mengambil berat tanpa mengira berapa lama pon hubungan itu...
Romantik bila tiba-tiba cemburu hanya apabila tahu si dia ada rakan sekerja baru...
Romantik itu bila tak senang duduk bila si dia memandu jauh bersendirian...
Romantik tu bila saling menunggu untuk makan bersama...
Romantik itu bila si dia menunggu sehingga kekasih hati selamat masuk ke dalam rumah sebelum bergerak pulang...
Romantik tu bila tiba2 belikan aiskrim saat si dia menangis susah hati...
Romantik itu bila dia sering membahan, mengusik tapi bila si kekasih merajuk dan tidak bercakap, dia tak senang duduk...
Romantik tu bila apa yang dikata sentiasa dikota...
Romantik tu bila sanggup hantar makanan tengah pagi saat si dia lapar.. tapi bukan selalu...nanti sang kekasih jadi manja sangat...
Romantik tu bila sanggup sama2 beli barang dapur dan sabar melayan kerenah perempuan membeli belah...
Romantik tu bila boleh memahami apa yang dirasa hanya dengan pandangan mata...
Romantik tu bila kita salah bacaan masa mengaji, dia betulkan...
Romantik tu bila dia tau dan kata kita gemuk tapi masih rasa kita comel...and of course tak pernah merungut...
Romantik tu bila masih sanggup meluangkan masa walaupun sibuk dan andai kata tak mampu nak luangkan masa, dia akan meminta maaf kerana merasakan itu adalah satu kesalahan..



Banyak sangat maksud romantik...
Berbeza unTuk setiap orang...
Itu romantik pada aku...mungkin bukan pada orang lain..
Dan sebahagian daripadanya aku dah rasa...Yang sebahagian lagi dari cerita orang lain...
Well, ini la apa yang aku belajar daripada kawan2.. sebab hampir semua kawan kerja dah berkahwin...huhu
Aku je belum sampai jodoh...



P/s: awak, bila kita nak kahwin? Hahahahaha



Ada sesiapa nak sponsor untuk my honeymoon?
dah kena cari calon and kumpul duit ni....
hahahaha.. :p