Alia Maisarah sampai di pejabat lewat. Jika sebelum ini Nik Fikri yang menghantar dan mengambilnya, tapi kini dia perlu berdikari sendiri. Nik Fikri telah berkahwin lagi dan Alia Maisarah terpaksa memegang title janda. Dia kenal dirinya. Dia tahu keupayaannya. Alia Maisarah tahu dia takkan dapat berkongsi kasih dengan orang lain.
Bukan Alia tidak cuba menyelamatkan rumahtangganya. Berbulan dia bersabar dan cuba mencari penyelesaian masalah rumah tangganya yang hambar, tapi dia gagal. Sehingga saat Nik Fikri melafazkan cerai pun dia masih memikirkan apakah salahnya. Tanpa sedar, Alia Maisarah melepaskan keluhan. Berat beban yang ditanggung.
Diusap perlahan perutnya yang makin membesar. Kehadiran kandungan itu amat dinantikan tapi sayang tidak bagi Nik Fikri. baginya, kehadiran anak itu tidak akan mengubah keputusannya.
"Maafkan ibu sayang. Ibu tak dapat pujuk Ayah. Tapi ibu janji ibu akan jaga sayang. Ibu takkan sesekali putus asa,"
Ketukan dari luar menghentikan perbuatan Alia Maisarah. Setelah Alia memberi kebenaran untuk masuk, setiausahanya muncul.
"Alia, dah lunch hour. Kau taknak keluar ke?" Alia segera memandang jam dinding di biliknya. Pukul 1.15.
"Aku tak perasan pulak. Takpelah. Aku tak rasa lapar. Su, kau pergilah makan dulu,"
"Betul ni kau tak lapar?"
"Betul. Aku rasa kenyang lagi ni,"
"Kalau kau tak lapar, baby dalam perut tu pun kena makan jugak tau. Orang pregnant mana boleh skip meal. Tak bagus tau untuk baby,"
"Kau ni kalau dah membebel, kalah nenek Kau tau,"
"Amboi mengata orang. Cakap pasal nenek, nenek dah tanya bila kau nak balik kampung jumpa dia. Lepas aku bagitahu kau dah pregnant ni, dia asyik suruh aku bawak kau balik kampung tau," Su sudah duduk di hadapan Alia. Alia tersenyum mendengar kata-kata Su.
Suraya teman baiknya semenjak dia bekerja di syarikat itu. Alia mula berkhidmat di syarikat milik Datuk Mazlan sebelum dia berkahwin lagi. Kadang kala, Alia akan bersama Suraya pulang ke kampung halamannya. Keluarga Suraya sudah menganggap Alia seperti ahli keluarga mereka. Suraya tempat Alia meluahkan masalahnya. Suraya sentiasa di sampingnya walaupun Suraya telah berkahwin.
"Alia, kau ni sempat lagi termenung. Jomlah lunch. Kesian kat baby tu,"
"yelah, jom. Kau takkan putus asa selagi aku tak kata ya kan?" Suraya hanya tersenyum.
Sampai di rumah, Alia segera membersihkan diri. Dia kini menetap di apartment yang dibelinya sebelum berkahwin. Alia tidak mahu tinggal di rumah lamanya. setiap sudut rumah itu mempunyai kenangan dia dan Nik Fikri. kenangan itu amat menyakitkan. Bagi Alia, dia perlu kuat untuk memadam kasakitan semalam dan melakarkan jalan untuk hari esok.
"Baby nak makan apa malam ni? Kalau ibu tak makan, mesti Auntie Su marah ibu esok.Hmmm...Makan pizza nak tak sayang?" Alia menusap perutnya. Kandungannya sudah berusia 7 bulan.
Alia terus mengambil kunci kereta dan handbag sebelum keluar untuk ke Pizza Hut. Tiba-tiba dia teringin untuk makan pizza. Sampai di Pizza Hut, langkah Alia tiba-tiba terhenti. Matanya terarah peda sepasang suami isteri yang sedang seronok makan di Pizza Hut. Tanpa menunggu, dia terus melangkah pergi. dadanya terasa sakit melihat Nik Fikri dan isterinya. mungkin dia tidak kenal perempuan itu tapi wajah lelaki itu takkan Alia boleh lupakan. Sudah lebih 4 bulan mereka bercerai namun sayangnya pada Nik Fikri masih belum padam sepenuhnya.
Alia duduk di satu kerusi berhampiran melepaskan lelah. Dia cuba mengumpul semula kekuatannya.
"Macam mana ni baby, ibu nak makan pizza tapi ibu taknak pergi Pizza Hut," Alia mengumam perlahan.
"Taknak pergi Pizza Hut, Domino's Pizza kan ada," Satu suara menegur.ALia segera menoleh. Alia cuba mengamati wajah itu. Macam kenal, tapi siapa?
"Dah tak ingat kat abang lah tu," Lelaki itu tersenyum.
Alia cuba mengingati wajah itu.
"Abang Amsyarkan. Amsyar Hafiz?"
"Nasib baik ingat abang. kalau tak, siap la Alia," Alia hanya tertawa.
"Lama dah tak jumpa abang. Mana lah Alia ingat muka abang. Muka abang pun dah berubah,"
"Yelah tu. Ni kenapa jalan sorang-sorang malam-malam ni?"
"Jalan sorang-sorang la. Siapa la nak teman Alia,"
"Menyampah tau cakap dengan Alia ni. Ada je yang nak dijawabnya. Suami mana?"
"Suami? Alia dah bercerai la," Alia cuba tersenyum namun kaku senyuman yang terukir. Amsyar Hafiz terdiam.
"Sorry Alia, abang tak tahu,"
"Apa sorry? Alia marah ni. Baik belanja Alia makan pizza. kalau tak Alia tak maafkan abang,"
"Oh...macam tu ke nak pujuk Alia. jom, abang belanja. Nak makan pizza je kan. No hal la,"
"Betul ni?"
"Betul la. Baby punya pasal, abang tak kisah," Alia cuma tersenyum
Kenapa orang lain yang ambil berat pasal baby, kenapa bukan ayah baby?
"Alia, cepatlah. I don't want you take your dinner late. it is not good for you and the baby okay,"
"baik, Dr.Amsyar,"
"Perli la tu," Alia tertawa. Mereka beriringan ke Domino's Pizza.
Banyak yang mereka bualkan. Mereka adalah adik beradik susuan. Selepas ibu bapa Alia meninggal, dia dijaga oleh ibu saudaranya. keluarga Amsyar Hafiz tinggal berhampiran dan meyusukan Alia. Ibunya meninggal ketika melahirkan ALia manakala bapanya meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital untuk melawat Alia yang baru lahir. Saudara mara Alia tidak mahu menjaga Alia yang baru berusia sehari kerana menganggap Alia membawa nasib malang kecuali ibu saudaranya yang masih bujang.
Alia berada dibawah jagaan keluarga ibu saudaranya sehingga dia berusia setahun sebelum dia diserahkan ke rumah kebajikan kerana ibu saudarnya berkahwin dan suaminya tidak suka akan Alia.
"Kenapa bercerai Alia and why you didn't even tell me about this?"
"Benda tak baik takkan Alia nak canang. Lagipun, benda dah jadi,"
"Tapi at least cerita la kat abang,"
"Takpe la abang. Alia malas la nak kecoh-kecoh. Mak sihat? Lama Alia tak jumpa mak,"
"tukar topik. Alia selalu macam ni. Datanglah rumah. Mak rindu kat Alia. Sampai abang rase macam abang ni anak tiri tau. sikit-sikit Alia," Alia tertawa.
"Eleh, abang jeles la tu mak sayang Alia lebih,"
"Tak ingin abang nak jelous tau. Dah cepat makan. tadi beria-ia suruh abang belanja. Makan satu slice pn tak habis. Apalah Alia ni," Alia ketawa lagi. Entah mengapa, hatinya begitu senang dan Alia ingin menikmati saat ini selalu tetapi wujudkah kebahagiaan untuk dia?
p/s: cite ntah pape..huhu...sori la klu pening....
ASSALAMUALAIKUM...
This is my page....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....
My place to say what I feel, What I think and what happen to me..
So, please do read but don't get any negative feelings to me...
I'm just me...
ready to learn and listen....
MY CUTIE
Sunday, November 29, 2009
Wednesday, November 25, 2009
prolog..
Alia Maisarah duduk kembali di sofa setelah penat berdiri menenti kepulangan suaminya, Nik Fikri. jam di dinding menunjukkan pukul 9 malam.
"Mana abang ni? Selalunya sebelum Maghrib dah sampai," Alia tertanya-tanya sendiri.
Alia bangun semula dan meninjau dari tingkap. Hatinya tidak sabar untuk memberitahu berita gembira kepada suaminya. Dia amat berhrap berita itu dapat mengeratkan kembali hubungan mereka yang semakin renggang sejak akhir-akhir ini.
tiba-tiba dia mendengar druman kereta masuk ke kawasan rumahnya. Senyuman terus mekar di bibirnya. Segera dia membuka pintu dan menanti Nik Fikri.
"Abang, baru balik?" Alia mengambil beg Nik Fikri. suaminya hanya mengangguk sedikit.
"Abang nak air. Alia buatkan ya,"
"Tak payah. Duduk Alia. Abang ada perkara nak bagitahu Alia,"
"Ya ke? Alia pun sama. Tapi abang cakaplah dulu,"
"Abang nak kahwin lagi," Alia terdiam. berita itu betul-betul meragut kegembiraannya.
"Abang bergurau ya,"
"Abang tak bergurau. aAbang nak kahwin lagi. I need women that understand me and more sophisticated. I need women that can be by my side every second, in any condition," Alia terdiam. Tak cukup memahami ke aku? alia tertanya-tanya sendiri.
"Abang tekad dengan keputusan abang? Even alia menghalang?" Nik Fikri mengangguk. Pedih hati Alia bagaikan dihiris-hiris. Hancur hatinya bagai kaca yang berderai ke lantai.
"Kalau itu keputusan abang, Alia tak boleh nak buat apa-apa. cuma satu Alia mintak, lepaskan Alia. Alia tak cukup kuat untuk hidup bermadu," Alia terus berlalu meninggalkan Nik Fikri yang tergamam dengan permintaan isterinya.
Di bilik Alia menangis.
"Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa buat macam ni," Alia mengusap perutnya mengharap bayi di dalam kandungannya faham. Alia melelapkan matanya walaupun sukar. Biarlah dia membawa lara hatinya. Biarlah dia bermimpi yang indah walaupun seketika. harapannya semoga esok ada sinar cerah untuknya dan anak yang bakal lahir itu.

Tuesday, November 24, 2009
Nak Raye Dah...
This Friday is Hari raya Aidiladha....
umat Islam menunaikan fardhu haji ke Makkah...
bile agaknya aku nak ke sana...
hm....
Actually I am menganyam ketupat sekarang ni...
Dah expert cause I did this from I standard 5 or 6...
tak tahu nak tulis apa...
I am finding idea to write some story...
I think, I'm in the right mood but unfortunately I have NO IDEA...
hmm...no comment..
it is raining outside...
and also raining inside of me....
Before I forget...
Selamat Bercuti to all my friends...
and also
Selamat hari raya Aidiladha...
marilah kite sama-sama mengenang pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka yang berkenaan....

Subscribe to:
Posts (Atom)